Maklumat lanjut tentang kami, hubungi Setiausaha 019 3846443 atau email othmanaj@gmail.com / sky_dim@yahoo.com
Semoga doa Ad Dhuha mengiringi sepanjang masa hari2 para du'at soleh musleh
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini di langit, Engkau TURUNKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini di bumi, Engkau KELUARKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini susah, Engkau MUDAHKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini jauh, Engkau DEKATKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini dalam keharaman, Engkau BERSIHKANLAH"
Berkat Dhuha Mu.Ameen Ameen Ameen Ya Robbal'aalameen.
Mari belajar Bahasa Al Qur'an - a word a day!
Allah menyukai hambaNya yang:
1. Lisannya sentiasa basah berzikir kepadaNya
2. hatinya sentiasa khusyuk mengingatiNya
3. Sabar di atas segala ujian yang diturun ke atasnya.
Mutaba'ah amal untuk ahli JIM
1. Solat berjamaah min. Isya' & Subuh 2. Tilawah Qur'an - min. 1 Hizb 3. Hafazan min. 1 ayat sehari 4. Istighfar min. 70 kali sehari 5. Ma'thurat sughra 6. Baca buku min. 30 min sehari 7. Riadhah min.15 min sehari 8. Riadhah Jamaie 1x seminggu 9. Interaksi ibubapa mingguan 10. Puasa & iftar jamaie bulanan 11. Ziarah kubur 2 bln sekali
Air Mineral JIM - beli,jangan x beli! hubungi 019 3374400!
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu Memberi salam apabila bertemu dengannya dan Menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta Panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
KBJ - Kelab Belia JIM
Jika ANDA memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Beragama Islam 2) Berumur 18-30 tahun atau berjiwa muda belia! 3) Menetap/bekerja di Selangor 4) Bukan pelajar sekolah atau IPT
Semuga berada di dalam iman yang sejahtera. Sedikit perkongsian, muga ada manfaatnya.
Kira-kira 3 minggu lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada Bro Lim Jooi Soon, penasihat PERKIM Ampang. Memaklumkan seorang mualaf memerlukan perlindungan setelah 2 minggu menumpang di masjid Jamek KL. Setelah berbincang dengan Sdr Abu Kasim, pengerusi JKD AJ, saya lantas menghubungi beliau. Zulkifli Chen, berasal dari Sandakan hidup sebatang kara. Dihalau daripada rumahnya ketika usia beliau 17 tahun sebaik sahaja keluarganya mengetahui tentang keIslamannya. Zul telah mengambil keputusan berhijrah ke semenanjung Malaysia pada 1/1/2006.
Zul seorang yang sangat tabah. Beliau menumpang dari masjid ke masjid yang bersimpati dengan nasib beliau. Beliau menumpang sehingga 6 bulan sebelum berjaya mendapat kerja di KFC dan menetap di asrama. Walaupun dibuang oleh keluarganya, Zul tetap menunjukkan rasa kasih kepada kedua ibu bapanya. Ayahnya beragama Buddha, manakala ibunya beragama Kristian. Datuk sebelah ayahnya merupakan salah seorang ketua sami di Beijing. Ketika ayahnya meninggal pada 25/12/08 akibat tekanan darah tinggi, beliau telah pulang ke kampung halaman dengan hasrat menziarahi ayah nya. Malangnya beliau telah dihalau oleh ahli keluarganya. Bukan shaja dihalau, beliau juga telah diparang di kakinya hingga menyebabkan beliau mendapat 14 jahitan. Ibu beliau meninggal dunia pada 17/2/09, tiga bulan selepas ayahnya meninggal akibat koma. Semua keluarga sebelah ayahnya telah balik ke tanah besar China. Manakala keluarga sebelah ibunya tidak menerima beliau lagi.
Bagi menampung kehidupan, Zul telah bekerja di KFC selama 6 bulan. Beliau jug pernah bekerja sebagai promoter CELCOM selama 8 bulan dan kilang Denture di Tebrau, Tampoi. Sambil bekerja beliau menanam hasrat untuk meneruskan pengajiannya. Alhamdulillah, berkat usaha gigih beliau telah ditawarkan ke UNISEL pada Julai 2007 dalam bidang Diploma Pendidikan Pra-Sekolah. Semasa di UNISEL, beliau selalu sahaja diperli oleh rakan-rakannya kerana tidak selalu berfoya-foya. Apakan daya, beliau terpaksa bekerja memikul beras dari kilang ke lori seberat 50kg dengan upah RM5 seguni. Seharian bekerja, dapatlah beliau menghabiskan 15 guni. Duit inilah yang dikumpulnya untuk menyara kos pengajian beliau di UNISEL.
Beliau juga seorang pelajar cemerlang dengan mendapat CGPA3.8. Disamping itu beliau juga merupakan seorang EXCO Kemasyarakat di UNISEL. Selalu menasihati pelajar UNISEL yang berpasangan. Ciri-ciri seorang pemimpin dan daie itu telah wujud dalam jiwa Sdr Zul. Beliau telah memohon untuk berhenti daripada UNISEL memandangkan tidak mampu untuk membayar RM10,000. Sebelum ini beliau telah membayar kira-kira RM13,000 untuk yuran pengajian dan penempatan. Tempoh pengajian beliau sepatutnya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum menamatkan pengajiannya. InsyaAllah JKD AJ sedang usahakan untuk beliau kembali ke UNISEL dan membantu menguruskan bayaran yuran yang tertunggak.
Pada 17/4/10 yang lepas, beliau telah di jemput oleh Majlis Agama Islam Johor untuk majlis penyerahan zakat yang disampaikan oleh MB Johor. Majlis diadakan di dewan serbaguna Johor Bharu. Sebelum itu 4 orang mualaf diminta membuat perkongsian dihadapan 350 orang hadirin. Kebetulan ada 3 orang berbangsa Cina bernama Ng Kwan Ti (ahli perniagaan), Mong Kai Wah (ahli perniagaan) dan Phylicia Sheah (pensyarah) yang turut hadir di dewan tersebut. Menurut Zul, mula-mulanya menggelatar juga kaki nya kerana berhadapan dgn crowd yang begitu ramai. Alhamdulillah Allah berikan saya kekuatan. Air mata tak tertahan ketika beliau membuat perkongsian, begitu juga beberapa hadirin yang hadir. Selesai perkongsian, 3 orang Cina tersebut berjumpa beliau meminta penjelasan dengan lebih lanjut. Mereka mengucap dua kalimah syahadah di situ juga. Allahu Akbar!!!
Zul juga memaklumkan sedang dalam usaha membantu kawan perumpuannya berumur 17 tahun untuk memeluk agama Islam. Kawannya berada di Sandakan. InsyaAllah sekiranya keadaan mengizinkan, mohon akhawat Sabah menyantuni kawannya ini. Saya akan berikan maklumat apabila saya perolehi kelak.
Kini Zul kami tempatkan di Hidayah Centre JIM Ampang Jaya di Wangsa Maju. Beliau telah bersetuju untuk bersama-sama dengan Ikram dan terlibat dalam sistem usrah. Jzkk kepada Akhi Kasim yang turut menyantuni Zul. Sebagai tanda ukhuwah, silalah hantar sms atau hubungi beliau di 017-2929057.
Dikongsikan sebuah doa yang saya baru belajar dengan Akhi Abu Kasim.
Maaf tak ada karakter arabic. Camna nak buat Zulk?
Ya Allah berikanlah kami hidayah, Ya Allah jadikan kami orang yang menyampaikan hidayah, Ya Allah jadikanlah kami penyebab orang lain menerima hidayah.
Semuga Allah memilih kita antara penyebab orang lain menerima hidayahNya.
Itulah kalimah yg sering kita dengar dari saudara2 baru kita. Mereka bertahun-tahun tinggal bersama kita tetapi tiada siapa yg bercerita tentang Allah. Mereka dapat petunjuk Allah bukan dari usaha kita tetapi dari usaha mereka sendiri. Dimana peranan kita untuk mengembangkan ajaran Allah? Kita punya jiran non-Muslim. Pernahkah kita ajak kepada Allah?
Kita punya rakan sekerja, supplier, contractor, guru, murid…. Pernahkan kita berbicara tentang Allah dengan mereka? Malah kalimah ALLAH sedang hangat dibincankan. Pernahkah kita berbincang dengan mereka?
Apakah kita tidak yakin dengan kewajipan berdakwah? ……
Tidaaaak….. Kan dah melalui usrah2. Kan dah memahami apa erti saya menganuti Islam…. Cuma…. Takde kesempatan nak dakwah. Kawan Cina saya ni sangat rajin orangnya. Selalu saja sibuk dengan bisnesnya. Belum ada peluang nak sembang2.
Terutamanya sesuatu yang serius begini.
Nah…. Kini telah datang satu peluang keemasan. Satu hari yang orang2 Cina tidak akan marah kalau kita ajak mereka makan . Malah mereka akan bangga kalau mereka dijemput. Dihari itu ada tarian singa…. Dung….dung……dung…. Chee. Pasti sahabat kita tu tersenyum dengan gelagat makhluk tu. It’s going to be a very noisy affair.
Dan sambil haiwan comel beristirehat kita ada penyampaian dari Imam Ma Qing Guan. Juga tidak
ketinggalan pesanan dari Dr Fuad Yeoh. Dan tak lupa juga ada ANG POW disamping makanan Cina halalan thoiyyiban…. Kita juga akan member risalah2 dakwah ringan kepada mereka.
Ketahuilah saudara2. Orang2 Cina maukan agama yang memimpin
kearah hidup yang beretika. Didepan mata kita 10% dari mereka sudah masuk Kristian.
Mereka tertunggu2 ajakan kita. Tetapi siapa yang menyapa. Ayuh. Bangun dan sampaikanlah.
Apa lagi yang ditunggu?
Sila telepon/sms ke
Joannes Lukas (+60133040834) atau email nursaifullah2020@yahoo.com
Berikan komitment saudara/i yang anda akan hadhir bersama rakan Cina anda.
Aturcara:
1200 Tetamu mula tiba. Buffet dibuka
1215 Singa comel mula meloncat-loncat, gendang dipalu
1230 Ceramah Imam Ma Qing Guan “Islam in China”
1300 Cabutan bertuah, ANG POW
1315 Singa comel meloncat kembali
1330 Ceramah Dr Fuad Yeoh “Muslim Chinese in Malaysia”
1400 Cabutan bertuah, ANG POW
1415 Singa comel meloncat kembali
1430 Last call for buffet
1500 Bersurai, Gong Xi Fa Cai
Assalaamu'alaikum wrh wbt kepada semua, Kami doakan anda semua sihat bersama keluarga tersayang dan cergas dengan tugasan harian. Kami berbesar hati menjemput anda semua ke program : WACANA INTELEKTUAL "KALIMAH ALLAH" Pada : 12.01.2010 (Selasa) Masa : 8.00mlm - 11.00mlm Tempat : Dewan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak (Bertentangan bangunan Kompleks JIM) Panelis-panelisnya ialah : a) Tuan Haji Zaid Kamaruddin (Presiden JIM) b) Tuan Haji Ust. Alias Othman (Penceramah bebas) c) Tuan Haji Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester (Pengerusi JK Dakwah JIM) d) Ustazah Maznah Daud (Pensyarah UiTM) Ayuh! Cerahkan minda & hati anda! Dapatkan kefahaman yang jelas tentang isu yang sedang diperbincangkan kini! Sebarkan kepada rakan-rakan lain. jzkk
Assalamu'alaikum wbt. Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera. saya menyeru kepada saudara/i yang berminat menyertai program Interactive Da'wah Training. Nama asalnya Friendly Comparative Religion. Seperti dibawah. INTERACTIVE DAKWAH TRAINING anjuran PERKIM AMPANG
Tarikh: 21-22 November 2009 8:30pg-5:30ptg
Tempat:
Masjid Bukit Indah, Ampang
Objektif Program
1.Menangkissalahfahamterhadap Islam
2.Melatihda’imenyampaikanmesej Islam terhadaporangbukan Islam
Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera. Sedikit perkongsian dibulan yang penuh berkat ini. Semuga bermanfaat.
Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, Adnan dan ibunya, Ibu Aisyah telah dengan rasminya memeluk agama Islam. Adnan memeluk Islam pada 20 August 2009. Ibunya memeluk Islam pada 4 Sept 2009. Kini tibalah pula masa adik Adnan bernama Jeeven memeluk agama fitrah ini. Berkat usaha dan doa daripada antum juga. Dan pastinya Adnan yang menunjukkan suri teladan perubahan yang baik kepada adiknya.
Setelah memeluk agama Islam Adnan sentiasa mengucup dahi ibunya sebelum dan selepas kembali dari kerja. Ini adalah pesanan Abu Salim kepada Adnan untuk menjaga ibunya yang telah uzur.
Adnan telah beberapa kali membawa Jeeven ke program-program berbuka puasa. Samada anjuran JIM maupun Surau Kojaya. Di MIPHC 2009 di Putrajaya Sabtu lepas Jeeven membantu saya menjaga booth Palestin. Menjual t-shirt boikot Israel dan lain-lain barangan COMPLETE. Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana ikram yang ditunjukkan oleh ikhwah JIM Ampang Jaya serta sahabat-sahabat AJK Surau Kojaya banyak membantu.
Ahad malam lepas, saya berkesempatan mengajak Adnan sekeluarga berbuka puasa di SRIAAKL. Majlis anjuran JIMAJ dan PIBG SRIAAKL. Selesai solat Maghrib, saya bertemu Ibu Aisyah dan Jeeven. Welcome to the big muslim family. These are the family whom will take care of you. Jeeven tersenyum sahaja. Adnan dan ibuya menerima RM500 masing masing sumbangan JIM Ampang Jaya dan PIBG. Alhamdulillah sumbangan ini banyak membantu mereka.
Setelah selesai solat Tarawih, Adnan membawa keluarganya ke Kodominium Kojaya, melawat tapak Club House yang saya dapat kontrak operasinya. Adnan bercadang untuk membuka gerai makanan India di club house berkenaan. Konsep club house ini adalah konsep food court. Ada 4 gerai dan 1 main kitchen dekendalikan oleh 5 penggerai. Ikhwah dan akhawat dijemput ke Club House kami menikmati pelbagai jenis masakan Melayu, masakan Arab, masakan China (Yahya Abdullah), masakan barat dan Idris satay. Untuk program HISYAJ 2009 (Himpunan Syawal JIM Ampang Jaya) saya dengan rasminya menawarkan tempat ini menjadi tempat perhimpunan bagi daerah ini. Okey Syed Zakaria, boleh kita bersetuju???
Jeeven berangan-angan sedang membuka gerai di Club House Kojaya. Walaupun masih belajar, beliau boleh menjaga pada hari cuti sekolah. Sebagai membantu menambah pendapatan keluarga. Doakan Allah murahkan rezeki Adnan sekeluarga bagi menyara kehidupan mereka. Doakan juga club house ini berjaya memberikan peluang perniagaan kepada saudara baru seIslam kita.
Kebetulan Bro Abu Salim (dieja sebagai Abu Sahir dalm tulisan saya yang lalu) berada di Kojaya selepas menghantar imam solat tarawikh, Abu Abu Bakar ke UIA. Beliau merupakan seorang Arab Libya yang ditangan nya ibu Aisyah mengucap dua kalimah syahadah. Abu Salim sangat baik hati. Walaupun perangai kasar Arabnya tidak dapat dipisahkan, namun akhlak Islam yang ditunjukkan oleh beliau sudah cukup memikat hati Jeeven.
I love you my brother. I want you to enter baradise (paradise) together with your mother and brother. On the 27th Ramadhan, bromise (promise) that you will enter Islam. Say Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Kata Abu Saleem dalam loghat Arabnya. Jeeven mengikuti kata kata Abu Salim. Abu Salim memeluk Jeeven sambil mulutya terkumat-kamit membaca doa semuga Allah melembutkan hati Jeeven untuk Islam.
InsyaAllah kami merancang mengadakan upacara pengIslaman Jeeven pada malam 27 Ramadhan ini (Rabu 16/9/2009). Saya dengan ini ingin menjemput ahli JIM Ampang Jaya khasnya untuk hadir bersama-sama menyaksikan detik bersejarah dalam kehidupan Jeeven. Majlis akan diadakan pada jam 6:00ptg di Surau Kojaya, Kondominium Kojaya, Jalan Memanda 11, Ampang. Berhampiran Ampang Puteri Medical Centre, bersebelahan dengan Taman Ahmad Razali. Juadah berbuka puasa akan disediakan.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Terasa Ramadhan tahun ini sangat banyak berbeza daripada Ramadhan-ramadhan yang lalu. Sudah pasti ianya lebih baik dan dipenuhi dengan kebaikan dan rahmat ILlahi. Tahun ini juga saya berjaya memujuk Adnan memeluk agama Islam. Dan Adnan menjalani ibadah puasa pertama kali dalam kehidupannya.
Sudah pasti tidak saya lupakan jasa Akhi Kamaruzaman dan Akhi Shahool Hameed yang datang jauh dari Bukit Beruntung. Beruntung lah antum kerana 100 bidadari menunggu antum di syurga. Masuknya Ibu Aisyah melalui Adnan, antum ada lagi 100 bidadari. Jeeven, lagi 100 bidadari. Bulan Ramadhan pulak tu mungkin Allah bagi antum 1000 bidadari….Hish tak terkata nikmatnya. Terbayang Akhi Kamaruzaman tersenyum menampakkan giginya yang putih melepak itu. Apapun, kita serahkan kepada Allah swt. Allah yang Maha Pemurah menentukannya. Yang penting usaha da’wah ini mesti kita lakukan. Ini yang Bro Lim Jooi Soon selalu sebut dalam ceramah-ceramah beliau, menjalankan perniagaan dengan Allah ini sangat mengguntungkan. Lantaran perniagaan ini menggunakan pelan pemasaran Unlimited Level Marketing. Pasti untung dan tak akan rugi selama-lamanya.
Mengikut Sdr Adnan, da’wah kepada masyarakat India ini tidak lah sesusah mana. Kerana, agama mereka sendiri adalah agama mitos yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Beliau selalu berkongsi pengalamannya sebelum memeluk Islam, beliau bertemu dengan bermacam-macam jenis dan rupa Tuhan. Konfius!!! Tetapi dalam Islam Tuhan hanya satu, Allah Azzawajalla. Allah juga Maha Mendengar rintihan hati hambaNya tanpa memerlukan perantaraan yang dibuat oleh tangan tangan manusia. Ini yang beliau sangat suka tentang deen Islam ini.
Tiada nikmat yang lebih utama dalam dunia ini kecuali nikmat Islam. Islam membezakan pengakhiran kehidupan manusia samada ke syurga atau neraka.
Ikhwah/akhawat, tidakkah kita mahu berkongsi nikmat Islam ini dengan mereka yang belum memperolehinya? Allah akan bertanya kita di akhirat kelak, sudahkah kita melakukan usaha-usaha da’wah ini. Di akhirat kelak, jiran tetangga, rakan taulan, yang berada dijurang neraka akan menuntut kepada Allah bahawa si polan bin polan tidak pernah mengajak aku kepada Islam. Maca mana aku ingin memeluk agama Islam?
Tiba tiba nama si polan itu adalah nama kita, ahli JIM pulak tu. Ketika itu tiada kata penyesalan yang boleh kita luahkan. Walau air mata darah yang keluar sekalipun, tidak dapat mengembalikan kita ke dunia yang fana ini. Saya amat berharap ahli-ahli JIM meletakkan KPI dalam hidup kita. 1 orang bukan Islam seumur hidup pun sudah memadai. Keluhan ini pernah disuarakan oleh Akhi Kamaruzaman dan Bro Lim Jooi Soon kepada saya. Maka saya kongsikan di sini. Sebagai peringatan sesama kita.
Maaf kalau ada yang terguris. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat.
Ya Allah Engkau masukkan kami di kalangan hambamu yang ikhlas melakukan da’wah kepada agamaMu. Kurniakan kami hikmah dalam melaksanakan da’wah ini. Permudahkan Sdr Jeeven menyebut namamu dan nabi Muhammad saw. Ameen Ya Rabbal A’alameen…..
Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera. Sedikit perkongsian dibulan yang penuh berkat ini. Semuga bermanfaat.
Jumaat 3:30ptg 14Ramadhan 1430H di sebuah Kondominium Pandan Height, Pandan Perdana, rasmilah Dr Jayamala, ibu kepada Adnan Abdullah, memeluk agama Islam. "Ashaduallaha illallah, Washadunna Muhammadar Rasulullah. I bear witness that there is no God except Allah. I bear witness that Muhammad is the messenger of Allah" Allahu Akbar Allahu Abar Allahu Akbar!!!
Dr Jaya mengikuti dengan penuh faham bait-bait dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh sahabat saya Abu Sahir. Abu Sahir, merupakan seorang Arab Libya pelajar PhD UKM Bangi. menetap satu kondominium dengan saya di Kondominium Kojaya, Ampang. Beliau bersama-sama saya serta beberapa sahabat lagi menjalankan usaha da'wah di kalangan masyarakat bukan Islam di kondominium ini yang 50% nya bukan Islam dan foreigners. Beliau sangat teruja apabila saya menjemput Sdr Lim Jooi Soon dan Sdr Zusuff Kan ke surau kami menyampaikan tazkirah da'wah dan kepentingannya kira-kira 2 bulan lepas.
Tiba-tiba Abu Sahir menangis teresak-esak. Saya mengurut urut bahu beliau bagi mententeramkan hati beliau yang sayu. Majlis disaksikan oleh Sdr Adnan, Sdr Idris Muhammad, Sdr Shahool Hameed, Adik Muhammad Abu Sahir serta saya sendiri. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah swt untuk menjadi salah seorang yang menyaksikan peristiwa yang penting ini.
Dr Jaya memilih nama Aisyah, isteri Rasulullah yang sangat besar peranannya dalam kehidupan baginda. Seusai majlis syahadah, saya memanjatkan doa, memanjatkan syukur, bermunajat kepada yang maha Agung. Tidak sedar mata saya berkaca. Air mata mengalir tak tertahan. Saya juga berasa begitu sayu apabila menyaksikan seorang hamba Allah yang mencari kebenaran akhirnya bertemu juga dalam usia lanjut.
Ibu Aisyah berusia 62 tahun. Mempunyai 3 orang anak. Anak pertama beliau Adnan, memeluk Islam pada 21hb Ogos yang lalu. Adnan memainkan peranan penting dalam keluarga kerana beliau terpaksa menanggung semua keperluan keluarga. Beliau juga terpaksa berhenti daripada belajar dalam bidang undang-undang di sebuah kolej swasta kerana memberi laluan kepada adik perempuan beliau Asha melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ukraine.
Adnan seorang anak yang bertanggung jawab serta sangat mengambil berat kesihatan ibunya. Semuga Allah kurniakan Adnan jannatul Firdaus. Buat masa ini Adnan bekerja sebagai Chief Security Supervisor di Ampang. Syarikat RL Kawalan Pro Sdn Bhd yang saya menjadi pengurus cawangannya.
Ibu Aisyah sangat beruntung. Segala dosa-dosanya Allah ampunkan. Bukan saja diampunkan Allah segala dosa-dosanya Allah convert menjadi pahala. Segala kebaikan yang beliau lakukan sebelum ini Allah carry forward pula. Apatah lagi beliau memeluk Islam di bulan Ramadhan. Kebaikannya Allah jua yang maha mengetahui. Maka ibu Aisyah merupakan manusia paling bersih dari dosa dan paling banyak kebaikannya. Kami meminta ibu Aisyah mendoakan kebaikan kepada kami pula. Oh Allah, forgive us and show us the right path. Oh Allah, grant all of us your heaven. Ameen. Ucap ibu Aisyah diaminkan oleh kami pula. Semalam, Isnin 17 Ramadhan 1430, kami meraikan ibu Aisyah sekeluarga di surau Kondominium Kojaya. Alhamdulillah ramai yang hadir sekitar 30 orang. Para hadirin mengucapkan tahniah dan memberi hadiah kepada Aisyah. JazakiLlaha khairan kepada isteri saya Dr Badiah yang bermua'yashah dengan Aisyah. Serta beberapa sisters dari Saudi, Libya, Bangladesh dan Malaysia. Kami menganggap beliau sebagai ibu kami sendiri.
Semalam juga, kali pertama dalam kehidupan Aisyah solat Maghrib, Isya' dan Tarawikh berjamaah. Setelah selesai solat, saya menjemput imam, Abu Abdul Rahman Al Hafiz dan Abu Abu Bakar menyampaikan sedikit tazkirah. Mereka berdua adalah pelajar postgraduate PhD Islamic Finance dan International Relation, UIA Gombak. Berasal daripada Nigeria. Mereka mengalu-alukan kedatangan Aisyah sekeluarga dalam keluarga besar ini. Mereka menekankan aqidah tauhid yang sejahtera serta menerangkan rukun Islam yang lima kepada para jamaah.
Ketika menghantar Aisyah sekeluarga ke kereta, saya berpesan agar mereka mendoakan kebaikan untuk semua yang hadir. Semuga Allah permudahkan segala urusan ibu Aisyah. Mohon akhawat Ampang Jaya bantu membimbing ibu Aisyah kejalan yang lurus. InsyaAllah usaha ini tidak sukar kerana ibu Aisyah sudah mengkaji agama Islam, Hindu, Kristian dan Confucius sejak sekian lama. Beliau memeluk Islam atas kesedaran dan kefahaman Islam sebagai agama sebenar. Saya telah menghadiahkan beberapa buku dan Al-Quran terjemahan kepada ibu Aisyah sebelum ini. Sedikit sebanyak membantu beliau memahami deen ini.
Alhamdulillah Adnan telah mula melakukan da'wah dikalangan maysrakat India. Semalam, beliau berda'wah kepada security officer di kondo kami. Beliau jugalah yang menggalakkan ibunya memeluk agama Islam. Dengan sedikit bimbingan dari saya. InsyaAllah, kalau tidak ada aral beliau akan menyampaikan perkongsian
1. 8/9/09 5pm Title: Journey to The right Path@ UIA Gombak, Admin IT 2
Organiser: Intelectual Youth Club, UIA
2. 11/9/095pmTitle: Motivational Talk To The New Reverts@ UKM Bangi
Organiser: Jabatan Agama Islam Selangor
Mohon ikhwah/akhwat yang berhampiran hadir memberi sokongan.
Ibu Aisyah boleh dihubungi di 019-3769485. Silalah telefon atau sms sebagai tanda ukhuwah Islamiah. Ibu Aisyah akan menjadi ahli JIM Ampang Jaya kerana tertarik dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh jamaah yang kita kasihi ini.
Next da'wah mission, adik Adnan bernama Given . Doakan kejayaan misi kami. Sebarang sumbangan/zakat sangat dialu-alukan. Sila hubungi Sdr Wan Ahmad Nizar 012-3052505 atau saya sendiri 012-2454674.
"Ya Allah terimalah keIslaman Aisyah serta Adnan. Bukakanlah pintu hati Givan serta Atsiah untuk cahayaMu. Tunjukilah mereka jalan yang lurus. Lapangkanlah kehidupan mereka. Murahkanlah rezeki mereka. Masukkan mereka dikalangan hambaMu yang bertaqwa."
Zun Arif Hakim JKD JIM Ampang Jaya Pengerusi Surau Kojaya
“Ya Allah berikanlah hidayahmu kepada Given. Mudahkan dia untuk memahami, menerima dan akhirnya menyakini kebenaran agamaMU melalui perantaraan lidah hamba-hambaMU yang ikhlas dalam menyampaikan risalah ini. Berikan juga kemantapan iman, kepetahan bicara, kekuatan semangat serta istiqomah yang berkekalan kepada tentera-tenteraMU yang akan menemui Given. Permudahkan semua urusan mereka dan semoga semua usaha ini membawa kepada kebaikan dan rahmatMU. Ameen” - RH
Pernahkan kita merasai satu hari tiada langsung makanan di rumah kita? Pernahkan kita merasai betapa dahaganya kita kerana tiada air? Pernahkah kita merasai tidak makan dan tidak minum selama beberapa hari?
Mungkin kita pernah merasai tiada langsung makanan di rumah Tapi tidak sampai ketiadaan makanan itu menyebabkan kita kebuluran
Mungkin kita pernah dahaga kerana tiada air. Tapi kita masih boleh berusaha untuk mendapatkan air bagi menghilangkan kehausan itu
Mungkin kita pernah tidak makan dan tidak minum. Tapi itu semua untuk sementara waktu sahaja. Kadang-kadang tidak sampai pun satu hari.
Pernahkah kita fikirkan saudara-saudara kita di luar sana yang tidak makan, tidak minum? Pernahkah kita membantu mereka untuk mengurangkan kesempitan mereka? Pernahkah kita bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita?
Setiap kali kita menyuap makanan, adakah kita membayangkan mengenai saudara kita di tempat-tempat lain yang tidak mempunyai makanan. Adakah kita habiskan makanan-makanan yang kita perolehi itu? Atau adakah makanan-makanan itu akhirnya menjadi makanan tong-tong sampah?
Sempena Ramadhan ini, marilah kita bantu saudara-saudara kita di luar sana setakat yang kita mampu Jika ada seribu bagilah seratus. Jika ada seratus, bagilah sepuluh. Jika ada sepuluh bagilah seringgit. Jika tidak ada, hebah-hebahkan berita ini kepada kawan-kawan dan doakan semoga kawan-kawan kita ini terbuka hati untuk menyumbang
Lakukan apa yang terdaya olehmu kerana kita tidak tahu amal mana yang akan diterima Allah. Rebutlah mana-mana peluang yang ada. Semoga amalan yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah.
1. Rayuan Ramadhan 1430H
(insyaAllah akan dilaksanakan di 14 buah negara-Palestin, Mindanao, Indonesia, Rohingya, Vietnam, Kemboja, Selatan Thailand, Sri Lanka, Sudan, Afganistan, Pakistan, Bangladesh, Iraq, Turkestan Timur)
Apakah juadah berbuka puasa anda malam ini? Nasi beriani? Ayam golek? Pernahkah makanan berbuka puasa anda berlebih-lebih hingga terpaksa dibuang?
Pernahkan anda fikirkan apakah hidangan berbuka puasa saudara-saudara Islam kita di Palestin, Mindanoa, Kemboja, Selatan Thai, Sri Lanka, Afghanistan, dan lain-lain lagi negara Islam yang sedang ditindas? Bolehkah mereka bermewah-mewah seperti kita????
Ingin membantu saudara kita di sana? Sertailah Rayuan Ramadhan 1430 H iaitu tajaan berbuka puasa dan sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan. Marilah sama-sama kita membantu mereka. Sumbanglah ikut kemampuan yang kita ada. Mungkin ini merupakan sumbangan kita yang terakhir yang akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Sumbangan boleh dibuat melalui PO/MO/Cek/Tunai yang dideposit atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ke akaun:
1. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1403-0000391- 713 2. Bank Islam Malaysia Berhad 1211-3010005-797
Sila hantarkan atau fakskan bank in slip sumbangan beserta borang penyertaan kepada:
SEKRETARIAT RAYUAN RAMADHAN 1430H PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA LOT 300.2, LORONG SELANGOR, PUSAT BANDAR MELAWATI 53100 KUALA LUMPUR
Phone: +60341053159 @ +60341089669 No Faks: +60341071754 Website: http://rayuan- ramadhan. jim.org.my/ blog/ Emel: ramadhan-qurban@ jim.org.my Hadit: Zaid bin Khalid, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa memberi makan pada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya." Hadith riwayat Ahmad dan At-Tarmidzi
2. MaJLiS BeRBuKa PuaSa HiDaYaH CeNTRe SauDaRa BaRu SauDaRa KiTa.
TaRiKH: 12 SePTeMBeR 2009/22 RaMaDHaN 1430H (SaBTu)
MaSa: 5 PeTaNG-10 MaLaM
TeMPaT: DeWaN SeRi SiaNTaN, Presint 3, KoMPLeKS PeRBaDaNaN PuTRaJaYa.
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, CIMB 14410009820056
Sila hantarkan atau fakskan bank in slip beserta borang penyertaan kepada:
HIDAYAH CENTRE PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA LOT 300.2, LORONG SELANGOR, PUSAT BANDAR MELAWATI 53100 KUALA LUMPUR
Phone:+60341089669 No Faks: +60341071754 Layari: www.hidayahcentre.wordpress.com
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)
Joannes Lukas (013-3040834)
Pn. Rosmawati (019-238 6333)
Ibupejabat JIM (03-4108 9669)
Antara pengisiannya:
Forum ”Ke arah Memperkasakan Saudara Baru Di Malaysia” oleh Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd Aziz, Tuan Hj Kamaruddin Abdullah dan Brother Lim Jooi Soon
Majlis berbuka puasa dan solat maghrib
Persembahan nasyid
Solat Isyak’ dan tarawikh dipimpin oleh Tn Hj Dr Ir Ustaz Muhammad Fuad Yeoh
Tazkirah oleh Brother Kamarul Zaman Noor Mohamed
Ramadhan mengingatkan kita bahawa Umat Islam adalah satu. Ia umpama satu badan, seperti disebut oleh Nabi saw:
“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.” (Hadis Riwayat Muslim)
Nikmat puasa, cahaya hidayah bagi saudara baru
Walaupun baru memeluk agama Islam 26 hari lalu, dia mampu berpuasa penuh sejak Ramadan bermula. Ini merupakan pertama kali, tidak perit atau pedih malah baginya pengalaman menjalani ibadah itu cukup menyeronokkan!
Dia, Azman Yap Abdullah, 32 sentiasa tersenyum dan ceria. Tiada raut keletihan atau kerut di wajahnya. Sungguhpun agak malu-malu bercerita pada awalnya, tetapi bersemangat sekali mengungkap pengalaman berpuasa, satu-satu ibadah yang dijalankan tanpa banyak tanya.
Sejak hari pertama sehingga kini, masih berpuasa tanpa tangguh. Tidak sekerat-sekerat atau separuh hari tetapi penuh, sehingga menjelang waktu berbuka.
“Saya tidak merasa susah, sakit ataupun pedih perut. Semuanya baik dan ianya cukup menyeronokkan!”
Menceritakan pengalaman, kata Azman dia bersahur beberapa minit sebelum masuk waktu subuh hanya dengan menjamah beberapa biji kurma, seperti yang disunnah oleh Rasullulah s.a.w.
“Saya buka puasa pun makan kurma juga. Kemudian cari nasi atau makan di KFC. Ada masa saya berbuka dengan cornflakes atau coco crunch,” katanya sambil tersenyum lebar kepada kami.
Itu perasaan yang diluahkan Azman kepada Harakahdaily yang diberi peluang Allah SWT bertemu dengan insan yang mendapat cahaya hidayah 2 Ogos lalu, lalu mengucapkan kalimah syahadah di Hidayah Centre Pusat Komuniti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dekat sini.
Dia mula mengenali agama indah ini sejak 3 bulan lalu, melalui sahabatnya yang juga merupakan saudara baru.Sahabatnya itu, turut menghadiahkan al-Quran terjemahan bahasa melayu untuk dia lebih mengenali dan memahami agama Allah itu.
“Saya baca terjemahan melayu sebab tak berapa pandai bahasa inggeris. Dari situ, saya mula percaya, bahawa agama Islam ini adalah agama yang baik,”jelasnya dengan tenang.
Masih bertatih dan belajar, dia mengakui baru solat hanya sekali sahaja tetapi terus mendapat bimbingan dua orang ustaz daripada JIM dikenali sebagai Johan dan Abdul Rahim.
Azman merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa, sejak sembilan tahun lalu. Dia mengajar Bahasa Melayu, Mandarin dan Sains untuk pelajar sekolah rendah di Jalan Klang Lama.
Lelaki berketurunan Cina ini masih bujang dan agak segan untuk ditemubual pada mulanya, tetapi kemudian menjadi teman mesra kepada kami berdua dari Harakahdaily.
Katanya dia masih menyembunyikan keIslamannya daripada ibunya untuk sementara waktu kerana tahu akan reaksi negatif yang bakal diterima.
“Lambat laun, saya akan beritahu juga…cuma perlahan-lahanlah. Tak mau mak saya marah…”katanya masih tersenyum dengan sinar cahaya di wajahnya.
Ditanya tentang tip kuat semangat untuk berpuasa dan petua untuk orang yang punya ‘banyak alasan’ untuk culas melakukan ibadah itu, Azman menjawab ringkas tetapi tajam.
“Di belakang rumah kami, ada juga orang Islam makan di restoran Cina waktu bulan puasa. “Bagi saya, hati mesti baik dan jangan lupa, Tuhan ada tengok kita.”
Setelah berkongsi rasa dengan Azman, kami beralih pula kepada Siti Aisyah Tresa, 38 yang memeluk agama Islam sejak 1993 di Melaka. .
Sambil matanya mula berkaca, hampir tumpah air mata, Siti menceritakan detik-detik awal mula menyintai dan menaruh minat kepada agama Islam.
“Saya bekerja kilang dan tinggal di asrama di Johor. Ketika itu saya begitu tertarik melihat kawan sebilik yang sentiasa mengerjakan sembahyang.
“Tiap kali waktu azan, dia akan terus bersiap-siap untuk sembahyang. Saya tengok dia sembahyang, buat hati saya cukup tenang dan saya jadi minat sangat untuk tahu agama kawan saya itu,”kata Siti.
Katanya kerana terlalu minat, adakala bila di kampung, dia akan sembahyang sendiri-sendiri meniru gerak gaya kawannya itu.
Namun, setelah masuk agama Islam, cabaran hebat diterima apabila ditentang hebat oleh kaum keluarga yang masih menganut Kristian. Selama hampir enam tahun, dia melalui tekanan dan asakan hebat.
Tetapi selama itu jugalah, dia tabahkan hati dan tidak terputus hubungan dengan kaum keluarga malah secara rutin, setiap sebulan sekali akan pulang ke kampungnya di Kg Layang-Layang, Johor.
“Selama enam tahun, biar apa pun keluarga buat dan beri tekanan, saya cekalkan hati balik juga bertemu mereka sebulan sekali…
“Alhamdulillah, kini mereka sudah boleh menerima saya dan hubungan masih baik seperti sediakala. Syukur kepada tuhan,” katanya cuba menahan sebak
Kini Siti yang mempunyai dua cahaya mata bahagia bersama suami dikasihi, Khaidir Maidin dan merindui sahabatnya Zainab yang rajin solat itu, yang kini sudah terputus hubungan sejak sekian lamanya.
Siti memberitahu, pengalaman berpuasa bukanlah sesuatu yang asing dan menjalani seperti biasa sama seperti umat Islam yang lain.
Beliau juga menolak tanggapan bahawa saudara baru sepertinya, sering diabaikan kebajikan dan disisihkan daripada masyarakat Islam.
“Saya sentiasa rasa diperlukan. Tak pernah saudara seagama menyisih saya malah merekalah yang banyak membantu tatkala saya menghadapi kesulitan.
Sebelum mengakhiri perbualan, Siti sempat menyuntik semangat kepada rakan-rakan saudara baru baik yang sudah lama atau yang masih baru memeluk agama Islam agar terus istiqamah bersama agama tercinta ini.
“Walau apa pun berlaku, teruslah bersama agama Islam. Percayalah, setiap kesusahan yang dihadapi, ada jalan penyelesaian yang diberikan oleh Allah…percayalah, saya juga pernah melaluinya…,”tersenyum mengucapkan terima kasih kepada Harakahdaily.
Turut mencuri perhatian ialah seorang saudara baru yang berasal daripada Afnka yng dikenali sebagai Hilal Abdullah, bakal melanjutkan pelajaran di Kanada dalam masa terdekat.
Cuma kisah pilu Hilal yang berasal dari satu kawasan bernama Brundi,ialah kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh kerana berhasrat memeluk agama Islam.
Sebenarnya insan-insan bertuah ini antara 11 orang saudara baru yang kami temui di Hidayah Centre, Pusat Komuniti JIM, Junaat lalu
Hidayah Centre adalah sebuah institusi di bawah JIM yang ditubuhkan sejak 2005, berperanan sebagai pusat sokongan kepada saudara baru membawa tema hidayah yang menarik perhatian iaitu “Saudara baru, Saudara Kita”.
Objektif penubuhannya adalah untuk memberi penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat.
Hidayah Centre telah mengadakan sidang media Majlis Pelancaran Buka Puasa yang dihadiri saudara-saudara baru yang kelihatan begitu ceria tetapi malu-malu dan tersipu bilamana lensa kamera menyorot wajah bercahaya mereka.
Sebelum sidang media dimulakan oleh jurucakap Hidayah Centre,Joannes Lukas yang juga seorang saudara baru, majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada saudara-saudara baru yang hadir.
Ketika ditanya tentang aduan, masalah dan antara kekangan yang dihadapi oleh saudara baru, Joannes menjelaskan ianya terbahagi kepada beberapa perkara antara yang utama ialah ancaman daripada keluarga dan ketiadaan pekerjaan.
“Bila ada ancaman, maka kita berusaha sediakan penempatan dan penginapan sementara kepada mereka.
“Bagi yang tiada pekerjaan kerana terpaksa berpindah atau disisihkan, kita mempunyai jaringan dengan NGO Islam dan syarikat yang bersedia memberi peluang pekerjaan bagi saudara baru ini,” katanya.
Setakat ini Hidayah Centre telah beroperasi di 14 cawangan di sembilan buah negeri manakala sejumlah 432 saudara baru yang berdaftar dengan pusat ini.
Bagi meneruskan pengoperasian dan untuk memberi bantuan kepada saudara-saudara baru, Hidayah Care akan menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa pada 12 September ini, di Putrajaya.
Menurut Pengarah Program Nasiruddin Tahir majlis itu bertujuan bagi mengutip dana melalui tajaan meja makan ataupun sumbangan syarikat, kumpulan atau individu yang berasa terpanggil untuk membantu saudara baru.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Joannes Lukas atau Rosmawati Zainal di 03-41053159 atau 03-41089669.
Moga sudi membantu dan meringankan beban saudara baru yang juga saudara kita.
Alhamdulillah setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Kenyataan Jeff Ooi ini adalah lantaran salah tanggapan beliau terhadap JIM dan Islam yang dibawa oleh JIM. Oleh itu, kerja kita sangat banyak, melebihi masa yang kita ada untuk meleraikan salah tanggapan golongan belum Islam ini terhadap Islam.
Mereka menggangap hukum Islam itu zalim, Syariat Islam = Hudud. Adakah hudud satu-satunya hukum Islam? Potong tangan itu zalim? Sebat dikhalayak ramai itu ganas?
Selagi salahtanggapan ini tidak dileraikan dari kotak pemikiran mereka, selagi itu mereka akan memandang serong terhadap Islam.
Bagaimana menjawab tuduhan mereka? Saudara/saudari di jemput ke :
Program:Friendly Comparative Religion Tarikh: 8-9hb Ogos 2009 Masa: 8:30pg-5:30ptg Tempat: Masjid Bukit Indah, Ampang Anjuran: PERKIM Ampang & JIM Ampang Jaya Bayaran: RM150 (pekerja) RM120 (Pelajar)
JIM Ampang Jaya sponsor 5 orang lagi minggu ini. 3 seat telah dipenuhi. Ada lagi 2 seat kosong. Siapa cepat dia dapat. Daftar segera dengan zunarif@yahoo.com, 012-2454674.
Pihak JKD Ampang Jaya mengucapkan Jazakumullahu khair kepada HC Pusat atas sokongan padu. ...perkataan 'Jemu & Bosan" tidak wujud dalam kamus kalian,"letih & penat" jauh sekali...
Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya "Iftar Sya'aban-HC Ampang Jaya" di No:22, lorong wangsa perkasa 3, Wangsa Melawati. Pengerusi JKD Ampang Jaya, Akh Wan Ahmad Nizar telah bersama-sama SB & bakal SB yang merasai pengalaman Berbuka puasa bersama Ahli. Tazkirah ringkas disampaikan oleh Akh Mohd Yusry Mohd Yusop dari Perkim Ampang bagi memberikan semangat serta iltizam dalam mengharungi hidup sebagai seorang Islam yang baru.Mabruk! JKD Pusat & JKD JIM Ampang Jaya...& Terima kasih kepada AkhJohan @ Joannes Lukas yang telah sudi menyediakan ayam goreng istimewa - Iftar Fried Chicken!...lain kali bolehlah goreng lagi!...
Wassalamu alaikum.
Nota: Iftar ini hanya untuk Ikhwah...al-maklum di HC Lelaki.. Saudara BaruSaudara Kita
sekian lapuran ringkas. Noorazian anidin JKD JIM AJ.
Ana sering doakan agar antum semua sihat wal'afiat bersama keluarga tercinta dan urusan harian. Al-maklumlah macam2 penyakit sedang merebak luas sekarang ini. Semoga Allah melindungi kita daripada musibah ini. Amin.
Insya'Allah pada Isnin ini, JK Dakwah & HC Ampang Jaya akan adakan iftar Sya'aban dan ziarah mahabbah kepada saudara2 baru (SB) kita di:
Tempat : HC Wangsa Melawati. Tarikh : 03-08-09 (Isnin). Masa : 06.30pm hingga 9.00pm.
Tujuan : a) Untuk menjalin ukhuwah antara ahli JIM dan SB. b) Untuk menyelami keperluan dan masalah yang dilalui oleh SB. c) Untuk menyantuni, memberi sokongan dan galakan kepada SB dalam mengharungi hidup selaku Muslim.
Bagi mana2 ikhwah berdekatan Wangsa Melawati yang berkelapangan bolehlah datang untuk mengimarahkan suasana mahabbah. Juga tidak lupa, pada mana2 ikhwah yang dermawan ingin menyumbang sedikit sumbangan kewangan untuk program ini, bolehlah disalurkan kepada Hajah Norazian Anidin 012-2115749 atau Akh Zun Arif 012-2454674 atau Johan 013-3040834.
1. Menangkis salah faham terhadap Islam 2. Melatih duat menyampaikan mesej Islam kepada yang belum Islam 3. Melatih duat agar pakar membimbing muallaf
TAJUK-TAJUK CERAMAH
Kewajipan Berdakwah Sejarah Agama Kristian Asaskepercayaan Agama Kristian Kepercayaan Orang Cina Kepercayaan Orang Hindu Salah Tanggapan Terhadap Agama Islam Quran, Bible Dan Sains Pengalaman Bersama Paderi Dan Mubaligh Kristian
PENCERAMAH Bro Lim Jooi Soon Bro Muhammad Amin Yaacob
Yuran: RM 120 (Pelajar RM100)
Hubungi: Zun 'Arif Hakim 012-2454674 zunarif@yahoo.com
ps. Tawaran hebat untuk ahli JIM Ampang Jaya sahaja. Kursus ini akan ditanggung sepenuhnya untuk 5 orang terawal sahaja!!!.
Semuga ikhwah dan akhawat berada di dalam iman yang sejahtera. Sekadar berkongsi berita gembira. Mudah mudahan bermanfaat.
Sekitar bulan Disember 2008 lepas, saya pernah kongsikan tentang usaha saya meladeni seorang pemuda India beragama Hindu & Kristian. Actually, diapun tak pasti apa agamanya.
Namanya Anantharaj RE Rajah. Panggilan manja yang kami berikan Anand (baca Adnan). Beliau kini tinggal di Pandan Indah bersama keluarga beliau. 'Sudah' beristeri dan mempunyai seorang anak. Bekerja di EON Bank Ampang Point sebagai seorang telemarketer. Ibu beliau bekas seorang doktor dan beragama Hindu. Bapa beliau seorang peguam, beragama Kristian. Meninggal dunia ketika beliau kecil lagi. Itulah sebab agaknya dia sendiri 'confused' kedudukan agamanya.
Ketika kami bermusafir ke Pulau Pinang pada tahun lepas, atas urusan perniagaan, dengan bantuan Akhi Rashid Hasnon, kami telah membawa beliau melawat masjid Kapitan Keling. Jzkk Pak Rashid. , usaha kita tidak sia-sia.
Masjid ini memang terkenal lantaran usaha da'wahnya yang dipelopori oleh Bro Kamaruddin Abdullah, Pengerusi Institute Propagation Society International (IPSI). Dalam permusafiran 3 hari 2 malam kami, banyak yang sempat kami kongsikan tentang Islam dengan Anand.
Pada 22Jun 2009 jam 1:35ptg, saya menerima sms daripada beliau:
Asm bro. Kat mane bro? Sorry la bro lama x contact coz Anand bz sikit. Mlm ni lepas maghrib blh jumpa x? Anand ada banyak nak discuss dgn bro.. Thanx bro!
Ketika itu saya berada di Kajang menuju ke Putrajaya atas urusan perniagaan. Lantas mejawab sms beliau: InsyaAllah kita jumpa lepas solat maghrib. Saya dapat merasakan bahawa hidayah Allah sudah terlalu hampir dengan Anand.
Selesai sahaja urusan di Putrajaya, saya terus menghala ke rumah Anand. Berhenti sebentar untuk solat Maghrib di Petronas berhampiran Tesco Ampang. Saya terus ke tempat yang dijanjikan, Restoran Saujana tidak jauh daripada apartmen Anand.
Anand datang bersama sepupu perempuan beliau, anak angkat serta adik lelaki beliau. Sesampai saja ke kereta saya, dia terus memberi salam. Saya menjawab salam sambil bersalaman dengan beliau. Terasa gembira sekali kerana dah agak lama kami tidak bertemu, kira-kira 3 bulan lamanya.
Sepupunya memberi salam. Saya menyambut salam beliau serta melemparkan senyuman. Terdetik dihati saya, sudah Islamkah perempuan ini? Muga Allah memberi hidayah kepadanya.
Untuk makluman semua, Anand memang telah biasa memberi salam sepanjang perkenalan kami lebih setahun lalu. Samada melalui sms maupun ketika kami berbicara. Rupa-rupanya salam ini amat memberi kesan yang mendalam terhadap diri Anand. Sudah pasti ia merupakan doa buat Anand. Saya juga selalu mendoakan agar beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah swt suatu hari nanti.
Setelah masing-masing mengambil tempat dan menempah minuman, Anandpun menceritakan masalah yang beliau sedang hadapi. Isteri beliau telah mengikuti seorang pemuda India dan terlibat dengan kerja-kerja maksiat....pelacuran. Anand kini telah bercerai dengan isterinya dan bergilir-gilir menjaga anak sulungnya Agil berusia 2 tahun. Beliau telah membuat laporan polis, namun tiada tindakan diambil.
Saya mendengar luahan hati Anand dengan penuh rasa simpati. Saya nasihatkan beliau agar bersabar. InsyaAllah, Allah akan gantikan isteri beliau dengan seorang isteri yang lebih baik, ujar saya bagi memujuk hati Anand. Jauh disudut hatinya tersembunyi perasaan sedih disebalik wajahnya yang serius dan badannya yang besar itu.
Beliau seterusnya menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam. Yang menggembirakan saya lagi ialah, ibu dan sepupu beliau juga berhasrat memeluk agama Islam. Saya bertanya kepada beliau, bagaimana ibunya pula tiba-tiba ingin memeluk agama Islam? Beliau menceritakan yang ibunya sering membaca Al-Quran terjemahan Yusuf Ali yang saya hadiahkan kepada beliau kira-kira 8 bulan lalu.
Saya juga pernah menziarahi ibunya ketika sibuk-sibuk PRU-12 dulu. Ibu beliau ada masalah mata dan terpaksa berhenti 'practice'. Usianya sekitar 65 tahun. Namun sesekali ada juga pesakit yang biasa dengan khidmat beliau mendapatkan khidmatnya sebagai doktor peribadi. Beliau ada sebuah klinik di Taman Putra Sulaiman.
Saya pernah meminta bantuan ibunya menterjemahkan biodata YB Saari Sungib ke dalam Bahasa Tamil. Besar juga sumbangan beliau dalam memenangkan Pak Abu untuk mendapatkan sokongan masyarakat India. Anand pula pernah saya libatkan sebagai escort Pak Abu, bersama 2 lagi rakan beliau.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan menyatakan kepada Anand bahawa Allah akan ampunkan segala kesalahannya yang lalu. Anand sekeluarga akan menjadi insan yang bersih daripada dosa seumpama sehelai kain putih.
Setelah hampir 2 jam bersama, dan membantu menghantar beliau ke Ampang Point untuk urusan bank, saya menghantar beliau balik ke apartmennya. Sebelum berpisah, saya menyatakan kegembiraan kepada Anand dan meminta beliau menyampaikan salam saya kepada ibunya.
InsyaAllah majlis pengIslaman Anand serta keluarga akan diadakan di Kompleks JIM pada hari Isnin 29/6/2009 jam 8 malam. Hari tersebut adalah hari dimana giliran beliau menjaga anaknya pula. Beliau mahu menyelamatkan aqidah anaknya daripada isterinya dan berharap selepas ini beliau tak akan melepaskan anaknya kepada isterinya lagi. Mengikut beberapa peguam yang pernah Anand rujuk, beliau mempunyai hak keatas penjagaan anaknya.
Mohon doa ikhwah dan akhawat semua agar segalanya berjalan dengan baik, dan hasrat mereka dimakbulkan Allah. Ikhwah dan akhawat yang berdekatan, dijemput hadir meraikan kehadiran mereka sebagai saudara seaqidah.
Marilah kita bersama-sama mengucapkan salam, tahniah dan mendoakan hari-hari yang mendatang akan dipenuhi dengan redha dan rahmat Allah. Bantuan tenaga untuk membimbing mereka sudah pasti diperlukan. Maka rebutlah peluang ini. Tiadalah nikmat yang lebih besar selain daripada mendapat nikmat Islam dan Iman ini.
Sekiranya sesiapa ingin menyumbang atau ingin memberi zakat bolehlah menghubungi Bendahari JKD Ampang Jaya Kak Suriati Haron 019-2455 569.
Semuga Allah menerima amal kita dan menjadikan kita dikalangan hambaNya yang ikhlas.
Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
Assalamualaikum wrbkt Saya telah bertemu dengan seorang ibu tunggal, berumur lingkungan 30an yang tinggal di Balakong. Bapanya India, ibu Cina dan asalnya berugama Kristian. Beliau telah memeluk Islam. Hasil perkahwinan dengan seorang pemuda Melayu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Jodoh mereka tidak panjang. Mereka bercerai. Ibu tunggal ini bekerja tapi pendapatannya tidak memadai untuk menampung perbelanjaan; membayar pinjaman rumah dan juga belanja perubatan anaknya yang sering diserang asma. Ibunya selalu mengungkit-ungkit tentang nasib malangnya kerana memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Islam dan mengajak dia kembali ke pangkuan keluarganya semula. Alhamdulillah, setakat ini dia masih belum termakan dengan pujukan ibunya. Dan untuk lebih 'selamat', dia mengambil keputusan untuk tidak menghubungi ibunya. Kalau ada di rumah, dia akan menutup pintu tingkap seolah-olah mereka tidak ada di rumah. Buat masa ini, sepupunya yang bukan Islam banyak membantu dari segi kewangan. Yang menjadi kerisauan adalah, selama mana dia dapat bertahan? Tambahan pula hasil dari perbualan kami mendapati, pengetahuannya tentang Islam masih belum mantap.Masih banyak persoalan2 yang belum terjawab. Untuk permulaan, saya bercadang untuk mengumpul sumbangan tetap berjumlah RM300 setiap bulan bermula hujung bulan Jun sehingga Disember tahun ini. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya. Semuga bantuan kita meringankan tanggungannya dan yang penting dapat membantu menyelamatkan aqidahnya. Wassalam Mazenah 019-3110356 JIM Sepang
Peserta pertandingan mewarna dari pelbagai kaum...
..dengan pelbagai gaya.
Ahli JIM AJ, Dr Bad sempat menyantuni ibu2 yang menunggu anak2 mewarna. Begitulah, sukarelawan di Harmony Carnival tidak melepaskan peluang yang ada! Rehat & isi minyak....
Abang Fasi menghiburkan para hadirin dengan 'Chicky Dance'
Sementara menunggu keputusan, Cikgu Idris memukau anak2 dengan pertunjukan silap mata....
Team GRUM '09 yang diamanahkan dengan tugasan menjayakan pertandingan mewarna di Harmony Carnival. Tahniah! Job well done!Penganjur agak cemas bila peserta GRUM '09 tak kunjung tiba. Rupanya bas lewat ..... :(
Ahli-ahli JIM AJ berkhidmat di booth PAKSI-JIM dan lain2 booth JIM - PACE, RS & HC Semuanya memerlukan tenaga kita...
MC majlis perasmian yang mantap mantop! Ukht Izahana, dari Ampang Jaya...TAHNIAH!
Forum "Spiritual Solutions To Economics Problems" yang dikendalikan oleh Naib Pengerusi Hidayah Centre, Hj Aizuddin Nurudin
DJ bertugas dari Ampang Jaya, Cik gu Idris (bertopi), memeriahkan karnival dengan celotehnya
Para pengunjung sudah bersiap sedia untuk menyaksikan persembahan Malam Harmony Carnival 2009
Aksi dari pasukan Kompang Akrobat…
….dengan langkah yang diatur…
…mengikut paluan kompang.
Pengunjung memenuhi ruang concourse The Summit untuk menyaksikan persembahan Malam Harmony Carnival
Penonton yang bertuah pada malam tersebut
Pukulan gendang Urimi Melam dari pemuda Serdang
Antara penonton bukan Muslim..
Penonton yang setia menyaksikan persembahan-persembahan yang dihidangkan
Aksi menarik Silambam
Team Ampang Jaya dengan minuman sihat JIM yang belum sampai seminggu berada di pasaran !
Teka siapa.... mengambil peluang masa terluang, mengurut mata yang penat...
Lagi penonton yang bertuah!
Moga usaha-usaha ini mendapat keberkatan Allah swt, membuahkan hasil yang diharapkan - terbukanya hati-hati yang disantuni untuk kembali kepada Islam, agama fitrah. Ameen