Islah & Wanita Gemilang

Showing posts with label T-PSM. Show all posts
Showing posts with label T-PSM. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

IKTIKAF 10 MALAM AKHIR RAMADHAN DI MASJID UIA , 10 Sept 09

Assalamualaikum wbt

Semoga kita semua berada dalam kesejahteraan dan dapat menjalankan kewajipan dengan baik dan sempurna.

Sempena 10 hari terakhir Ramadhan, di harap kita dapat sama sama bantu-membantu dalam meningkatkan amalan terutama amalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Justeru itu marilah kita bersama-sama ke program menuju ke garisan penamat Ramadan:

IKTIKAF 10 MALAM AKHIR RAMADHAN

Tarikh : 10 SEP HINGGA akhir Ramadhan

Tempat : MASJID UIA GOMBAK

Tarikh Mula : 11.00 MLM, 10 SEP 09 MULA DENGAN TAZKERAH

Sahabat-sahabat semua, jom gagahkan diri untuk beriktikaf bersama-sama di Masjid UIA Gombak. Bersama bantu membantu dalam mendapatkan Lailatulqadar.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

TPSM JIM Batu

Sunday, August 16, 2009

Anak2 Pewaris Perjuangan: sudah cukupkah usaha kita?

Luahan seorang bapa:

Tudung dah singkat beberapa inci walau masih bawah dada. Baju pun biarlah 2 inci longgar . Warna, mak oiiii... merah menyala.
Mungkin kat sekolah & usrah dah tak di sentuh bab aurat & tabarruj ???
Anak dara kalian macamana.

*************************************************

Salam

Kepimpimpinan Gerakan Islam bukan sekadar memimpin organisasi tetapi memimpin ahli-ahli dan keluarganya dengan nur hidayah dan akhirnya melayakkan kita digelar ahli syurga .

Marilah kita bertanya apakah kita sbg nuqaba' , YDP Daerah hingga Negeri dan Pusat, apakah sering ditekankan isu ini kepada ahli-ahli kita? kalau ada Alhamdulillah . Daerah wajar main peranan.
Ana pernah menyoal ikhwah yg tidak langsung anak remajanya dihantar keprogram JIM
Jawabnya 'anak ana dah besar Ustaz, dia boleh fikir yang mana yang baik dan buruk yang penting dia laksanakan perkara yg asas sbg mukmin'... .

Tugas Ana dah selesai mengingatkan akh kita betapa kita harus berbangga mewarisi diri kita sbg Daie dan pejuang dlm gerakan Islam .

Dimaafkan jika kita dah usaha tapi anka kita tak mahu bersama Gerakan Islam
Moga Allah menjadikan diri kita dan keluarga kita pendukung panji -panji shahadatain hingga Akhir hayat . Takbir, Allahuakbar!

Doa kita utk pimpinan kita agar dpt kekuatan dan 'izzah utk memimpin dan mentarbiah ahli-ahli JIM serta keluarga mereka di daerah masing-masing . Amin

Ustaz M Rujhan Adnan
TYDP JIMDHL

Monday, July 27, 2009

MUKHAYYAM WJS , 17-18 Julai 09


Alhamdulilah, dengan izin dan limpah kurnia dari Allah , pada 18 -19 Julai yang lepas, MUKHAYYAM WANITA JIM SELANGOR telah pun berlangsung dengan jayanya

Tuan rumah program adalah WJIM Hulu Selangor .

Program berlangsung di Kem Lembah Genting, Batang Kali , Hulu Selangor.

Tema Mukhayyam tahun ini adalah Serikandi Ghazwah Pembakar Semangat Muslimah

Seramai lebih enam puluh orang termasuk 7 orang fasi dan beberapa orang AJK menyertai mukhayyam tersebut. Alhamdulillah, hampir 70% dari peserta adalah dari generasi Y. Ini satu perkembangan yang amat menggembirakan.

Bacaan Al Qur'an dari Surah at Taubah ayat 38 - 47 oleh Ukhti Nazreen Kamal Bashah dari JIM Hulu Selangor membuka tirai Mukhayyam.

Mukhayyam diteruskan dengan ta'aruf dalam sessi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Kem Komandan 1, Ukhti Azni dari JIM Petaling. Riuh rendah para peserta cuba menghafal ayat keramat, tanda kasih sayang dan tautan ukhuwwah :"Uhibbuki fillah" dan dijawab dengan "Ahabbakillahu kamaa ahbabtanii fiih" Pengisian dengan tajuk tema mukhayyam oleh Ustaz Hj Kamal Azhari bin Zuhra yang memang tidak asing lagi di JIM HS, membakar semangat peserta untuk terus berada di medan dakwah ini walaupun semuanya akur akan mehnah dan tribulasi dakwah yang bakal di hadapi.




align="center">Dalam slot ADVENTURE BEGINS, peserta dibawa meredah hutan dan sungai. Semangat berpasukan, taat kepada ketua, berhati-hati dan 'alert' disebatikan dalam perjalanan ini. Melintasi air sungai yang berarus deras, melepasi tanah selut... itu baru permulaan.


Setiap kumpulan kemudiannya diberi tugasan untuk memasak nasi, lauk dan air menggunakan 'set' buluh! huh??!! resepi baru - kentang d' hangusss...

hidangan istimewa, siap dengan kopi kaww
'Asar berjemaah atas pasir di tepi sungai - antara pengalaman manis yang takkan dilupakan.



align="center">



Persembahan Kumpulan membangkitkan pelbagai perasaan. Setiap kumpulan yang dinamakan mengikut nama-nama ghazwah menonjolkan sebaik mungkin persembahan mereka agar selari dengan tema mukhyayyam. Kekadang penonton terkesima ditampar sindiran tajam, kekadang terharu sayu menyoroti sejarah perjuangan sahabiah, kekadang merasa kuat disuntik semangat mujahidah dan tak kurang juga adegan lucu mencuit hati. Kumpulan Yarmuk (Kump 3) telah dinobatkan sebagai johan Persembahan Kumpulan.

peperangan yang sungguh sengit!

Al Ma'athurat di pagi yang hening

di ikuti dengan kuliah subuh

Slot PUSHING THE LIMIT dihari kedua...Adunan Flying Fox, Repelling dan Obstacles (mengatasi 12 jenis halangan), benar-benar mencabar kekuatan mental dan fizikal. Tidak kira peringkat umur, yang telah 50 tahun keatas juga ingin mencuba. Syabas buat semua!
Berikan ucapan Takbir buat diri anda!



isyyyyy.... boleh ke panjat nih???



Apa dah jadi????
kumpulan telah melaksanakan Tugasan Kumpulan dengan baik sekali yang mana secara tidak langsung ini membantu melancarkan lagi perjalanan program. Antara tugasan kumpulan ialah menjadi imam solat, memberikan tazkirah (KULIM - Kuliah 15 min), persembahan kumpulan, mengendalikan bacaan wirid al ma'thurat, mengendalikan qiamulail, mengendalikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.

Berpeluh-peluh juga para fasi memberi markah dan mengisi borang Prestasi Individu dan Kumpulan . Hampir kesemua peserta dan kumpulan melaksanakan tugasan dengan begitu baik sekali. Hampir kesemua kriteria yang diharapkan telah ditonjolkan oleh mereka. Akhirnya setelah disyurakan, inilah keputusannya :

KUMPULAN TERBAIK - Kumpulan YARMUK!!



PESERTA TERBAIK - Ukhti KHANSA' ZULKIFLI dari JIM PETALING



>

TAHNIAH!!!!

Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah diserikan dengan kehadiran Prof Madya Dr Roohaida , Pemangku Ketua Wanita JIM Selangor dan Ucapan Penutup oleh Timbalan Ketua Wanita JIM Pusat, Pn. Hajjah Che Asmah Ibrahim.



Kami, AJK program merangkap tuan rumah dari WJIM Hulu Selangor mengucapkan
Jazakumullahu Khairan Katheera !Uhibbukum fillah !


kepada
- Kak Wan Fauziah Wan Kadir ( Pengerusi TPSM Wanita JIM Selangor) selaku Penasihat Program
- Kem Komandan 1- Ukhti Noor Azni Ibrahim dari JIM Petaling
- Kem Komandan 2 / Faci - Ukhti Suriati Haron dari Ampang Jaya (Isteri Presiden kita)

- semua fasi :
> Dari JIM Petaling : Ukhti Juriah Supaat, ukht Hazimah Talha dan Ukhti Zaini Adam
> Dari JIM Ampang Jaya : Ukhti Azian Ariffin dan Ukhti Dr Badiah
> Dari Kelang : Ukht Ermayulis
> Dari JIM Hulu Selangor : Ukhti Asmah

- AJK Nursery serta kakitangannya.
- Para Peserta
- Pakcik Rambo serta semua kakitangan Kem Lembah Genting
- Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Ya Allah, berkatilah program kami ini serta kurniakanlah kami kekuatan untuk beristiqamah dalam perjuangan ini.Pertautkanlah hati-hati kami semua dengan keImanan, keCintaan dan keTaqwaan kepada mu Ya Allah.Semuga setiap apa yang kami lakukan ini ada nilainya disisi Mu ya Allah.
Amin.. Ya Rabb !


Jazakumullahu khairan katheera dari kami, barisan AJK WJIM Hulu Selangor serta AJK Program.

Pengarah Program 1: Ukhti Salmi Manja bt Md Noor
Pengarah Program 2 : Ukhti Jamaliah bt Awang
S/usaha Program : Ukhti Nor Hafizah bt Daud
Bendahari dan Pendaftaran : Ukhti Hidayah bt Yacob
Penempatan : Ukhti Rohani bt Yusof
Urusetia : Ukhti Hanita bt Abdul Rahim & Ukhti Fazliyyah
Juru kamera : Adik Auni Amran
PA Sistem : Akhi Amran Syakir (TYDP JIM Hulu Selangor)
Nursery : Ukhti Halimah
Pembantu2 Nursery :
Adik Farah Fasihah Mohd Nasir (JIM Ampang Jaya)
Adik Shahidah dan Syahirah Roslan,
Adik Asiah, Hazami dan Zaidah bt Abdullah,
Adik Farah Hanim bt Ralim
Adik Asma' dan Auni bt Amran.


~ Nor Hafizah Daud ~



* peserta-peserta dari WJIM Ampang Jaya:
Alhamdulillah gandingan mantap yang muda & tak berapa muda...


  • Aminatul Kasim
  • Fathin Anuar
  • Juwairiya Zulkifli
  • Nahdia Ariffin
  • Norshaili Adlina
  • Rose Ashikin A Bakar
  • Sharifah Jamaluddin
  • Siti Zanirah Nasoha



    Juwairiya, MC Majlis Penutup yang mantap mantop!




    Dr Badiah, fasi yang tak kurang mantop!

    Mujahidah solehah........

    syaza yang cool

    Rania yang agak hot!

  • Thursday, June 11, 2009

    Tanggungjawab Murabbi

    Professor Dr. Abdullah Qadiri Al-Ahdal
    Universiti Islam Madinah


    Tanggungjawab Murabbi

    ﴿رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمْ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (129)﴾ [البقرة]

    Maksudnya:
    "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

    ﴿لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمْ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ (164)﴾ [آل عمران]

    Maksudnya:
    “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

    ﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمْ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ﴾(2) الجمعة

    Maksudnya:
    “Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

    ﴿يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُوا الأَلْبَابِ (269)﴾ [البقرة]

    Maksudnya:
    “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

    ﴿قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ (108)﴾ [يوسف]

    Maksudnya:
    “Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

    Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda:

    من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين... ولن تزال هذه الأمة قائمة على أمر الله، لا يضرهم من خالفهم، حتى يأتي أمر الله

    Maksudnya:
    “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikan kepadanya kefahaman dalam perkara agama… Ummat ini akan sentiasa berada di atas agama Allah, orang-orang yang menyalahi mereka tidak dapat memudaratkan mereka sehingga datang ketetapan Allah.”

    Rasulullah saw juga pernah berdoa untuk Ibn Abbas ra dengan bersabda:

    اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل.

    Maksudnya:
    “Ya Allah, berikanlah kefahaman kepadanya dalam perkara agama dan ajarkanlah kepadanya takwil (al-Quran).” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak (3/615) dan beliau berkata, “Sanad hadis ini sahih tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya.”


    Pertama: Tanggungjawab Dalaman

    1. Tafaqquh (belajar) tentang perkara agama secara berterusan, daripada al-Quran, al-sunnah dan sirah, juga tulisan para tokoh ulama dan dakwah.

    2. Melakukan pentarbiahan berdasarkan manhaj nubuwwah dalam perkara akidah, ibadat dan akhlak, menggunakan uslub-uslub yang menarik.

    3. Melakukan apa sahaja sebab yang boleh menanam kasih sayang di dalam jiwa dan merealisasikan ukhuwwah yang sejati.

    4. Tawaduk, merendahkan diri dan menghormati orang lain tanpa terlampau memberat-beratkan.

    5. Tolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa.

    6. Saling menasihati dengan penuh keikhlasan.

    7. Ketelitian dalam bidang pengurusan, menepati waktu dan memelihara temu janji.

    8. Mengambil manfaat daripada tenaga yang ada dengan membuat perangkaan tepat.

    9. Meningkatkan peringkat kepada yang berhak.

    10. Mengetahui bidang pengkhususan dan meletakkan setiap orang yang pakar pada tempatnya yang sesuai.

    11. Merealisasikan segala sifat yang diserukan orang lain agar bersifat dengannya (qudwah hasanah).

    12. Memberikan komitmen dengan prinsip syura dalam perkara yang tidak ada nas yang qatie mengenainya.

    13. Tidak ragu-ragu untuk mengambil keputusan yang benar selepas melakukan syura dan melaksanakannya terhadap semua.

    14. Sabar dan teguh pendirian di atas kebenaran.

    15. Sabar terhadap jamaah dan kesulitan-kesulitan meneruskan perjalanan bersamanya.

    16. Berpegang teguh dengan tali Allah yang menyatukan.

    17. Melakukan pemantauan (mutaba’ah) terhadap anggota dan penyokong sama ada di dalam dan di luar negara.

    18. Melakukan pembinaan secara perlahan-lahan dengan memilih unsur-unsur yang salih.

    19. Berusaha untuk memperoleh kesatuan arahan, sebagaimana kesatuan manhaj.

    20. Memulakan dengan yang lebih penting.

    21. Berlatih sentiasa mengambil inisiatif untuk melaksanakan aktiviti, serta tidak jumud dengan hanya sentiasa menerima arahan sahaja.

    22. Berterus terang.

    23. Mendengar dan taat sama ada ketika senang atau susah dalam perkara kebaikan secara termampu.

    24. Sentiasa menjaga segala dokumen dan fail.

    25. Membina kepercayaan penuh dan bersangka baik.

    26. Membuat perancangan untuk mewujudkan pengkhususan dengan mengarahkan para pelajar agar berada dalam pengkhususan tertentu semenjak sekolah menengah.

    27. Berdikari.

    28. Prihatin dengan proses pembelajaran.

    29. Prihatin dengan media massa.

    30. Sentiasa melakukan muraqabah (mengingati mati).

    31. Bertawakkal dan berlindung penuh kepada Allah dalam segala aktiviti yang dilaksanakan.

    32. Berhati-hati terhadap ‘kala jengking’ dan ‘binatang-binatang melata’.


    Kedua: Tanggungjawab Luaran

    1. Menghulurkan tali kepada setiap perigi (membuat hubungan dengan semua pihak).

    2. Berkenalan dan bersahabat dalam bidang amal dan lainnya.

    3. Menyebar dan tersebar dengan pantas.

    4. Berusaha untuk menguasai pelbagai mimbar (medium).

    5. Menubuhkan yayasan-yayasan kebajikan di setiap negeri dengan berinisiatif menghulurkan bantuan dan pertolongan ketika berlaku kemalangan dan bencana.

    6. Menghantar surat-surat atau utusan yang boleh memberi manfaat umum melalui para penyokong yang berada lingkungan pembuat keputusan (badan perundangan dan eksekutif).

    7. Sentiasa membuat hubungan dengan para ulama dan tokoh-tokoh masyarakat.

    8. Tidak melakukan pertembungan dengan golongan yang tidak sependapat dengan menerangkan kebenaran secara tidak langsung.

    9. Menampilkan keprihatinan terhadap hal ehwal kemasyarakatan dan kekeluargaan dalam Islam, serta menyebarkan buku-buku kecil mengenainya dan mendamaikan dua pihak yang bertelagah ketika berlaku pertelagahan.

    10. Mengadakan kelas-kelas pengajian di masjid dan seminar-seminar umum bagi menyebarkan kefahaman tentang prinsip-prinsip Islam.

    Wednesday, May 20, 2009

    PERINGATAN UNTUK KITA.....

    Apa kata Sdr Aziz tentang NAQIB (& NAQIBAH).... Mari ambil pengajaran....


    "Naqib usrah kene mantap. Pengalaman ana sbg ahli usrah yg dpt banyak naqib ( bertukar2 naqib ) sejak 1994 lagi, naqib yg power akan menaikkan komitmen kita, naqib yg cikai, hampeh dan x serius, of course akan memberi kesan kurang baik... "



    Terima kasih Sdr Aziz atas peringatan ini.

    Saturday, April 11, 2009

    Program2 T- PSM, APRIL 09

    1. QIAMULLAIL
    untuk ahli-ahli usrah Modul 03 PIOJ
    tempat: PKJ
    tarikh: 17 April 2009 (jumaat) - 18 April 2009 (Sabtu)
    jam 9.00 malam (Jumaat) - 7 pagi (Sabtu)
    usrah ikhwah
    fadzil abdullah, mohd esa, zaid johan, wan ahmad nizar, prof awaluddin, tahir ismail
    usrah akhawat:
    wan fauziah, zahratullaili, faridah ali, ust faridahanom, halipah ali, salmiah basir, junaida ahmad


    2. IFTAR KELUARGAJIM Ampang Jaya
    tarikh: 30 April 2009,Khamis
    tempat: SRIAAKL
    menu: akan ditentukan

    sekian,
    wassalam

    dr ahmad sharifuddin
    T-PSM JIM Ampang Jaya