Islah & Wanita Gemilang
Monday, October 5, 2009
MPWN Selangor , 3 Okt 09
Senarai Ahli Jawatan Kuasa Wanita JIM Selangor yang telah dipilih:
KW: Dr Ruziaton Hasim
TKW: PM Dr Roohaida Othman
Setiausaha: Pn Maznah Ahmad
Bendahari: Pn Sarimah Sunar
Ahli Jawatan Kuasa: Pn Wan Fauziah Wan Kadir, Dr Radziah Jabir, Pn Nahdia Arifin
Ahli jawatankuasa lain akan dilantik kemudian insyaAllah
JZKK kepada ukhti Anfal dari JKPW dan semua yang terlibat dalam menjayakan MPWN kali ini.
Dr Ruziaton Hasim
KW WJS Sesi 2009-2011
Di kongsi ucapan KW semasa MPWN.
“WANITA SERIKANDI UMMAH”
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Swt Tuhan sekalian alam, salawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan ahli keluarga baginda.
Yang saya hormati Pengerusi Tetap MPWN, Puan Norliah Yusuf
Wakil Ketua Wanita Jim Pusat, Ukht Anfal Saari,
KW daerah Petaling selaku tuan rumah,
Semua Ketua WD Negeri Selangor-Ampang Jaya, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling Jaya dan Sepang, semua barisan pimpinan Wanita JIM Negeri dan Daerah, para perwakilan dan pemerhati MPWN Selangor 2009.
Akhawat yang dirahmati Allah,
1. PENDAHULUAN
Saya mulakan dengan mengucapkan salam Aidil Fitri Al Mubarak dan memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan selama ini, zahir dan batin. Bagi pihak Wanita JIM Selangor, saya mengalu2kan dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas kehadiran semua yang hadir, terutamanya wakil ketua wanita JIM pusat, Ukhti Anfal dan para akhawat dari semua pelusuk daerah Negeri Selangor termasuk adik bongsu kita wanita JIM Hulu Selangor yang dengan resminya telah ditubuhkan lebih kurang sebulan yang lalu. Tahniah kepada mereka dan kepada anda semua kerana dapat menjayakan MPWN Selangor tahun 2009 ini.
Alhamdulillah, pertemuan kita pada hari ini dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita JIM Negeri (MPWN) Selangor amat istimewa kerana pada kali ini pertemuan ini berlaku di dalam bulan Syawal yang mulia, bulan kita meraikan kemenangan selepas berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sebulan kita telah melatih diri untuk menundukkan segala macam hawa nafsu yang bertapak didalam diri, dada dan jiwa kita dan sebulan juga kita meneguk kemanisan beribadah dan bertawajuh kepada pencipta kita, Allah swt. Kita menanti2 kedatangan Ramadhan dan menangis akan pemergiannya.Semuga amalan di bulan Ramadhan yang baru berlalu ini dapat membekasi jiwa kita, membentuk ketaqwaan dan menjadi bekalan yang baik untuk kita menghadapi setahun kehidupan akan datang sehinggalah kita bertemu Ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan Insya Allah. Marilah kita ambil kesempatan di MPWN ini untuk mengambil sela2 ruang yang ada untuk menambahkan lagi ikatan persaudaraan dan ukuwah antara kita disamping bermaaf2an antara satu sama lain.
Pertemuan kali ini juga istimewa kerana pada tahun ini pasukan kita bertambah kekuatannya dengan kehadiran wanita Daerah Hulu Selangor sebagai perwakilan bukan pemerhati seperti tahun2 sebelum ini. Ini semestinya akan menambahkan semangat kita bersama kerana kita tahu bahawa Wanita Daerah Hulu Selangor kaya dengan potensi dan kekuatan mereka yang tersendiri. Insya Allah dengan adanya mereka bersama kita akan dapat memberi nafas dan lonjakan baru pada kita semua.
Akhawat yang dikasihi
WANITA JIM SELANGOR, MAWD, MPWN
2. Dengan adanya MPWN ini, bermakna setiap Wanita JIM Daerah di negeri Selangor ini sudah pun melaksanakan MAWD masing2, sudah meneliti keberhasilan kerja setahun yang lalu dan mendapat kepimpinan baru. Ucapan tahniah atas segala kerja keras dan kesungguhan antunna dalam menjayakan visi dan misi kita dan tahniah kepada semua Ketua Wanita Daerah yang baru dan Ahli jawatan kuasa yang telah terpilih untuk menjadi kepimpinan wanita di daerah dimana aktivisme yang sebenarnya berlaku. Saya mendoakan agar setiap daerah didalam negeri Selangor ini terus maju kehadapan - Membina Islam Bersama Masyarakat, meneruskan kerja2 amar makruf nahi mungkar dan seterusnya berusaha sedaya mampu untuk mencapai cita2 dan impian kita agar Islam diletakkan ditempatnya yang sebenar di muka bumi ini. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kaseh kepada Dr Roohaida selaku pemangku Ketua Wanita sewaktu ketiadaan saya selama 9 bulan yang lalu dan tidak ketinggalan kepada semua barisan AJK WJS dan Ketua Wanita dan AJK wanita JIM Daerah sesi 2007-2009, Insya Allah semuga usaha kalian menjadi amal saleh yang akan diberi perhitungan yang baik oleh Allah azzawajalla.
Di mesyuarat kali ini kita di peringkat wanita negeri akan meneliti dan menilai bersama serta muhasabah segala kerja yang kita laksanakan bersama sejak hampir setahun diperingkat negeri terutama pencapaian kita dalam RJIM2. Disamping itu kita juga akan membuat pemilihan pimpinan wanita negeri Selangor buat sesi yang akan datang. Muga mendapat pimpinan yang terbaik buat kita semua dan mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha kita selama ini.
Akhawat yang dikasihi,
JANJI KITA
3. Saban hari kita mengucapkan “ innasolati wanusuki wamahyaya mamamatilillahi rabbil ‘alamin...., sesungguhnya solatku, hidup ku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam”. Ini lah janji kita kepada Allah swt. Kita berjanji dalam segala apa sahaja lapangan kehidupan yang kita lakukan, semuanya kita lakukan semata keranaNya demi mencari redhaNya. Rupa paras, warna kulit, harta kekayaan, pangkat dan keturunan mungkin membezakan kita dimata manusia, tetapi disisi Allah, ini semua tidak bermakna, kerana ukuran kemuliaan disisiNya hanya terletak pada ketaqwaan sesaorang itu. Yang paling mulia di sisi Allah di antara kita ialah yang paling bertaqwa kepadaNya, yang paling mengabdikan diri kepadaNya dan yang paling mengotakan janjinya kepada Allah.
Kita sebagai wanita mempunyai banyak ruang dan peluang untuk membuat kebaikan dan membina ketaqwaan. Nikmat Islam yang kita miliki harus kita hargai dan hayati agar ketundukan kita itu membawa kepada keimanan sebenar yang menjamin kepada kebahagian hakiki. Allah telah berfirman bahawa Dia tidak akan mensia2kan segala perbuatan baik yang kita lakukan, kerana Allah itu Maha Mengetahui, Maha mendalam pemerhatianNya, Maha mengasihi. Marilah kita mohon kepada Allah agar mengurniakan ketaqwaan itu kepada kita semua, agar kita dapat mengotakan janji dan amanah kita kepadaNya.
Kita berjanji untuk taat kepada Allah dan kita memohon kepadaNya sekurang2nya 17x dalam sehari untuk ditunjuki jalan bagaimana menjadi hambanya yang diredhai dalam bacaan iftitah dan fatihah kita. InsyaAllah semuga denga ketekunan puasa dan solat kita, janji Allah untuk mengurniakan sifat taqwa dalam diri2 kita semua akan berlaku kerana Allah tidak sekali2 memungkiri janji. Manakala kita yang yang selalu alpa dan cuai akan janji2 kita.
Surah An Nahl ayat 97 bermaksud:
’ Dan barang siapa yang mengerjakan amal kebajikan baik dari lelaki ataupun perempuan, padahal dia beriman , maka Kami akan beri kehidupan padanya dengan kehidupan yang baik dan kami akan beri balasan mereka itu dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”
Surah Alkahfi 39 bermaksud:
Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh tentulah Kami tidak akan menyia2kan pahala orang2 yang mengerjakan amalan baik.
Janganlah kita menjadi seperti orang munafik yang suka memungkiri janji kerana hukuman Allah juga amat berat.
Surah Attaubah ayat 67 bermaksud:
“ Orang lelaki yang munafik dan orang perempuan yang munafik sebahagian dari mereka sama dengan sebahagian yang lain, mereka memerintahkan orang berbuat jahat dan melarang orang berbuat baik dan mereka genggam tangan2 mereka, mereka melupakan Allah, maka Allah melupakan mereka” Na’uzubillahiminzalik
Akhawat yang dikasihi,
Dizaman ini manusia, mungkin termasuk diri2 kita sendiri sering saling berlumba2 mencari kehidupan duniawi. Tetapi sebenarnya apa yang amat dituntut ialah untuk kita berlumba2 mencari kebaikan dan ketaqwaan kerana perlumbaan ini lebih menjamin kepada kebahagiaan dan kehidupan abadi diakhirat nanti.
Perlumbaan kearah taqwa ini akan menjadi lebih mudah jika kita melakukannya bersama2 dalam satu pasukan, tidak kira kita dalam keluarga kita atau dalam persatuan dan jamaah kita. Setiap kita memainkan peranan masing2 dan saling tolong bantu antara satu sama lain. JIM sebagai wadah dakwah dan tarbiah memberi kita sebesar2 peluang untuk mencari kelebihan ini. Kita sesama kita boleh saling tolong bantu, bekerja dan berlumba untuk saling menguatkan antara kita secara kolektif baik di peringkat daerah, negeri dan pusat.
Surah Al Maidah ayat 2; bermaksud:
Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran.
Surah As-Shaf: 4, bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berperang dijalannya dalam barisan yang teratur, seakan2 mereka bangunan yang tersusun kukuh.”
Akhawat yang dirahmati,
SUMBANGAN KITA KEPADA ISLAM DAN CONTOH IKUTAN KITA
4 . Sebagai wanita sumbangan kita kepada Islam dan dakwah amat bermakna dan amat diperlukan. Masing2 kita berada didalam lapangan kita dengan membawa amanah dan janji tidak kira samada sebagai ibu, anak, isteri, ketua atau pekerja, ahli masyarakat atau dai’at. Sumbangan kita adalah besar dan sebenarnya menjadi faktor kepada kemenangan Islam. Kitalah murabbi pertama kepada anak2 kita, kitalah pendamping dan pendorong setia suami2 dan ahli keluarga kita, kitalah pembakar semangat kepada kawan dan sahabat handai kita dan kita punya azam menjadi penyebar kepada kebaikan dan ketaqwaan dimana saja kita berada.
Contoh ikutan dan idola kita termasuklah wanita2 kesayangan Allah dan Rasul yang kita baca kisahnya dalam Al Quran dan seerah nabawiyah. Mereka menjadi contoh ikutan kita dalam melakasanakan janji kita dan meraih redha Allah dalam kerangka kewanitaan kita. Empat contoh wanita terbaik dunia ialah .......Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad saw, Fatimah Azzahrah puteri rasulullah, Asiah isteri Firaun dan Maryam binti Imran.
Kemulian Siti Khadijah dirakamkan apabila Allah menyampaikan salamNya melalui Jibril pada waktu ia sedang sakit menanti ajalnya dan dijanjikan sebuah mahligai di syurga. Manakala baginda Nabi saw tidak henti mengenang jasa budinya walaupun disisinya ada wanita2 lain sebagai isterinya sehingga menimbulkan cemburu pada Saidatina Aisyah.
Kemuliaan Fatimah pula adalah apabila Nabi mengatakan bahawa ia wanita penghulu syurga, yang pertama memasuki syurga sehingga batu gilingnya pun disebut nabi sebagai batu mahligainya di syurga.
Sebagai isteri patut kita mencontohi Khadijah. Dia seorang isteri yang amat mencintai suaminya, membenarkannya, membantu dan menyokongnya dan mendorongnya sewaktu manusia lain menentang dan memusuhinya, ia memberi ketenangan kepada suaminya dan dia mengorbankan segala harta bendanya dalam membantu suaminya.
Fatimah Azzahrah adalah anak kesayangan Nabi. Ia bekerja keras untuk rumah tangga, anak dan suaminya. Dia mengisar gandum dan mengulinya untuk dijadikan makanan, mengambil air diperigi, dan membuat kerja2 rumah yang lain sehingga tangan dan bahunya berbekas akibat kerja keras. Ketabahannya, kesabaranya berkhidmat untuk keluarganya disamping keimanan yang tinggi mendatangkan kemuliaan kepadanya.
Dr Ruziaton Bt Hasim, KW JIM Selangor
3 Oktober 2009
Tuesday, August 11, 2009
KURMA WANITA JIM MUSIM 1430H!!!
Assalamu'alaikum wrb


moga bertambah keberkatan ramadhan & bertambah erat ukhuwwah!
KURMA WANITA JIM AMPANG JAYA
· Kurma diimpot dari
· Pembelian kurma hendaklah dibuat secara TUNAI
Jenis-jenis kurma serta senarai harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
| Jenis Kurma | Harga Pasaran RM / unit |
| Mariami (Gred A) 10 kg (lambak) Aula 200 gm (36 unit / kartun) Mariami 500 gm (20 unit/kartun) | 290.00 8.70 14.50 |
| Kurma Madu Rotab Samin 550 gm (12 unit /kartun)* Rotab Shamim 650 gm (12 unit /kartun)*** | 9.50 7.60 |
| Tunisia (Deglet Nour Lyna) Bertangkai 500 gm (12 unit/kartun) | 15.00 |
* Nota: Kurma Rotab Samin akan berada dalam pasaran pada awal Ogos.
*** Nota : Sementara stok masih ada
Harga di atas adalah tidak termasuk kos penghantaran.
- pengedar & pengguna yang membeli 1 kartun atau lebih, kami memberikan HARGA ISTIMEWA
- jika anda menjual kurma untuk mengisi tabung JIM Negeri atau Daerah/Wanita JIM Negeri atau Daerah, kami menawarkan HARGA LEBIH ISTIMEWA ! hubungi kami untuk maklumat lanjut!
Untuk tempahan / maklumat lanjut, sila hubungi wakil-wakil kawasan kami seperti berikut:-
Kawasan | Nama | No Telefon |
| Lembah Keramat | Jawaher Aksah | 016-3022431 |
| | Zainah Ismail | 03-41070419 |
| | Norliah Yusof | 017-2465901 |
| Ukay Perdana | Jannah Salehun | 019-3529722 |
| Ampang | Nor Akidah Awang Ahmad | 012-3886143 |
| Wakil JIM-IPT / Melawati | Wan Fauziah Wan Kadir | 019-3374400 |
Sunday, May 31, 2009
SEMINAR OSCC 30 Mei 2009
Tuesday, May 26, 2009
KATAKAN TIDAK! 30 Mei 2009
Anda BERDEPAN DENGAN MASALAH KEGANASAN RUMAHTANGGA tetapi tidak tahu dengan siapa untuk dirujuk?
Anda SERING TERDENGAR JIRAN SEBELAH RUMAH ANDA DIDERA SUAMINYA tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk membantunya?
Anda INGIN MEMBANTU SAHABAT-SAHABAT ANDA DI LUAR SANA tetapi anda tidak mempunyai sebarang info yang boleh anda jadikan panduan?
Ingin menjadi sukarelawan?
Bantulah mereka yang memerlukan bantuan anda kerana tidak semua daripada kita boleh mengecap nikmat bahagia di luar sana.
JOM kita tambah ilmu dan pemahaman kita mengenai isu ini.
ISU KEGANASAN RUMAHTANGGA
ISU HAK YANG DIABAIKAN
ISU MEREKA YANG TERANIAYA
Sertai kami di
SEMINAR
KATAKAN TIDAK!
KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA, LITERASI UNDANG-UNDANG WANITA, KELUARGA DAN KANAK-KANAK
Pada
30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa
8.30 pagi – 1.30 tengahari
Tempat
Dewan Suria,
Construction and Industrial Safety Training Centre Sdn Bhd,
[CONSIST]
Ground Floor
Bangunan Pro Centre,
Lot 3301, Batu 8, Jalan Ulu Kelang,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan
Masuk PERCUMA
ANJURAN
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
- Seksyen Sektoral, UPEN
- Sekretariat OSCC
- Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang
- Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) Ampang Jaya
OBJEKTIF
1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.
TENTATIF PROGRAM
| MASA | TENTATIF |
| 8.00 pagi | Ketibaan dan pendaftaran |
| 8.45 pagi | Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis. Bacaan Al-Qur'an Ucaputama oleh YDP JIM Ampang Jaya PERASMIAN oleh YB Hj Saari Sungib, Adun Hulu Kelang |
| 9.15 pagi | Modul 1 : Keganasan terhadap wanita, isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti
PENCERAMAH : Dr Radziah Jabir Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Selayang Baru |
| 10.15 pagi | Rehat dan Kudapan |
| 10.30 pagi | Modul 2 : FORUM OSCC – Maklumat dan peranan OSCC disertai persembahan multimedia OSCC PANEL : Dr Ridzuan Bin Dato’ Md Isa Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Ampang
Encik Abd Razak bin Aziz Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
Ketua Polis Daerah Gombak
MODERATOR : Dr Badiah |
| 12.00 tgh | MODUL 3 : Literasi Undang-Undang yang melindungi wanita & Biro Bantuan Wanita PENCERAMAH : Puan Afzan Harison , Peguam Bela Peguamcara, ahli BAR Council Kuala Lumpur. |
| 1.00 tengahari | Penutup dan Bacaan Doa Makan tengahari dan bersurai |
InsyaAllah, setiap perbentangan yang dilakukan boleh membantu kita sedikit sebanyak untuk membantu mereka di luar sana.
Untuk pendaftaran, hubungi:
Pusat Khidmat Adun Hulu Kelang (Tel:03-42602205)
Wanita JIM Ampang Jaya (Hjh Jeriah Manap-013-3404343 /03-41073379)
atau sms nama ke 019-5053008.
