Islah & Wanita Gemilang

Showing posts with label JKKKM. Show all posts
Showing posts with label JKKKM. Show all posts

Friday, October 16, 2009

JOM JOIN HISYAJ!!! - 18 Okt 09


JOM MERIAHKAN HISYAJ 2009!!!

AHAD 18 OCTOBER 2009

TENTATIF PERJALANAN :

WAKTU

TEMPAT

8.00 – 10.00 am

Poolside, Kondominium Ako Jaya, Ampang Jaya

( Akh.Zun Arif & Dr.Badiah)

  • Pastikan keselamatan anak-anak di tepi kolam renang!!!
  • Sila letak kereta di luar perkarangan kondominium (along the road)

10.30 – 11.15 am

No.4, Persiaran Kiri 1, Off Jalan Keramat

(Prof.Awaluddin & Roselainy)

11.30 – 12.15 pm

22, Jalan UB 2, Taman Ukay Bestari, Bukit Antarabangsa

(Akh.Nadzri & Mazura)

12.30 – 2.00 pm

10 Jalan, AU5C/2, Ulu Kelang ( Akh.Shahriman & Zanirah)

Utk Ikhwah

6, Jalan AU5C/2, Ulu Kelang (Akh.Ismahadi & Jawaher)

Utk Akhawat

  • Solat Zohor di masjid As-Sobirin

2.00 pm

Perkarangan pejabat DUN Gombak (Rumah Terbuka JIM Pusat, JIM Selangor & JIM KL)


JANGAN LUPA BAWA KELUARGA ,

KECIL BESAR TUA MUDA!

ERRRRRRRATKAN UKHUWAH SESAMA KITA

MOGA ALLAH RAHMATI SEMUA...




Salam,

Kak Dah




~ Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
~ Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat belanja!!!..tiada alasan lagi, ada di JIM E-BAZAAR!! Cubalah!!

Friday, July 3, 2009

BANTULAH SAUDARA MU

Salam

Semua Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi dan dirahmati Allah.

Salah seorang dari anak kita dan ahli aktif KARISMA yang telah menghadiri PERKASA 2009 (Pemimpin Pelapis JIM) dan MISI 2009 telah diuji oleh Allah dengan kemalangan yang serius .

Akh tersebut, Uzair Bin Zulkifli, pelajar Politeknik Port Dickson, merupakan penerima anugerah peserta cemerlang MISI'09 - kemalangan apabila hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan. Kini Akh Uzair ditempatkan di Hospital Selayang, telah menjalani pembedahan akibat patah lutut dan perlu menjalani pembedahan lanjutan . Beliau terpaksa menunggu lama untuk pembedahan selanjutnya (terlalu ramai pesakit) di Hospital Selayang

Kos pembedahan pertama sebanyak RM 2,000.00.

Ana menyeru semua ikhwah dan akhawat untuk menghulurkan bantuan dan sokongan sebagai penzahiran ukhuwah fillah bagi meringankan dugaan ditanggung beliau dengan

1. menyumbang melalui tabung KARISMA

di bawah nama Nur Idayu Abd Rahman,

AKAUN MAYBANK: 114160842669
AKAUN BANK ISLAM: 12-038-02-523254

2. menghantar sms sebagai pendorong & memberi semangat kepada Akh Uzair (013-3718156) dan menziarahi beliau.

Sila maklumkan sumbangan antum terus kepada Nor Idayu (019-2273155) untuk rekod.

Ayuh Ikhwah dan akhawat jangan tunggu lagi. Hulurkan bantuan segera.

Semoga Allah merahmati ,memberkati dan mengganjari sumbangan dan usaha kita.


Sahrim Haji Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Kebajikan JIM

Thursday, May 28, 2009

RELAY 4 LIFE, 30Mei 2009

CAKNe-PPUKM (Kumpulan Sokongan Kanser Kanak-Kanak) akan mengadakan Solat Hajat & aktiviti bersama kanak-kanak kanser ketika program RELAY FOR LIFE yang dianjurkan oleh National Cancer Society of Malaysia, pada Sabtu ini. Progran ini merupakan program tahunan bagi memberikan sokongan kepada pesakit-pesakit kanser diseluruh Malaysia disamping mengutip dana.

Buat julung kalinya, program Solat Hajat akan diadakan ketika RELAY FOR LIFE dan secara langsung dikendalikan oleh CAKNe. Beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak juga akan dijalankan:

- Origami kertas

- Menghias Biskut& Cake

- Bowling Padang

- Cari Gula-Gula Dalam Kotak

- Tiup Belon

- Golf

- Bawa bola celah kaki


Ingin mengambil bahagian? Anda boleh membantu dengan:

  1. Sertai sebagai sukarelawan CAKNe (Sabtu, 4ptg – 10malam)
  2. Menghadiri RELAY FOR LIFE di Stadium Latihan MSN sabtu ini
  3. Menyumbang wang/ hadiah kepada aktiviti kanak-kanak

Untuk sebarang pertanyaan & penyertaan, boleh hubungi Khadijah ditalian 013-5902418 atau Salina 019-3331000


Thursday, May 14, 2009

MARDHIAH...

TAHNIAH
kepada kedua ibubapa
ASMA' & KHAIRIL ANUAR
serta atuk & opah
AKH MUHAIMIN & UKHT NOORMALA

atas kelahiran anakanda/cucunda kedua
MARDHIAH
pada 30 April 2009
Moga menjadi mujahidah solehah & penyejuk hati ayahbonda


Alhamdulillah,JKKKM telah ziarah baby & ibu pada hari Rabu, 13 Mei 2009


Tuesday, January 27, 2009

JKKKM ke HUKM - 21 Januari 2009


Rabu 21 Januari 2009
Alhamdulillah, JK Kebajikan & Khidmat Masyarakat JIM AJ telah ke HUKM untuk menziarahi ukht Noorazian Anidin yang telah selamat menjalani pembedahan sehari sebelumnya.

Didoakan semoga Yan kembali pulih seperti sediakala dan dapat bersama kita meneruskan usaha-usaha mengislah masyarakat, insyaAllah

Dikesempatan yang ada kami juga telah menziarahi adik Farras yang di masukkan ke wad untuk pemantauan. Sungguh tabah bonda Farras, Ibu Yuki, melalui dugaan yang amat berat ini.

Kami kemudian dimaklumkan oleh Ibu Yuki tentang adik Mohd Ilham Rusydi, anak Puan Salbiah(adik ukht Salina Awaluddin /adik ipar akh Abd Rashid). Adik Ilham yang kebetulan berada dikatil sebelah, juga sedang menjalani rawatan chemo sepertimana adik Farras.

Sempat juga menyampaikan sedikit sumbangan

Doakan moga Allah permudahkan segala urusan mereka serta di berikan kekuatan & kesabaran dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Ikhwah akhawat bolehlah bawa anak2 ziarah adik Farras di Rumah Mc Donald,HUKM. Kehadiran anak2 kita insyaAllah akan menjadi teman penghibur pada Farras.

AdikIlham, kurang ceria ...

Adik Farras nyenyak tidur keletihan menanggung kesakitan rawatan