Islah & Wanita Gemilang
Friday, May 14, 2010
Thursday, February 25, 2010
WANITA KUASAI SEKTOR AWAM: ADAKAH IANYA SESUATU YANG MEMBIMBANGKAN?
Saturday, January 9, 2010
KENYATAAN MEDIA ISU KALIMAH ALLAH , 7JAN '10
KENYATAAN MEDIA OLEH NGO-NGO ISLAM NEGERI SELANGOR YANG BERDAFTAR DENGAN JAIS BERHUBUNG ISU KALIMAH ALLAH
Kami, NGO Islam merakamkan rasa kesal kami di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang memutuskan untuk memberi kebenaran kepada Majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan ‘ALLAH’ dalam majalah mereka.
Oleh yang demikian, campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu dalam urusan ini amat diperlukan kerana ia bukan sahaja menyentuh bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam urusan agama Islam, tetapi sekaligus menyentuh secara langsung sensitiviti umat Islam Malaysia .
Istilah Allah dalam konteks budaya Malaysia tidak boleh bermakna selain daripada apa yang difahami: Allah itu bermaksud Tuhan Yang Maha Esa. Makna ini berlainan darpada makna ‘GOD’ dalam agama Kristian, iaitu Tuhan berkonsepkan ‘TRINITY’. Jadi apabila kalimah Allah dibenarkan dipakai dalam konteks Kristianiti, maka ia memberi pelbagai implikasi yang membahayakan masa depan umat Islam dan mengelirukan kerana Allah itu boleh bermakna Tuhan Yang Esa atau Tuhan yang ‘trinity’.
Keputusan ini tidak mengambil kira semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Ia juga seolah-olah tidak pernah memahami sejarah, sosio-budaya tempatan yang unik berkait dengan agama Islam. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, serta berpotensi menimbulkan ketidaktenteraman awam sekiranya tidak ditangani dengan baik.
Isu penggunaan perkataan ALLAH di Malaysia tidak sekali-kali boleh disamakan dengan penggunaannya di beberapa Negara Timur Tengah. Latar sejarah dan budayanya amat berbeza dan memberi pengertian dan implikasi yang juga berbeza. Suasana baik dan toleransi yang sedia terjalin diantara umat Islam dan Kristian di Malaysia ini, tidak sewajarnya dikeruhkan.
Jika sekiranya saluran mahkamah tidak berupaya mengubah keadaan, maka adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menggunakan segala saluran yang ada atau budi bicara untuk menangani isu ini dengan bijaksana.
Sekian.
NGO-NGO ISLAM YANG TERLIBAT:
1. Wadah Selangor
2. PERKIM
3. PIMPINAN
4. PPIM
5. Persatuan Ulama’ Malaysia
6. PEMADAM Selangor
7. Muafakat
8. Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS)
9. Al Hunafa
10. Sahabat PPUM
11. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
12. ABIM
13. Al-Hidayah
14. Jami’iyah
15. Persatuan Ikhwan Al Khidmah Selangor & Kuala Lumpur
16. Persatuan Darul Fitrah Malaysia
17. Unit Muballighat
18. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor
19. Islamic Information & Services Foundation (IIS)
20. JIM Selangor
21. MACMA
22. Sahabat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
23. Malaysian Indian Muslim Missionary Council (MIM)
24. Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor (PEPIAS)
25. PENGASIH
26. Persatuan Kebangsaan Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)
27. PERKASSA
28. Pertubuhan Penyayang Malaysia
29. Unit MAFAA
30. Gabungan Pendakwah Islam Selangor (GAPIS)
31. Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
32. SHURA
33. Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIES)
34. Badan Amal Kami Prihatin
35. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor
36. International Muslim Women’s Union (IMWU)
37. Persatuan Mawaddah Malaysia
38. Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM)
Thursday, November 12, 2009
PERNYATAAN PENDIRIAN
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
11 November 2009/23 Zulkaedah 1430
PENJELASAN TERHADAP ISU DR ASRI
Isu yang berkisar tentang Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan PGSM masih belum menemui jalan penyelesaian. Dalam pada itu, pelbagai kekeliruan timbul tentang pendirian NGO Islam terhadap isu berkenaan. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) ingin membuat beberapa penjelasan dan mengemukakan cadangan.
1. JIM tetap berpendirian bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan NGO Islam yang lain bersetuju memberikan pandangan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong supaya Dr Mohd Asri tidak dilantik sebagai YDP YADIM. Berdasarkan pendirian inilah JIM turut disenaraikan sebagai penyokong memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.
2. Walau bagaimanapun, JIM tidak selesa dan kesal dengan beberapa pertuduhan terhadap Dr Mohd Asri yang terdapat dalam memorandum tersebut. Ia seharusnya memerlukan kepada proses yang berhemah dan berhati-hati tanpa menzalimi mana-mana pihak. JIM tidak menerima deraf memorandum sebelum dihantar kepada Yang DiPertuan Agong. Pendirian JIM ini telah disampaikan dalam mesyuarat NGO-NGO Islam pada 6 November 2009.
Oleh itu JIM mengambil sikap “tawakuf” yakni berkecuali buat masa ini (“suspend judgement”), terhadap segala tuduhan yang ditimbulkan dalam memorandum tersebut.
3. Sehubungan itu, JIM dan semua NGO Islam yang lain telah bersepakat dalam mesyuarat pada 6 November 2009 supaya menumpu kepada jalan penyelesaian dengan diadakan satu majlis permuafakatan atau dailog ilmiah secara bersemuka dan tertutup agar hujah-hujah dapat disampaikan dalam suasana yang baik dan tenang serta dalam semangat mengangkat kekeliruan umat terhadap isu tersebut.
4. Turut dicadangkan ialah majlis tersebut dimudahcara oleh tokoh agama dan cendiakawan Islam yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Malah JIM bersedia mengambil inisiatif mengaturnya. JIM berharap kaedah ini boleh merungkai permasalahan dan inilah tuntutan Allah swt dalam Al-Qur’an, surah An-Nisa’ ayat ke-59.
5. Kehadiran JIM dalam sidang media bersama PGSM pada 6 November 2009 adalah untuk menjelaskan perkara 3 dan 4 di atas. Perlu ditegaskan bahawa JIM tidak terbabit dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PGSM pada hari tersebut walaupun dilihat bersama semasa sidang media. Pada sidang media tersebut, JIM telah mengeluarkan kenyataannya sendiri yang turut dipersetujui NGO Islam yang lain dengan menyebutkan perkara 3 dan 4 di atas.
HJ ZAID KAMARUDDIN
Presiden JIM
Tuesday, November 10, 2009
JIM: Bukan Islam boleh masuk masjid
| JIM: Bukan Islam boleh masuk masjid |
| Nov 10, 09 1:20pm |
Seseorang bukan Islam tidak dilarang memasuki masjid jika niatnya baik dan dibenarkan orang Islam kecuali Masjidil Haram di Mekah, kata Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Beberapa tokoh ulama tersohor dalam pemikiran Islam tidak melarang orang Islam berbuat demikian kecuali di tanah haram tersebut, kata Yang Dipertua JIM Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi. "Menurut pandangan majoriti para ulama termasuk Imam Malik, Syafie dan ulama fiqh yang lain, adapun larangan khusus bagi bukan Muslim daripada memasuki masjid hanyalah terhad kepada Masjidil Haram di Mekah dan kawasan tanah suci di sekitarnya berdasarkan firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 28," katanya. Beliau mengulas ura-ura tindakan Jabatan Agam Islam Selangor (Jais) terhadap jawatankuasa sebuah masjid di DUN Seri Andalas minggu lalu yang membenarkan wakil rakyat di situ Dr Xavier Jayakumar menyampaikan ucapan di dalam tempat ibadat itu, Ogos lepas. Wakil rakyat PKR itu, yang juga exco kerajaan Selangor, dilaporkan menyampaikan ceramah ketika merasmikan satu majis berbuka puasa tetapi dakwaan itu dinafikan oleh jawatankuasa masjid. Dalam kenyataannya, JIM negeri juga berkata seseorang bukan Muslim wajar memasuki masjid berdasarkan syarat-syarat berikut: - Non-Muslim diharuskan memasuki masjid selain daripada Masjidil Haram di Mekah dengan keizinan orang Islam. - Mereka harus mempunyai sebab yang munasabah untuk memasuki masjid. Oleh itu sekiranya tujuan mereka memasuki masjid untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat atau menyebarkan fitnah maka hal ini adalah dilarang. - Mereka seharusnya menghormati kesucian masjid dan perlu sedar bahawa masjid adalah tempat suci bagi orang Islam beribadah. - Kedua-dua kaum lelaki dan wanita non-Muslim yang ingin memasuki masjid mestilah tidak mendedahkan aurat yakni anggota tubuh mereka yang seharusnya ditutup dengan pakaian yang bersesuaian. "JIM Selangor juga percaya bahawa sikap terbuka masyarakat Islam dengan membenarkan bukan Muslim memasuki masjid berdasarkan syarat-syarat yang tersebut di atas sudah pasti memberikan peluang dan ruang untuk masyarakat Islam berdakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada bukan Muslim," kata Mohd Kamal. Tambahnya, bukan Muslim pula akan melihat keterbukaan Islam dalam memelihara keharmonian hubungan antara pelbagai kaum dan agama dalam negara ini. "Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain dan ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan dakwah Islam kepada bukan Muslim." |
Wednesday, November 4, 2009
JIM PERSOAL KAEDAH PENANGKAPAN BEKAS MUFTI PERLIS
3 November 2009/15 Zulkaedah 1430
JIM PERSOAL KAEDAH PENANGKAPAN BEKAS MUFTI PERLIS
Pada hari Ahad, 1 November 2009, negara dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan bantuan Polis di sebuah rumah banglo di Hulu Kelang. Penangkapan dilakukan atas dakwaan bahawa Dr Asri tidak mempunyai tauliah ketika beliau menyampaikan kuliah agama kepada lebih kurang 300 orang di rumah berkenaan.
Dr Asri bukan sahaja seorang ilmuan Islam dengan kelulusan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Al-Qur’an dan sunnah, beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan merupakan pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia .
Berikutan penangkapan tersebut, pelbagai pihak telah mempertikaikan cara penangkapan dilakukan. Menurut laporan-laporan media, beliau ditahan pada jam 12.10 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 1.10 pagi. Beliau kemudian diarah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.00 pagi keesokkannya untuk dituduh. Namun setelah disemak peguam beliau, didapati bahawa tiada pendakwaan telah difailkan di mahkamah. Beliau akhirnya dibebaskan pada kira-kira jam 12.30 tengahari dengan jaminan JAIS tanpa sebarang pendakwaan tetapi boleh dipanggil oleh JAIS pada bila-bila masa untuk siasatan lanjut.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Dr Asri di minta ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan. Menurutnya lagi, Dr Asri akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Katanya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mempersoalkan kaedah penangkapan yang dilakukan. Mengapakah beliau ditahan secara mengejut dan mengaibkan seperti penjenayah besar sedangkan beliau boleh dipanggil dengan cara yang lebih profesional dan hormat untuk bertemu JAIS atau mana-mana pihak berkuasa? Pengarah JAIS sendiri menyatakan bahawa Dr. Asri telah lama dipantau. Mengapakah pula tiada pertuduhan atau pendakwaan difailkan di mahkamah sedangkan tangkapan telah dibuat pada hari sebelumnya? Apakah motif di sebalik penahanan begini?
JIM melihat bahawa adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam apabila berselisih untuk mereka kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah.
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)
Apatah lagi sekiranya perkara yang diperselisihkan itu adalah perkara yang boleh diselesaikan secara musyawarah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah.
JIM berpendapat bahawa sewajarnya JAIS lebih berhemah dalam membuat penangkapan dan pertuduhan terhadap sesiapa juga tidak kira rakyat biasa atau seorang bekas Mufti kerana dikuatiri tindakan mereka boleh mengakibatkan salah tafsir atau boleh mencacatkan sistem keadilan Islam itu sendiri. Dalam melaksanakan tindakan, sandaran Al-Qur’an dan sunnah harus dijadikan panduan selain mengambil pendekatan kaedah-kaedah fiqh seperti Al-Aslu bara’atu zimmah iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Di samping itu, keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi harus dilihat dilaksanakan dalam proses dan prosidur berkaitannya.
JIM berharap JAIS akan bersikap amanah, jujur dan profesional dalam melaksanakan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Dr Asri. Pemeliharaan keadilan dan hak asasi serta karamah insan haruslah menjadi pegangan.
JIM juga mengesyorkan supaya JAIS mengambil kesempatan ini untuk meneliti semula Enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam yang bersifat subjektif supaya ia tidak mengekang pengembangan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam.
Sekian. Terima kasih.
HJ ZAID KAMARUDDIN
Presiden
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Sunday, August 30, 2009
ISU KARTIKA - Tangani dengan objektif dan rasional
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
28 Ogos 2009 (8 Ramadhan 1430H)
Di awal bulan mulia Ramadhan dan di ambang sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52, Malaysia digemparkan dengan isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Pelbagai pihak memberikan maklumbalas yang berbeza, sementara media dalam dan luar negara pula menggembar-gemburkan isu ini hingga ianya menjadi satu polemik yang sensasi. Menurut perkembangan terkini, hukuman tersebut dikatakan akan disemak semula oleh pihak Mahkamah Syariah Pahang, atas desakan dan tekanan yang diterima.
Wanita JIM berpandangan perlunya isu ini dilihat dan dinilai dengan penuh objektif dan rasional, tidak semata-mata penuh emosi dan sensasi. Beberapa persoalan penting yang timbul berikutan polemik ini memerlukan jawapan tepat dan tindakan segera agar isu ini dapat selesai dengan cara terbaik, tanpa menggadaikan kredibiliti dan mengaibkan sesiapapun, khususnya institusi kehakiman syariah yang memayungi kehidupan umat Islam di Malaysia selama ini, juga tidak Kartika Sari Dewi dan keluarganya.
Isu hukuman sebat Kartika menimbulkan banyak persoalan, antaranya :
1. Sejauhmanakah sebenarnya tahap kesungguhan dan kesediaan umat Islam di Malaysia , struktur sistem pentadbiran dan kepimpinan negara yang ditunjangi oleh orang Islam dalam mempraktikkan ajaran Islam yang syumul dan menjanjikan kesejahteraan yang hakiki? Apabila mahkamah syariah di sebuah negeri menghukum dengan peruntukan enakmen yang diluluskan melalui prosedur yang betul, mengapa begitu ramai yang mempersoalkan keadilan dan kebijaksanaan keputusan tersebut? Bukankah itu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah? Bagaimanakah pula caranya kejahilan dan kekeliruan umat Islam ini boleh diatasi – sehingga dibimbangi akidah dan keyakinan mereka begitu mudah terhakis dan tergugat, mengambil pendirian lebih berdasarkan emosi dan bukan berasaskan fakta dan sumber ilmu yang sahih?
2. Bagaimanakah boleh terjadi ketidakseragaman sistem, di mana apabila hukuman telah dijatuhkan oleh pihak penghakiman berdasarkan bukti dan hujah pihak pendakwaan, pihak pelaksana pula yang belum bersedia untuk melaksanakan hukuman tersebut kepada sipesalah? Di manakah silap dan salahnya, sehingga jelas sungguh ketempangan dan kekurangan yang ada dalam sistem kehakiman syariah di negara ini? Sampai bilakah harus berlaku perkara yang boleh memalukan institusi Islam khususnya dan umat Islam amnya?
3. Sampai bilakah agaknya, umat Islam di Malaysia terhalang dari menjalani kehidupan beragama sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Berapa ramai lagi orang Islam yang ikhlas dan insaf serta rela diadili dan menerima hukuman yang ditetapkan oleh kehakiman Islam tidak terbela dan dihalang dari melaksanakan ajaran agama mereka, sebagaimana juga Kartika Sari Dewi? Bagaimana pula dengan golongan yang menggelar diri mereka Muslim, namun terang-terangan tidak langsung menghormati ketetapan agama, malahan sentiasa pula mencemuh, memperlekeh dan mempersendakan Islam itu sendiri?
Wanita JIM menuntut jawapan yang tegas dan tindakan susulan yang segera bagi semua soalan-soalan di atas. Selagi mana tiada usaha merungkai persoalan asas tersebut, umat Islam di Malaysia akan terus menerus diselubungi kemelut kekeliruan dan kejahilan yang semakin menebal dan merugikan.
Wanita JIM mendesak agar semua pihak yang `menangguk di air keruh’, menggunakan kemelut isu hukuman sebat Kartika ini sebagai satu lagi `bukti’ ketidakadilan syariah Islam yang dianggap sentiasa menindas wanita, memberhentikan segera tindakan tersebut. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut sepenuh komitmen dan kebijaksanaan yang sewajarnya dari pihak kehakiman syariah di Malaysia agar segera melipatgandakan usaha meningkatkan kredibiliti institusi tersebut demi menjaga maruah dan nama baik Islam di mata masyarakat Malaysia dan antarabangsa.
Untuk Kartika Sari Dewi dan keluarganya, Wanita JIM mendoakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan dan sokongan untuk beliau menghayati kehidupan Islam yang sejahtera. Segala kesilapan dan dosa yang lalu, biarlah kekal menjadi sempadan dan peringatan
Semoga kemelut isu Kartika juga menjadi `pembuka mata’ kepada kita semua, betapa perlunya umat Islam di negara ini kembali kepada akidah yang sahih, penghayatan ilmu yang mantap dan keazaman yang tinggi dalam mempraktikkan Islam dalam kehidupan.
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita Pusat
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Saturday, August 29, 2009
Should we let him play God or better still be God?
While Mr. P. Gunasegaran ( No to whipping for drinking, 28 Aug 2009, Star ) and those in the similar vein are entitled to their freedom of expression, it nonetheless needs to be pointed out that his abrasive intrusion into the intoxicating whipping debate is in extreme bad taste and a blatant affront to Muslim sensitivity.
His high and mighty pronouncement ( read fatwa ) based on his secular theology and his one sentence reference to some unnamed Muslim scholar, makes him an overnight jurist ( read Mufti ) !
Despite 52 years of Merdeka, quite apparently and most unfortunately, the civilized and democratic values of mutual respect is sorely missing in our multi-religious co-existence. And as far as Muslims are concerned, there has been one too many Islamophobic sentiments snowballing by the day in the mainstream editorials, press reports and cyber portals.
Fed by deep-seated prejudice, and popular misconceptions towards Islam and the Shariah, the words "barbaric", "cruel", and "inhumane" are hurled without regard for the sensitivity of Muslims.
Barbaric, cruel, and inhumane are after all relative terms that are employed to demonize the other. This media onslaught, directly or indirectly, knowingly or unknowingly, attempts to belittle and humiliate the Shariah justice system, an entire institution whose place in our nation is legitimated by history and the Constitution.
What else does one make of the following headlines “and lets do away with a slew of outmoded, archaic laws in the statute books, both syariah and civil”. He further adds “there is real danger of disarray when man purports to speak for God”. I hasten to respond by asking - should we then let him (the editor) play God or better still be God ?
Islam, meaning ‘submission’- however awkward such a notion is to secular liberal thinking – is acceptance with a free conscience both the tenets of the faith and outwardly the injunctions of the Shariah which encompasses formal ritual worship and the regulation of personal and social mores based on sacred texts.
Believers of other faiths, liberal secularists and secular atheists need to understand that Islam is the governing principle in every aspect of a Muslim's life to a degree seldom seen in the adherents and practitioners of other religions. Islam is not just a matter of rituals and worship; Islam is a complete way of life. For those who cannot or will not accept the crucial importance of this most important reality in the life of all Muslims we can only say, hopefully without insult, please stay out of our business.
As Muslims we have no difficulty accepting that non-Muslims have different beliefs and live their lives differently than we do. Please show us the same courtesy.
His editorial among others, reflect the distressing trend that non-Muslims are making ill-informed, prejudiced and unwelcome comments on the religion of the majority of people of this country. This is very unhealthy, and dangerously crossing the lines of civilized discourse.
There exists a myriad of opinions on the issue of consumption of intoxicants. But the Muslim scholars are unanimous that the offender must be punished.
If the offence is considered under the jurisdiction of hudud (limits), as is embraced by the schools of thought of Syafie, Maliki and Hanafi, caning must be meted without exception. This being the stipulate of God for the good of the bigger society.
However, Al-Qaradhawi, the celebrated contemporary scholar, in consonant with the likes of At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani and Ibn Qayyim opines that this offence is within the domain of ta’zir (discretionary penalty). Thus, the judge may choose to forgive the first time offender or he may elect to cane the offender and would stipulate the number of canings. As alluded by others, the caning is unlike the brutal and vicious whippings as prescribed by the civil courts.
Asst. Prof. Dr. Zulfakar, who lectures Islamic criminal law in the International Islamic University of Malaysia, and Datuk Abdul Munir Yaakob, SUHAKAM commissioner, concurred that the courts acted within the State Shariah Criminal Offences Act notwithstanding the seven day remand order.
The Shariah court is part of Malaysia's dual justice system which has jurisdiction over Muslims and the decision of the Kuantan Shariah High Court must be respected as such That is the rule of law enjoyed by both the Shariah and Civil courts and outside interference would tantamount to contempt of court. The due process of appeal is open to the victim if justice is not done or seen to be done.
In this media frenzy, the irony has not been lost that Kartika herself has accepted the sentence and has refused appeal despite the suggestion by no less the Prime Minister himself. This underscores one of the objectives of the Shariah, to guide Muslims to be more observant of their religious obligations through remorse and repentance.
The controversy surrounding Kartika's sentencing also exposes the sometimes uneasy co-existence of the world views of Islam and that of modern secular society. Attempts to fit Islam into the secular world view is like forcing a square peg into a round hole.
Globally, the World Health Organisation (WHO) reports that alcohol causes 1.8 million deaths (3.2% of total) and 58.3 million (4% of total) of Disability-Adjusted Life Years (DALYs). The U.S. Department of Justice Report on Alcohol and Crime found that alcohol abuse was a factor in 40 percent of violent crimes committed in the U.S. The British Home office reports a figure of 45% which rose to 58% in cases of attacks by unrecognized persons. We have not even begun to mention the primary role of alcohol in road traffic accidents, domestic violence, drug dependence, alcoholism, women and alcohol, adolescents and alcohol, fetal alcohol syndrome, alcohol and liver cirrhosis, alcohol and brain damage, alcohol and cancer risk, the causal link between alcohol and 60 different types of diseases etc.
God says in the Quran, Chapter 2, Verse 219 :
“They ask you concerning wine and gambling. Say: 'There is a great sin in both of them, and (some) profits for people; but their sin is greater than their profit …”
As Muslims, our absolute love and allegiance is to our Creator, whose infinite wisdom we do not question. Thus, it is completely unacceptable and reprehensible that any from amongst his creations, should instruct us otherwise applying their fallible human and secular opinions and standards.
Board of Directors
Muslim Professionals Forum
Dr. Mazeni Alwi
Dr. Jeffrey Abu Hassan
Dr. Shaikh Johari Bux
Haji Mohamed Ali Ghazali
Dato’ Dr. Musa Mohd. Nordin
Wednesday, August 5, 2009
Answering Jeff Ooi , 4 Ogos 09
4 Ogos 2009
Answering Jeff Ooi
YB Ooi Chuan Aun, Member of Parliament for Jelutong, better known as Jeff Ooi, is still campaigning to remove Mohd Razali Abdullah, a Penang Municipal Councillor from the OSC (One-Stop Centre) Committee.
Jeff Ooi had persistently cited Mohd Razali’s membership of Jamaah Islah Malaysia (JIM), an Islamic NGO, as the reason for calling for his removal. To Ooi, Mohd Razali’s membership of JIM put him in a conflict-of-interest situation, alleging that he will put the Islamic interest before the interest of the Pakatan Rakyat and the people.. We assert that the Islamic interest would also serve the good interest of the people. We are confident that his Islamic credentials and professional experience will make him better equipped for the assigned responsibility.
YB Ooi was also reported to have said that Mohd Razali’s appointment was a “dangerous precedent”, alluding to JIM’s vision of a Malaysia that fully implements the syariah. If YB Ooi had not noticed, living by the syariah (Islam) would be the shared aspiration of Muslims not only in Malaysia but all over the world. We are perplexed as to why an appointment of a person that is true to Islam be a dangerous precedent. Islam had been around for so long that surely, peoples’ recent misunderstandings and prejudices against it would not efface its nobility or its relevance to society. This is the same Islam that built a modern civilisation which had great influence on the West. This was the safe haven that welcomed the Jews from the terror of the Inquisition. It would not be beyond the common man to understand and appreciate its beauty.
JIM will continue to advocate for the understanding of Islam as Islam is. We prefer to present Islam as a choice, work on building an acceptance and consensus while leaving it to the people to make their choice. Contrary to Ooi’s assumption, we believe our position has a stronger claim according to the Malaysian Constitution than the secular position he seemed to be championing.
As a responsible NGO we stand for preserving peace, upholding law and order and justice for all. We will continue to campaign for human rights and dignity, good governance (transparency, accountability, efficiency) and for the empowerment of the individuals and communities through effective participation in the democratic process.
Mohd Razali was a PKR appointee to the OSC committee, appointed on the basis of his political association and not for his NGO affiliation. As this is an internal matter, we urge the Pakatan Rakyat and the Penang Government to look into the underlying reasons for this very public spat. However, we expect Mohd Razali to be judged by his performance.
Zaid Kamaruddin
President
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Friday, July 31, 2009
JIM Menyeru Ahli-ahlinya Dan Orang Ramai Berhimpun Di Kuala Lumpur 1 Ogos 2009
Sudah 49 tahun akta zalim ISA mengancam kebebasan rakyat. Ramai tokoh negara yang ditahan tanpa bicara. Ramai isteri yang dipisahkan dari suami tanpa alasan yang diketahui. Ramai anak yang membesar tanpa kasih sayang ayah, yang dipenjara tanpa diketahui sebabnya.
ISA membolehkan sesiapa sahaja ditahan tanpa bicara. Pihak berkuasa mencari jalan mudah. Tak perlu ada bukti. Polis boleh bertindak tanpa perlu mengemukakan dalil. Mahkamah diketepikan. Nyata sekali tidak profesional.
ISA bertentangan dengan syariat Islam dan prinsip keadilan sejagat. Pemerintah yang diharap menjaga rakyat, dengan sewenang-wenang, tanpa perlu membawa bukti, mengheret rakyatnya ke lokap dan penjara. Anak isteri dan keluarga teraniaya. Ketika Bush menahan tanpa bicara di Guantanamo Bay, pemerintah Malaysia telah berkokok riuh rendah, menjustifikasikan ISA. Namun, ketika Obama mengarahkan penutupannya, kenapa diam membisu seribu bahasa???
Cukuplah 49 tahun, semenjak 1 Ogos 1960!!!
Sabtu ini, 1 Ogos 2009, JIM menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan dan mendesak agar ISA dimansuhkan.
Perkara besar seringkali dicapai dengan perhimpunan besar dan pengorbanan besar. Perhimpunan besar telah berjaya menggagalkan gagasan Malayan Union. Perhimpunan besar telah berjaya memansuhkan PPSMI. Perhimpunan besar juga diperlukan untuk memansuhkan ISA!!!
Ayoh! Kita ke Kuala Lumpur, esok, 1 Ogos 2009. Kita tuntut:
• Mansuhkan ISA
• Bebaskan tahanan ISA
• Tutup Kem Tahanan Kamunting
Nota: JIM adalah anggota gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung JIM
31 Julai 2009
Tuesday, June 23, 2009
HIMPUNAN MANSUH ISA , 1 Ogos 09
KENYATAAN AKHBAR
HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009
- Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman
- Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.
- Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.
- Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.
- Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan: a. Bebaskan semua tahanan ISA b. Mansuhkan ISA c. Tutup Kem Kamunting - Kem 'Guantanamo' Malaysia
- Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato' Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.
- Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.
- Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.
- Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.
- ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.
- Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun ('climate of fear'/;under siege mentality') sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.
- Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.
- Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.
- Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.
- Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!
Mansuhkan ISA! Bebaskan Tahanan! Tutup Kemta , Kem Guantanamo Malaysia!
Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
KENYATAAN MEDIA SISMA , 22 Jun 2009
Unit Siswi KARISMA (SISMA), sebuah sayap mahasiswa wanita dibawah Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan pantas menyelesaikan isu amah yang timbul sejak kebelakangan ini. Malaysia telah sekian lama mengambil pembantu rumah dari negara seberang ini bagi membantu keluarga yang memerlukan amah untuk menguruskan hal ehwal rumah. Kesibukan ibu bapa di Malaysia bekerja di siang hari telah menjadikan amah sebagai salah satu alternatif membantu menguruskan rumah di siang hari apabila keluar /semasa bekerja dan di malam hari apabila mereka pulang untuk berehat.
Kerajaan dan pihak berwajib seperti Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), persatuan bukan kerajaan dan pihak majikan kepada amah juga harus meneliti dengan baik apakah punca-punca permasalahan yang berlaku dikalangan amah dan majikan sehingga beberapa kes penderaan, penganiayaan dan bunuh diri telah mendapat liputan sejak kebelakangan ini. Adalah diakui kes penderaan amah bukanlah sesuatu yang menjadi kebiasaan dikalangan keluarga di Malaysia yang mengambil amah bekerja, namun kes-kes kecil ini sudah cukup memberikan impak sehinggakan kerajaan Indonesia menimbangkan untuk menghentikan pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia buat sementara waktu sehingga kerjaan Malaysia mengambil tindakan susulan. Langkah Jabatan Tenaga Kerja menubuhkan unit khas membantu amah yang didera perlu dipastikan pro-aktif dan berkesan dalam menangani permasalahan ini.
Pertemuan antara kedua-dua belah pihak, iaitu Malaysia dan Indonesia perlu diteruskan dan penyelesaian yang segera perlu dicapai berhubung kes ini. Cadangan dari Pengerusi Persatuan Bocehe Dewe untuk memberi keutamaan kepada penempatan amah beragama Islam dengan keluarga Muslim juga harus dikaji bersama dan dilihat apakah ia suatu jalan penyelesaian untuk mengurangkan kes penderaan ini. Cadangan persatuan ini adalah berikutan kes seorang pembantu rumah Islam warga negara Indonesia bernama Siti Hajar Sadli yang mendakwa telah didera oleh majikannya termasuk memberi makan babi yang bertentangan dengan agama Islam.
SISMA memandang serius terhadap penderaan-penderaan yang menafikan hak wanita Islam mengamalkan ajaran Islam seperti memberi makan makanan yang dilarang dalam Islam, tidak membenarkan amah menunaikan ibadah solat lima waktu, tidak membenarkan amah menutup aurat dan membaca Al-Quran sekiranya mereka ingin melakukannya meskipun mereka hanya dianggap sebagai pembantu rumah sahaja.
SISMA juga dalam masa yang sama memahami situasi majikan-majikan yang antara lain telah serik dengan perbuatan amah dari Indonesia membohongi mereka dan mengambil kesempatan terhadap layanan baik yang telah diberikan. SISMA menyarankan agar perkara ini diselesaikan dengan baik antara majikan dan pembantu rumah dengan mengadakan perbincangan yang membawa kepada manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekiranya layanan yang baik tidak dihargai oleh amah-amah ini, maka majikan seharusnya mengambil tindakan yang tegas berlandaskan undang-undang yang adil dengan melaporkannya kepada pihak berwajib.
SISMA juga menyarankan agar pihak Kementerian Sumber Manusia dapat menyediakan buku panduan kepada pihak majikan agar dengan ini pihak majikan mengetahui apa tindakan yang perlu dilakukan terhadap amah yang melakukan kesalahan-kesalahan dan bertepatan dengan undang-undangdi Negara ini. Pihak kami memuji usaha baik kementerian dalam menyediakan buku panduan kepada amah yang mengandungi hak-hak dan perlindungan undang-undang. Selain itu, kursus induksi yang diwajibkan terhadap pekerja asing sebelum memulakan pekerjaan di Malaysia juga perlu dilihat kembali keberkesanannya kepada semua pihak.
Dengan gesaan dan penyelesaian yang dicadangkan oleh SISMA, adalah diharapkan pembantu-pembantu rumah dari Indonesia dan majikan-majikan di Malaysia berada dalam suasana kekeluargaan yang bahagia. Terdapat banyak keluarga di Malaysia telah menjadikan amah dari Indonesia sebahagian dari ahli keluarga mereka sendiri. Selain dari komunikasi yang berkesan antara mereka, pembantu rumah juga menerima layanan sebaiknya seperti dibawa bersama membeli belah, pulang ke kampung halaman majikan ketika cuti, diberi gaji pada waktunya, dibenarkan untuk rehat pada waktu yang sepatutnya dan diberi peluang menelefon ke kampung halaman.
Kisah-kisah pengurusan pembantu rumah yang berkesan oleh majikan dalam masyarakat kita juga perlu dikongsikan agar kisah-kisah positif mengenai majikan dan pembantu rumah ini mendapat liputan yang baik.
KHADIJAH AZMAN
Ketua Unit Siswi KARISMA (SISMA)
Naib Presiden 2
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia
Thank you Mr. Carter, but no thank you…
Mr. Carter came with a plea for Hamas to abide to all the three conditions set by the United States for ending the siege on Gaza. These conditions are; to recognize Israel, to renounce resistance and to honor pass agreements made with Israel. Those conditions are not acceptable to Hamas for the following reasons.
Firstly, recognition of Israel is out of the question, because it touches on the national constant that is non-negotiable. It only implies one thing, i.e. it legitimizes the forced eviction of Palestinians from their homes and their homeland, and a Zionist state established it its place. Instead of talking Hamas into recognizing Israel, Mr. Carter should have insisted on Israel to conform to the UN resolutions in particular 242 and 338, by giving up the unlawful occupation of the West Bank and East Jerusalem. In fact Hamas have reiterated on many occasions that it views favourably the establishment of a Palestinian State on territories annexed by Israel in the 1967 war. This implies that Hamas is willing to live in peace with Israel through a long term ceasefire agreement. Recognition of Israel is against the principle of justice and just not possible on moral grounds.
Secondly, asking Hamas to renounce resistance (or what the western term as ‘violence’) is against the United Nation charter that recognizes the struggle of every nation under occupation as a legitimate cause. Every nation has the right to resist all forms of foreign subjugation and rules and the right for self determination. Instead of asking the Palestinian to cease fighting for freedom, Mr. Carter should have insisted the United Nation to rein in Israel for its indiscriminate use of military arsenal on a practically defenseless Palestinian population. The image of the carnage from the last attack on Gaza in December last year and January this year is still vivid in our minds. This clearly constitutes a war crime, and many countries are putting together the legal papers to prosecute Israel for the wanton killings of Palestinian civilians. Asking Palestinian resistance group equipped only with firearms and crude homemade rocket firing facilities in facing their nemesis with the most sophisticated weapon system is against every sense of proportionality.
Thirdly, asking Hamas to accept all past agreements made with Israel is just plain absurd. These agreements signed without the consent of the Palestinian people have no substance, no stipulations on borders, nothing that will give a character to the Palestinian state. Every single peace agreement made by the PLO and the subsequent Palestinian Authority is but a sell-out of the Palestinian cause. The Palestinian did not make any substantial territorial gain out of these agreements and yet Israel continue to expropriate more land, build more jewish settlements and carved up large swath of land for Israeli security purposes by building the separation wall. No person of the right mind would agree to such lopsided agreements that only serve to strengthen Israeli grip on the occupied territories.
In conclusion, Mr. Carter, your unfailing commitment to find a peaceful solution to the Palestinian problem is looked upon in high regard. However you have fallen short of what it takes to bring a just and viable peace in Palestine. Peace comes at a price, and that is justice and fairness.
In Islam we are guided by the principle espoused by the Quran – ‘Be just for it is closer to Godliness’
Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE
(Palestine Centre of Excellence)
Thursday, June 18, 2009
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI ISU SERANGAN DI MASJID AL-FURQAN, SELATAN THAILAND
JIM mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang melakukan jenayah keji tersebut dan sesiapa juga yang mendalanginya. Kejadian ini adalah yang terkini dalam rentetan tragedi yang menimpa penduduk Islam di selatan Thailand. Peristiwa ini amat malang kerana pembunuhan yang berlaku di Masjid Krisek (Krue se) dan di Tak Bai yang membabitkan pasukan keselamatan Thailand masih segar di dalam ingatan.
JIM merakamkan rasa kecewa dengan pihak Kerajaan Thailand yang dilihat sebagai kurang serius dan tidak bersegera di dalam menyelesaikan isu ini. Tindakan pihak berkuasa menuduh kumpulan pemisah Islam di belakang pembunuhan di masjid al Furqan adalah sangat tidak bertanggungjawab. JIM mendesak agar penyiasatan yang sewajarnya dan terperinci dilakukan segera untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan. Tuduhan tanpa bukti yang dilemparkan kepada kumpulan pemisah Islam hanya akan memudaratkan keadaan. Tindakan sebegini dikhuatiri akan menambahkan perasaan marah penduduk Islam yang amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Thai terhadap peristiwa serangan di Masjid Krisek dan Tak Bai. Mahkamah Thailand telah memutuskan bahawa pasukan keselamatan Thai tidak boleh dikenakan sebarang tindakan sedangkan beberapa badan Hak Asasi Manusia mengesahkan tindakan kejam pasukan keselamatan Thai mendera para tahanan dengan menyusun mereka secara bertindih di dalam trak menjadi punca kepada kematian 86 penduduk Islam. Tuduhan terkini pihak kerajaan Thailand pastinya mengundang rasa curiga terhadap pasukan keselamatan sebagai dalang di dalam pembunuhan di masjid al Furqan.
JIM ingin mengingatkan kerajaan Thailand agar bersikap serius dan bersegera di dalam mencari jalan penyelesaian yang adil, berkekalan dan saksama untuk memulihkan keamanan di kawasan yang bergolak ini. Ketidakstabilan di Selatan Thai telah mengakibatkan warga Thai samada penduduk Islam dan Buddha menerima natijahnya. Rasa tidak puas hati, curiga-mencurigai boleh menimbulkan ketegangan yang membawa keadaan huru-hara di kalangan rakyat.
JIM khuatir keadaan yang tidak stabil ini boleh menjurus kepada perang saudara dan rusuhan kaum. Senario ini tidak menguntungkan semua pihak dan boleh menjerumuskan wilayah Selatan yang bersempadan dengan Malaysia kepada suasana konflik yang boleh menjejaskan kedua-dua negara yang berjiran.
Oleh itu, JIM sekali lagi mengulangi desakan agar kerajaan Thailand mengambil langkah proaktif untuk menjalankan siasatan yang adil dan telus ke atas tragedi pembunuhan di masjid al-Furqan, mengenal pasti mereka yang melakukan jenayah keji tersebut dan membawa mereka ke muka pengadilan untuk dijatuhkan hukuman yang sewajarnya.
IR. HJ. ZAIRULSHAHFUDDIN ZAINAL ABIDIN
Naib Presiden
Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa
Thursday, May 14, 2009
KENYATAAN MEDIA - KARNIVAL HARMONI 2009
KENYATAAN MEDIA - KARNIVAL HARMONI 2009 ANJURAN PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM), JAWATANKUASA DAKWAH, HIDAYAH CENTRE PADA PADA 13 MEI 2009.
KEHARMONIAN KAUM DAN SIFAT SALING MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN MELALUI USAHA DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM.
Keharmonian dan kerukunan hidup dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia merupakan suatu nikmat yang amat besar. Ianya perlu dipandang serius oleh semua pihak ,sebagai tunjang kekuatan dan kestabilan negara. Keharmonian hanya akan tercapai jika wujudnya sifat saling faham memahami antara satu sama lain terutamanya bagi sesebuah negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang maju, makmur dan progresif. Pengiktirafan perlembagaan negara kita bahawa Islam adalah agama persekutuan adalah suatu hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap individu kerana ia adalah asas penting dan tonggak pembentukan negara ini yang telah terbukti berkesan menjamin kerukunan dan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Karnival Harmoni 2009 adalah satu program yang berbentuk menyeluruh secara konseptual –Karnival ini merupakan Karnival Dakwah yang julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM)
Karnival ini berlandaskan konsep keharmonian kerana ia bersesuaian dengan kata dasar Islam itu sendiri iaitu ‘salam’ atau sejahtera dan selamat. Islam menyeru kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan juga akhirat. Proses penyeruan dan ajakan inilah yang dinamakan ‘dakwah’. Dakwah juga bermaksud menyeru dan mengajak setiap manusia ke jalan Allah yang menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Dakwah dijalan Allah perlu disebarluaskan sebaik mungkin agar lebih ramai umat manusia memahami serta merasai nikmat Islam yang harmoni, indah dan adil. Nikmat kerukunan dan kestabilan dalam Islam telah memupuk masyarakat Malaysia menerajui hakikat kehidupan yang syumul,yakni lengkap dan menyeluruh .
Pada hari ini,masih terdapat jurang yang sangat ketara dari segi kefahaman terhadap Islam diantara umat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan adalah ciri-ciri khas Malaysia yang perlu dikongsi dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Usaha yang lebih gigih dan kreatif perlu diterapkan untuk merapatkan jurang perbezaan ini.
Pengiktirafan, penerapan dan perlaksanaan unsur-unsur syariah Islam yang adil dan saksama di Malaysia harus dikongsi bersama agar ia bukan sahaja menjadi agenda umat Islam sahaja tetapi ia juga dapat difahami,diterima serta mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini, sama ada dari kalangan orang Islam dan bukan Islam. Hanya melalui usaha yang bersungguh-sungguh dalam perkongsian maklumat dan pengalaman yang jelas sahaja, cita-cita ini akan tercapai dan terlaksana.
Karnival Harmoni 2009 bertujuan menyemarakkan lagi agenda keharmonian masyarakat Malaysia yang berbagai kaum, bangsa dan agama. Karnival Harmoni 2009 cuba mewujudkan suasana dakwah dan kefahaman asas-asas Islam secara meriah, kreatif, interaktif, santai dalam kepelbagaian kaum dibawah satu bumbung pada masa yang sama yang mudah difahami oleh orang ramai terutamanya masyarakat bukan Islam.Corak perjalanan Karnival ini akan menimbulkan kefahaman yang jelas dan menyerlah. Segala bentuk tanggapan negatif , konservatif dan salah faham terhadap Islam akan dapat dihapuskan .Kejernihan serta keunggulan Islam agama sejagat akan direalisasikan dalam karnival ini melalui program dan aturcara yang telah disusun rapi .Harapan dan matlamat kami agar usaha dakwah ini akan diberkati Allah dan berjaya mencapai objektifnya.
Kami dengan ini mengajak semua pihak termasuk pihak media agar bersama-sama JIM-Hidayah Centre memainkan peranan menyeru menjayakan dan memeriahkan lagi program Karnival Harmoni 2009 ini. Kami mengalu-alukan segenap lapisan masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam di sekitar Lembah kelang, bersama ahli keluarga,rakan taulan dan jiran tetangga, beramai-ramai datang mengunjungi Karnival Harmoni 2009 ini.
Sedikit maklumat mengenai program tersebut:
Tarikh Program Karnival Harmoni : 22 – 24 Mei 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Tempat : Aras G, Concourse Summit USJ Subang Jaya
Masuk adalah Percuma
Program-Program menarik:
Pameran dan Jualan,persembahan tarian singa, pertunjukan seni mempertahankan diri silambam, gendang masyarakat India,tarian pelbagai bangsa Arab, nasyid, forum, pertandingan melukis kanak-kanak, cabutan bertuah dan banyak lagi. Agenda penuh disertakan bersama.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
- Pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669
- Tuan Haji Muhamad Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre ( 019 3335549)
- En Nashiruddin Mohd Tahir, Pengarah Karnival Harmoni 2009 (019-3850732)
Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.
NASHIRUDDIN MOHD TAHIR
Pengarah Program
Karnival harmoni 2009.
Saturday, May 9, 2009
KENYATAAN MEDIA HARI IBU, 10 Mei 2009
KENYATAAN MEDIA
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Sempena Sambutan Hari Ibu 2009
8 Mei 2009
PERANAN IBU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BEBAS JENAYAH DAN GEJALA SOSIAL
Perutusan media Wanita JIM sempena Hari Ibu 2009 didahulukan dengan rakaman ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang ibu yang menjadi korban jenayah ragut dalam minggu ini, iaitu arwah Jamilah Selamat, 31 tahun dari Air Hitam Johor, Saripah Mohd. Nor, 33 tahun dari Ketereh Kelantan dan ibu warga emas, Tom Salleh yang berusia 86 tahun dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mereka bertiga menjadi mangsa peragut bermotosikal yang kejam dan tidak mempunyai pertimbangan perikemanusiaan. Apa yang lebih menyayatkan hati, kedua ibu muda tersebut juga didapati sedang hamil. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Ilahi, sementara keluarga terbabit didoakan terus tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi pemergian bonda mereka yang selama ini menjadi tonggak kasih sayang keluarga.
Apa yang nyata, jenayah ragut semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk tanahair. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bulan lalu, jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes pada bulan Januari hingga April, berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. 50% dari kes ragut ini dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang perlu mendapatkan wang untuk bekalan dadah harian mereka, di samping faktor pengangguran akibat kemelesetan ekonomi.
Dalam masa yang sama, ribuan para ibu di Malaysia hari ini, sebenarnya telah, sedang dan akan terus menumpahkan airmata kesedihan, menangisi anak-anak kesayangan mereka yang terbabit secara langsung dalam jenayah dan gejala sosial yang melambangkan keruntuhan akhlak, nilai dan moral segelintir generasi muda hari ini. Masyarakat amnya hanya cenderung menuding jari menyalahkan ibu dan bapa yang dikatakan gagal mendidik anak-anak menjadi manusia berguna. Para ibu yang malang ini juga sentiasa tertanya-tanya, di manakah kesilapan mereka mendidik anak-anak ini, yang asalnya ibarat kain yang putih bersih. Entah bila dan bagaimana anak yang dibesarkan itu berubah menjadi agen perosak masyarakat yang mengancam ketenteraman dan kesejahteraan orang lain!
Wanita JIM akur sesungguhnya tiada penyelesaian simplistik dan jawapan yang mudah kepada permasalahan yang kompleks ini, yang dicetuskan oleh pelbagai faktor yang saling berkaitan. Namun hakikatnya, perubahan struktur keluarga moden dan pegangan nilai yang menjadi batu asas institusi kekeluargaan hari ini, sememangnya mempunyai kesan yang amat ketara kepada perkembangan anak-anak generasi muda Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pembabitan ibu ke dalam sektor kerjaya di luar rumah sebenarnya mengurangkan peruntukan masa, tenaga dan emosi para ibu untuk menguruskan keluarga dan rumahtangganya. Dari menjadi ibu yang sepenuh masa berada di rumah memberikan tumpuan kepada keluarga, ibu bekerjaya kini perlu pintar mencari ruangan masa berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga. Walaupun kebanyakan ibu bekerjaya begitu komited terhadap keperluan dan tuntutan keluarganya, mahu tidak mahu tanggungjawab memikul amanah di tempat kerja sering men`curi’ tumpuan dan me`misah’kan wanita dari keluarganya. Anak-anak di pelbagai peringkat usia pula sentiasa memerlukan bimbingan yang khusus untuk menjamin pertumbuhan jasmani, minda, emosi dan spiritual yang sihat.
Perkembangan mutakhir mengenai gejala sosial dan jenayah yang membabitkan khususnya generasi muda hari ini, menjadi pencetus kepada lima (5) penegasan Wanita JIM seperti yang disenaraikan di bawah :
1. Ibu bekerjaya mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran tinggi menguruskan keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembangunan jatidiri setiap ahli keluarga terutamanya dalam membuat keputusan yang bijak mengenai kehidupan. Kerjaya tidak boleh dijadikan liabiliti, malahan mesti menjadi kekuatan utama ibu (dan juga bapa) dalam mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan kepintaran menguruskan kepelbagaian dalam menempuh cabaran hidup berkeluarga.
2. Ibu bekerjaya mestilah mendapat sokongan dan dokongan utama dari suami yang tidak lagi sepatutnya berada di takuk peranan sterotaip yang tradisional. Suami kepada seorang isteri yang bekerjaya harus mampu memainkan peranan aktif dan berkesan dalam membangunkan keluarga bersama-sama. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Bagi ibu tunggal yang bekerjaya, sokongan ahli keluarga dan jiran tetangga mestilah mampu dijana bagi menjamin pertumbuhan keluarga yang sihat.
3. Ibu dan bapa digesa memberikan sepenuh penekanan ke atas pembinaan sahsiah dalaman anak-anak melalui penerapan nilai spiritual yang tinggi dan mantap, bermula dari dalam rahim sehinggalah mereka mencecah usia muda belia. Kecerdasan emosi dan kekuatan rohani telah terbukti menjadi perisai paling kukuh untuk membentengi manusia dari terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan.
4. Para majikan mestilah sentiasa peka dan responsif terhadap tanggungjawab yang perlu dipikul oleh para ibu dalam membangunkan keluarga mereka, bukan semata-mata memberikan penekanan kepada produktiviti organisasi sahaja. Majikan yang menjaga kebajikan pekerja mereka, khususnya yang berkaitan dengan keluarga, akan diganjari dengan komitmen dan kesetiaan yang tinggi di kalangan pekerja yang seterusnya membuahkan produktiviti dan daya saing yang tinggi.
5. Barisan kepimpinan yang baru mengambil alih pucuk pimpinan negara, diseru memberikan keutamaan paling tinggi kepada usaha menangani gejala sosial dan jenayah yang semakin meruncing. Usaha yang serius, bersepadu dan konsisten membenteras permasalahan kronik ini hingga ke akar umbinya, mestilah dimulakan di peringkat tertinggi dalam pentadbiran negara, agar segala polisi dan peraturan yang dibentuk selaras dan sejajar dengan nilai kepentingan institusi kekeluargaan. Pendek kata, sebarang polisi yang menyumbang kepada penghakisan nilai dan moral, serta boleh memberikan pengaruh negatif kepada keluarga mestilah digantikan dengan polisi yang lebih bersifat mengawal dan mengekalkan keutuhan keluarga.
Ayuh segera letakkan keutamaan kepada institusi kekeluargaan sebelum terlambat! Sudah terlalu banyak indikator atau petunjuk dalam masyarakat kita hari ini yang membayangkan institusi kekeluargaan sebenarnya berada di ambang bahaya dan terancam.
Sempena Hari Ibu 2009, ayuh pastikan keluarga tidak akan kehilangan wanitanya dan wanita juga tidak akan mensia-siakan penghormatan menjadi tonggak keluarganya sebagai satu anugerah yang amat berharga dari Allah SWT!
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita JIM Pusat 2007-2009
012-3243134
