Islah & Wanita Gemilang

Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Wednesday, September 30, 2009

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI ROOJI'UUN

Takziah kepada akh Mohd Tunggul & Ukht Zabaidah serta akh Kamarul Zaman & Ukht Sharifah Farah atas pulangnya kerahmatullah Ayahanda2 yang dikasihi.

Moga dirahmati Allah dan digolongkan dikalangan para muttaqeen, serta diberi kesabaran pada yang ditinggalkan.

Al Fatihah

  • Ayahanda Akh Mohd Tunggul (Pak Suwandi) telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.15am, Jumaat 25 September 2009 (jantung bengkak) dan telah selamat disemadikan di Bangi sekitar jam 5.40 petang.
Almarhum merupakan bekas Profesor di Fakulti Kejuruteraan UKM. Beliau telah memberi sumbangan besar dalam pendidikan dan perkembangan ilmu dalam kejuruteraan kimia diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Ayahanda ukht Sharifah Farah (Hj Syed Fadzil ) telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.42 pm , Sabtu 26 September 2009, di rumah akh KZ & ukht Farah di depan mereka anak beranak,alhamdulillah.
Almarhum Hj Syed Fadzil berumur 75 tahun dan mengidap sakit kanser.

Jenazah telah selamat di uruskan diMasjid As-Sobirin (AU5) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4 sekitar jam 12.20 tghari.


KITA JUGA AKAN MENYUSUL MENEMUI NYA, JUSTERU ITU
PEHEBATKAN DAKWAH DAN JIHAD SBG BEKALAN DI AKHIRAT


Monday, April 20, 2009

KEMBALINYA ADIK MUADZ 19 Apr 09

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un.

Anakanda Muadz bin Dr Azhar telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 6.40 petang, Ahad, 19 Apr 2009 di HUKM.

Takziah pada ahli JIM AJ, Akh Zainal Fitri & ukht Zakinah Zainuddin atas pemergian anak saudara yang dikasihi

Moga roh beliau di kumpulkan bersama-sama mereka yang soleh dan penghuni syurga Allah.
Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati dan Allah yang menentukan segalanya. Pemergian ini pastinya menjadi peringatan yang sangat bernilai kepada kita semua yang masih hidup.

Maksud hadith

Abu Musa r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika mati seorang anak, maka Allah bertanya kepada Malaikat: Kamu telah mengambil ruh dari putra hambaKu? Jawab mereka: Ya. Kamu telah mencabut ruh dari buah hatinya? Jawab mereka: Ya. Lalu berkata apakah jawab mereka?: Ia hanya memuji padaMu, dan membaca: Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Maka firman Allah: Bangunkan untuk hambaku itu sebuah rumah di syurga, dan namakan rumah itu: Baitul hamdi. (Riwayat AtTirmidzi)

Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda:Allah berfirman: Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKu yang percaya, jika Aku mengambil kekasihnya di dunia, kemudian ia ridho' dan berserah kepadaKu melainkan syurga. (Riwayat Bukhari)

- dipetik oleh imam Nawawi di dalam RiadhusSolihin.