Islah & Wanita Gemilang

Showing posts with label mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label mutiara kata. Show all posts

Monday, May 24, 2010

UBAT HATI

Ibrahim Al-Khawas R.A
“ Sesungguhnya UBAT HATI itu ada lima perkara maka ubatilah hati kamu dgn lima perkara tersebut...
Pertama,bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya...
Kedua,mengosongkan perut dri terlalu kenyang...
Ketiga,bangun(beribadat) di waktu malam...
Keempat,menghampirkan diri kpda Allah (beribadat) disepertiga malam dan...
Kelima,sentiasa bersama-sama di dlm majlis orang-orang yg soleh”

.

Thursday, February 25, 2010

~ Kekuatan rohani adalah sesuatu yang amat utama dalam mendepani segala usaha perjuangan. Hubungan mantap dengan Allah adalah satu kekuatan jiwa ampuh seorang pejuang.~

Wednesday, November 4, 2009

we can't afford to be sick...


"we can't afford to be sick...da'ie kalau tidak sihat, nanti banyak kerja kita berhutang =)"


Abdullah Omar, Presiden KARISMA, quoting pcik mcik...

Tuesday, September 29, 2009

Dunia ini sebagai medan pelaburan..

"Dunia ni bertindak sebagai medan pelaburan utk kita menjadi seorang hamba yg intrinsic value or market value nya tinggi di sisi Penciptanya.
Kata Ali ra "Org yg cerdik itu adalah org yg sentiasa beringat tentang mati" kerna bila kita selalu ingat mati, maka kita ada semangat luarbiasa utk perform yg terbaik utk setiap amalan yg kita lakukan..."

Abu Dzar Azme

Friday, September 25, 2009

Begitulah kita..........

"Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dgn semua situasi ini. Ia meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yg sedang diancam bahaya. Sebuah bangsa yg sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini,"



"Sebuah bangsa yg sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah bangsa yg sedang memikul tangungjawab spt tangungjawab kita ini, bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dgn ubat pelali atau bergantung kpd impian impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu mempersediakan diri untuk mengharungi perjuangan yg panjang dan sengit. Pertembungan haq dan batil, antara berguna dan tidak, antara pemilik dan perampas, antara org yg mengikut arus dan menongkah arus, antara orang ikhlas dan orang yg khianat."




"Bangsa ini perlu memahami bahawa jihad bererti bersusah payah, dan bersusah bererti berpenat lelah. Jihad bererti berakhir masa untuk berehat kecuali setelah selesai perjuangan ini. Pada esoknya baru mrk boleh bergembira"



Dari buku Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah (kajian berdasarkan gagasan Imam Al Banna) - Prof Dr Abdul Hamid Ghazali

Saturday, September 5, 2009

3 keluarga



Kita ada 3 keluarga besar selain keluarga dlm rumah kita.

  • keluarga besar kita sendiri.
  • keluarga di office
  • keluarga dalam jamaah.
ramai org ada 2 keluarga sahaja.

tapi 2 keluarga itu tak sama dgn keluarga jamaah dari segi komitmen & kekuatan
keluarga jamaah lagi kuat kerana ikatan ukhuwah & ikatan perjuangan.

konsep 3 keluarga ini perlu diterang dan diterapkan pada anak anak kita.

Salam Perjuangan
hamdy

Saturday, August 29, 2009

Mari maniskan aidilfitri kali ini

" Mari maniskan aidilfitri kali ini dgn melakukan perkara extra pada ramadhan kali ini. Anak anak merasa manis aidilfitri kerana baju baru dan duit raya mereka. Kita yang telah dewasa, merasa manis aidilfitri kerana kepuasan dan kesyukuran dapat melakukan perkara extra pada hari hari ramadhan."

~ HAMDY ~

Thursday, August 20, 2009

Ujian dijalan Da'wah


Kata2 Ustaz Alias Osman dalam satu tamrin ikhwah UIA tahu 1992
"ana tak percaya antum hinggalah antum berumah tangga dan memasuki alam pekerjaan".

Itulah dua tahap ujian utama penerusan jalan dakwah. Ramai yang gugur dan meninggalkan jalan dakwah selepas berumah tangga, dan ramai juga yang gugur selepas memasuki alam pekerjaan
~ Rusydi Abdullah.

Friday, July 17, 2009

Ya Allah....

"Ya Allah. Jauhkan lah diri kami, anak-anak kami, saudara mara kami, sahabat-sahabat kami yang kami kasihi dari menjadi mangsa manusia-manusia berhati serigala."

Hafidzi MN

Tuesday, June 2, 2009

qoutable qoutes on courage



'Courage is doing what you are afraid of. There is no courage if you are not scared'


dikongsi oleh HMN, dipetik dari 'Dogfights'

Thursday, May 21, 2009

TUGAS YANG PERLU DILAKSANAKAN

" Walaupun setiap orang mempunyai tugas atau kerja yang perlu dilaksanakan, perlu juga melihat tugas dan tanggungjawab kita sebagai Da'ie, satu tugas yang perlu dilaksanakan tanpa alasan"
Dr Othman , PACE Kelantan