Islah & Wanita Gemilang
Showing posts with label perutusan. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009
Perhimpunan Perwakilan Nasional ke19, 2009 - Perkongsian Ucapan Dasar Presiden
UCAPAN PRESIDEN DALAM PERSPEKTIF FIKRAH ISLAM
Ucapan yang telah disampaikan oleh akhi presiden sebenarnya adalah menggambarkan perjalanan fikrah Islam yang kita pelajari selama ini. Namun urutannya tidaklah seratus peratus seperti mana perjalanan sirah Ar-rasul. Walau bagaimanapun kita dapat membuat satu rumusan bahawa apa yang disampaikan itu berlegar di sekitar beberapa perkara penting seperti berikut:-
1. Hakikat manusia itu adalah khalifah. Perkara ini tidak dapat dinafikan bahawa tujuan manusia dijadikan adalah sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk mengurus hal ehwal dan mendirikan agama. Orang yang mengenali hakikat ini ia akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin seperti mana yang dituntut oleh penciptanya. Seseorang yang dapat merealisasikan perkara tersebut sebenarnya ia sudah membina ciri peribadinya yang sholeh dan taqwa pada dirinya. Inilah yang diungkapkan oleh presiden dalam perenggan “kita pertama”.
2. Pembentukan Jamaah. Ciri peribadi yang sholeh dan taqwa tidak akan sempurna jika ia tidak dicurahkan kesholehan dan ketaqwaan itu pada orang lain. Namun ia tidak boleh dilaksanakan seorang diri sebaliknya perlu berjamaah untuk merealisasikan tugas dan tanggungjawab yang berat ini. Maka perkumpulan ciri-ciri peribadi yang sholeh dan taqwa menjadi sebuah jamaah yang yang berteraskan fikrah dan kefahaman yang sama. Hakikatnya begitulah di dalam dakwah ini ia bergerak dari individu kemudian kepada pakatan dan permuafakatan yang berpaksikan cita-cita dan tujuan yang sama. Inilah yang hendak disampaikan dari ungkapan presiden dalam “kita dua”.
3. Musuh yang menghalang. Didalam hendak mencapai hasrat yang dikehendaki kita tidak akan terlepas dari musuh yang akan menghalang perjuangan dan hasrat cita-cita murni kita. Musuh-musuh itu bukannya baru wujud dalam medan perjuangan ini. Sebaliknya ia telah lama wujud, tetapi dalam rupa paras yang baru seperti kapitalis, liberalis, sosialis dan komunis. Kesemuanya adalah ajaran sesat yang melengkari kefahaman manusia masa kini samada dari kalangan umat Islam atau bukan Islam. Perkara ini disampaikan oleh akhi presiden dalam ungkapan “kita dan mereka”.
4. Waqieyatud Dakwah. Perlu dingat bahawa dakwah yang hendak disampaikan perlu bersesuaian dengan keadaan setempat. Maka analisis perlu dilakukan agar dakwah yang disampaikan akan mendapat sambutan yang baik. Selain dari musuh yang ada, situasi semasa umat Islam dan gerakan Islam yang telah lama berperanan di medan juga perlu diambil kira. Nilai ukur yang dibaca menjadi neraca kepada penentuan sikap dan pendekatan yang hendak diambil. Sekalipun kefahaman dan jamaah yang dibentuk berlaku ditempat lain, namun ia tidak menghalang untuk disesuaikan dengan keadaan setempat. Kerana Islam itu universal, maka sesuaikanlah cara amalan dan dakwah itu dijalankan. Dalam konteks ini akhi presiden menjelaskannya dalam ungkapan “kita balik”.
5. Membentuk wadah. Membentuk wadah adalah satu fasa untuk mengiklankan dakwah. Matlamat dan tujuan dakwah adalah jelas. Ia perlu dijelaskan kepada semua untuk memahaminya. Menegakkan syariat adalah tujuan utama kepada pencapaian dakwah masa kini. Umat Islam yang kehilangan Negara dari mengamalkan syariat sepenuhnya menjadi tuntutan kepada semua mengembalikan semula kegemilangan pelaksanaan itu. Pendekatan dakwah yang diambil pada fasa ini akan memberi penumpuan sewajarnya kepada pencapaian tujuan tersebut. Namun ia perlu dingat bahawa hasrat itu bukan sahaja perlu dijalankan pada peringkat Negara sahaja, bahkan pelaksanaan pada peringkat diri juga menjadi tuntutan sama disamping usaha itu dijalankan. Ia diungkapkan oleh akhi presiden mengenai perkara ini dalam “mencari tempat kita”
6. Bekerjasama untuk kebaikan dan menjauhi perpecahan. Kita tidak dapat lari dan mengelak bahawa kerja dakwah seberat ini kena dipikul bersama dengan orang lain. Sunnah Allah telah menjadikan kita ini berbagai-bagai. Maka kepelbagaian itu perlu dimanfaatkan. Kaedah bekerjasama dalam perkara yang kita sepakat menjadi satu kebenaran bagi kehidupan berjama'i. Kita akan rugi jika tidak kreatif menyepakati perkara kebaikan yang hendak dilakukan. Dakwah akan menjadi lembab jika bebanan itu tidak dipikul bersama. Lebih lembab lagi jika kita merasakan kita boleh melakukannya sendirian tanpa bantuan orang lain. Selain dari permuafakatan itu kita juga perlu menjaga hubungan yang mesra dengan orang lain. Kerana hubungan itu menjadi kewajipan kita semua menjaganya. Menjaga ukhuwah adalah wajib sekalipun terpaksa korban perkara sunat, apatah lagi perkara harus. Perkara ini selaras dengan pendekatan yang diambil oleh akhi presiden terhadap isu yang berlaku dan diungkapkannya dalam “tepi kain kita”.
7. Qiyadatul ummah. Setelah melalui fasa yang berbagai-bagai didalam dakwah seperti mana yang kita fahami, maka tibalah kini kita perlu mengambil peranan memimpin ummah. Liku-liku yang dilalui sepanjang pejalanan tersebut adalah sunnah bagi dakwah ini. Namun ia bukan penutup kepada dakwah ini untuk berjalan. Memang Allah telah menjanjikan di dalam al-Kitab bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hambanya yang sholeh maka tidak hairanlah kalau kita dapat memimpin ummah selagi mana masih ada dikalangan kita orang yang ikhlas dan sabar menempuhi liku dalam perjalanan dakwah ini. Ingat… kuasa memimpin ini diberi bukan diusahakan semata-mata. Jika kelalaian dan kederhakaan dilakukan ianya akan ditarik balik seperti mana Allah menarik balik kepimpinan kaum Bani Israel dari menguasai alam. Kita akan dipelihara oleh Allah sekiranya kita sentiasa memelihara batasan Allah. Begitu juga orang akan menghormati kita sekiranya kita jujur sejujur ar-Rasul menyampaikan dakwah. Allah akan memperlembutkan hati hambanya untuk dipimpin sekiranya orang yang memimpin itu berjiwa rabbani. Akan dampak seterusnya berbondong-bondong manusia manusia menerima dakwah ini dengan penuh kerelaan. Akhi mengungkapkannya perkara ini di dalam “topi kita”.
Sekaligus apa yang kita dapat perhatikan dari ucapan akhi presiden adalah sebagai satu perjalanan dakwah di Malaysia. Dari perjalan itu kita boleh membuat ukuran sejauh mana ia telah menepati dengan perjalan sirah ar-Rasul. Ia juga akan memberi gambaran kepada kita bagaimana pula langkah kita seterusnya untuk menggerakkan dakwah ditempat kita. kerana kita juga bermula dari “kita yang pertama” dan berakhir dengan menjadikan orang lain memakai “topi kita”. wallaah hua’lam bisshowaab.
Ust. Mohd. Nuri Bin Mustafa
YDP JIM Daerah Bachok
Merapkap Biro Ulamak dan Pendidikan JIM KE1
9 Disember 2009/22 dzulhijjah 1430

Friday, August 21, 2009
Dari Meja SUA - Madrasah Ramadhan 1430 H - Satu Lagi Peluang Bagi Mengislah Dan Memperbaiki Diri Dan Keluarga
| Assalamu'alikum wrb InsyaAllah kita akan bertemu Ramadhan Kareem 1430 Hijrah dalam beberapa jam lagi. Sebagai para duat, ana percaya kita telah menyediakan mental, spiritual dan fizikal kita untuk melalui Madrasah Ramadhan 1430 Hijrah ini. Bulan latihan yang datang setahun sekali ini memberikan kita peluang sekali lagi untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mengislah dan memperbaiki diri dan keluarga kita. Diri kita sudah pasti perlu diperbaiki dan dipertingkatkan iman dan amalnya, akhlaq dan syakhsiahnya, ilmu dan kekuatan mindanya serta keazaman perjuangan dan iltizamnya. Madrasah Ramadhan memberi kita peluang untuk membersih dan mentazkiahkan diri kita, meningkatkan taqarraub kita kepada Pencipta kita dan kemudian muncul sebagai duat dan pejuang yang lebih kental, iman yang lebih mendalam, berakhlaq tinggi dan iltizam yang semakin membara. Madrasah Ramadhan 1430 H juga memberi peluang untuk mengislah dan memperbaiki keluarga kita. Kita adalah nakhoda rumahtangga. Kita yang melafaz dan berikrar semasa akad nikah untuk mengambil pertanggungjawaban dan mengambil alih daripada wali isteri kita untuk menjaga, memelihara dan membina isteri kita dan kemudian anak-anak dan keluarga kita. Membina keluarga dengan penuh kasih sayang sehingga isteri dan anak-anak berasa dipelihara, dijaga kebajikan mereka dan berasa selamat dengan kehadiran kita - ini merupakan usaha berterusan yang kita perlu lakukan bersungguh-sungguh. Setiap masa adalah waktu yang terbaik untuk memulakan apa-apa sahaja yang baik. Apa lagi dengan menjelmanya 1 Ramadhan pada petang ini. Marilah kita sama-sama berazam untuk menghidupkan Ramadhan Al Mubarak yang datang setahun sekali sahaja ini. Marilah kita berazam untuk terus mengislah dan memperbaiki diri dan keluarga kita. Masih belum terlewat (bagi yang belum) untuk esok kita kemas dan bersihkan rumah, basuh songkok/kopiah dan telekung serta jubah (jika tidakpun membeli yang baharu) bagi menyediakan "mood" diri kita, isteri dan anak-anak untuk menyambut bulan yang dipenuhi sejuta rahmat ini... Moga Allah swt membantu kita untuk menghidupkan Ramadhan pada tahun ini. Bantulah kami ya Rabb, 'Azzawajalla... Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak 1430H! Wassalam Nahar Md Nor Setiausaha Agung JIM 30 Sya'ban 1430 H 21 Ogos 2009 |
Subscribe to:
Posts (Atom)