Islah & Wanita Gemilang

Showing posts with label Nadi Asybal. Show all posts
Showing posts with label Nadi Asybal. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

NADI ASYBAL


KELAB AULAD JIM AMPANG JAYA

 JOM ke program


  

Friday, December 11, 2009

Layang-layangku Terbang Tinggi , 8 Dis 09



Alhamdulillah Program Cuti Sekolah (2) Nadi Asybal telah berjaya diadakan di Taman Metropolitan, Kepong pada hari  Selasa,  8 Disember  09 jam  11pg -3ptg
Kehadiran seramai 41orang anak-anak Nadi Asybal diiringi oleh 12 orang dewasa (ibu2,ayah &  kakak2) memeriahkan lagi program 

Anak-anak beserta pengiring  telah berkumpul di PKJ pada pukul 10.30 pagi dan bertolak dengan berkonvoi lebihkurang 8 buah kereta.




Selesai pendaftaran, Tazkirah ringkas dan taklimat telah disampaikan oleh ukht Fuziah Toha selaku PIC program kali ini.

 

Anak-anak (& bu2) begitu teruja &  gembira dapat lepas bebas dikawasan yang begitu lapang & indah; berlari berkejar-kejaran, mengayuh basikal &  terutamanya dapat bermain layang-layang. Bagi sebahagian anak-anak ini mungkin pertama kali mereka bermain layang-layang. Ada juga anak-anak yang  ke Menara Tinjau untuk melihat pemandangan sekeliling.


Selepas makan dan solat zohor  di padang, anak-anak menyambung bermain layang-layang.Cuaca yang redup dan angin yang bertiup agak kencang pada sebelah petang menambah keseronokan anak-anak bermain layang-layang sehingga sukar untuk diajak pulang.

 
 

Selepas keletihan mengejar layang-layang , lebihkurang jam 3 petang, masing-masing bertolak pulang, puas dan gembira .

Moga program ini berjaya mengeratkan ukhuwwah anak-anak di Ampang Jaya serta meninggalkan kenangan manis buat semua.

JZKK pada semua yang telah membantu menjayakan program kali ini.


Laporan oleh:

Fuziah Toha
JK Aulad JIM AJ
10 Disember 2009


 

Friday, November 27, 2009

JOM BERENANG-RENANG.. 1 Dis 09

NADI ASYBAL
d
MUSIM CUTI SEKOLAH
(1)
 JOM ke program

BERENANG~RENANG !!


SELASA
1 DIS 2009
8.30 am - 12.30 pm

d
12 JALAN TPJ 1, TAMAN PERMAI JAYA, BATU 9 1/2, GOMBAK

Jangan lupa, bawa!
1. swimming cap - penting!
2. RM 4

jangan lupa....
 DATANG,  JANGAN X DATANG!!

Daftar segera pada
JUNETA 012 6441064 / 03 41085359

Friday, August 7, 2009

NADI ASYBAL 8 Ogos 09


assalamu'alaikum wrb

NADI ASYBAL

SABTU, 8 Ogos 2009
3.00 pm
d
SRIAAKL

"Sayang Gigiku Sayang"
bersama Dr Bad
&
Ahlan Ramadhan!

RM 3 shj


PASTIKAN KEHADIRAN ANAK2 KITA!!!

Wednesday, July 8, 2009

NADI ASYBAL , 11 Julai 09

prog khusus untuk anak anak 7 - 12 tahun !


Tarikh : Sabtu 11 Julai 2009
Masa : 10 - 12 tgh hari
Tempat: Tadika Amal Keramat Permai Jalan 1B
Bayaran RM3 sahaja

Antara aktiviti menarik :Thumbs Up
Belajar hias cup cake & sedia fruit cocktail yang menyelerakan

Hubungi AJK Nadi Asybal untuk pendaftaran anak-anak anda:

Fuziah Toha : 013 - 3332077
Juneta : 012 - 6441064
Ros : 013 - 3696361
Shaili : 013 - 3693951
Mimi : 010 - 2373611

Friday, June 26, 2009

Lawatan sambil belajar..(..sambil makan) 10 Jun 09

Pagi 10 Jun 09, lebih 20 anak-anak Nadi Asybal berkumpul di Hidayah Centre (Wanita) Ampang Jaya
Dengan diiringi beberapa orang pengiring, anak-anak dibawa ke Domino's Pizza di KLSC berdekatan.

Bersiap sedia - destinasi pertama: bilik sejuk

Brrrr..... sejuknya!

Tarikkkkk..panjang2

Pastu pintal,pintal, pintal..

Wahh..pizza kita dah siap

opps! sebelum boleh makan, kena tolong pakcik lipatkan kotak2 ni dulu....

siapppp!!!

kami punnnnnn!!

Alhamdulillah!
makan jangan x makan!

Bergambar kenangan

Sebelum bersurai, mari buat kad ucap terima kasih pada semua yang kita sayang dan yang sayang kat kita..


Monday, June 8, 2009

PROG CUTI SEKOLAH - NADI ASYBAL 10 Jun 09

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Satu lagi program best dari Nadi Asybal - Kelab Aulad JIM Ampang Jaya pada cuti sekolah ini iaitu....

Jom gi belajar buat pizza d Domino Pizza
Tarikh : 10 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 8.30pg - 12.00tgh
Tempat berkumpul : Hidayah Ctr Wanita, Wangsa Maju

Best tau buat pizza makan pizza... Tak percaya.... ? Meh try sekali...

Kena bawa apa ek?

Duit Yuran : RM3 sorang

Sila contact ....

Juneta - 012 6441064
Fuziah Toha - 013 3332077


Jom!!!.....