Islah & Wanita Gemilang

Wednesday, May 6, 2009

SIDANG MEDIA GMI 4 Mei 09


KUALA LUMPUR, Isnin 4 Mei- Satu sidang media anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berlangsung pada 11 pagi tadi di Chinese Assembly Hall. Kenyataan yang dikeluarkan oleh GMI hari ini merupakan hebahan kepada acara debat ISA bertajuk ‘ISA: Halal atau Haram’ yang bakal berlangsung pada hari Sabtu 9hb Mei ini di Dewan Sivik, Petaling Jaya.

Menurut Nalini.E, salah seorang barisan seketariat GMI, buat julung kalinya debat ISA ini diadakan antara MGI dengan Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) sebagai satu ruang perdebatan yang sehat kepada masyarakat Malaysia. GMI sebagai pihak penganjur memulakan inisiatif ini selepas beberapa kenyataan menyokong pelaksanaan ISA yang dikeluarkan oleh PEWARIS, sebuah NGO gabungan, dilihat bertentangan dengan prinsip GMI yang juga bertentangan dengan pegangan Islam.

Pada tarikh 25hb April yang lalu, GMI telah menghantar jemputan kepada PEWARIS untuk turut serta dalam acara debat ini. Justeru itu, satu perbincangan akan diadakan antara GMI dengan PEWARIS pada esok hari bagi menentukan perjalanan debat yang bakal diadakan Sabtu ini. Namun demikian, wakil dari PEWARIS masih belum diputuskan lagi manakala wakil dari pihak GMI adalah YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang, yang merupakan salah seorang bekas tahanan ISA.

Cikgu Norlaila yang merupakan aktivis GMI menyatakan bahawa GMI telah mengeluarkan senarai 20 dalil dari prinsip-prinsip Islam yang membantah pelaksanaan ISA di Malaysia. “Namun, ISA masih dilihat relevan kepada beberapa golongan Muslim jadi kami ingin mendapatkan hujah dari pihak PEWARIS mengapa mereka melihat ISA sebagai selari dengan prinsip Islam” katanya ketika sidang media tadi.

Pihak GMI turut mengalukan kehadiran semua lapisan masyarakat Malaysia dan juga pihak media ke acara debat ‘ISA: Halal atau Haram’ pada pukul 3 petang hari Sabtu ini bagi mendapatkan informasi serta penilaian yang benar kepada isu ISA.

Bagi mendapatkan berita bergambar, layari www.jim.org.my

Sekian, wassalam

Khadijah Azman
Pegawai Eksekutif Komunikasi Korporat
Ibu Pejabat JIM



Tuesday, May 5, 2009

SWINE FLU UPDATE 5 Mei 09

Latest map by WHO on the current cases of confirmed cases of Influenza A (H1N1)



.


AHLAN WASAHLAN

Warga JIM AJ mengalu-alukan perpindahan keluarga du'at ke daerah kami!
Moga bertambah meriah & lebih rancak usaha-usaha pengIslahan masyarakat dengan kehadiran tenaga & semangat muda ini!


Ahlan wasahlan
Akh URWAH SAARI & ukht NAHDIA ARIFFIN!


beserta 2 cahayamata comel,
MARWAN 'ABID (4)
& MARYAM HANA (2)


sekarang menetap di
D-10-1, KONDOMINIUM VILLA DUTA, JALAN MULIA 2/1, BUKIT ANTARABANGSA

Ikhwah akhawat berdekatan bolehlah ziarah meraikan perpindahan mereka.....


Moga Bahagia...... 2 Mei 09


TAHNIAH & Selamat menerima menantu pada akh Syed Zakaria & ukht Aiza !
TAHNIAH pada anakanda Syed Uzair yang telah
selamat di ijabkabul pada 2 Mei 2009.



Warga JIM AJ mendoakan agar BAHAGIA KEAKHIR HAYAT, insyaAllah.



Barakallahu lakuma, wa baraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fil khayr.

terimalah pantun dari pak cik Othman!

Bila dua hati terjalin bersama,
Selamat Pengantin Baru kami ucapkan,
Moga kekal bahgia bersama selamanya,
Anak yang soleh itulah harapan.


Sunday, May 3, 2009

Friday, May 1, 2009

IFTAR & DAKWAH 30 April 2009

Alhamdulillah & jzkk atas kehadiran ikhwah akhawat & keluarga ke Iftar Keluarga semalam, khamis 30 April, menutup tirai April 2009.

Sesungguhnya masa tidak menunggu kita,andai tidak dimenfaatkan sepenuhnya masa & peluang yang ada, alangkah ruginya kita.

  • Alhamdulillah, kutipan sumbangan Palestin RM 753.65 . Moga diterima Allah dengan ganjaran infaq fisabilillah . Teruskan menyumbang demi membantu saudara2 & anak2 kita dibumi suci Palestin.
  • Seperti yang dijanjikan, inilah ‘rupa’ buku yang disarankan agar kita membacanya, sebagai menambah ilmu untuk turun ke medan menunaikan tanggungjawab kita berdakwah dalam masyarakat majmuk.
Tajuk: Fiqah Berinteraksi dgn Non-Muslim
Penulis: Mohammad Nidzam Abd kadir
Penerbit: Telaga Biru
Boleh didapati di MPH dengan harga RM20

  • Berdakwah itu tanggungjawab setiap yang mengaku Muslim, kita tidak terkecuali. Mari kita mulakan/teruskan langkah dengan sama2 terlibat dalam KARNIVAL HARMONI pada 22-24 Mei 2009. Peluang sudah terbuka, jangan kita menjadi antara mereka yang rugi kerana tidak merebutnya. Daftar DIRI & KELUARGA antum segera! Jadikan ini aktiviti keluarga! moga Allah berkati & bertambah bahagia bait muslim yang kita semua idamkan.
  • Sebagai persediaan - JKD tidak akan membiarkan kita terjun secara sembrono - mari dengar tips berdakwah pada non-muslims.
Tarikh: SABTU, 9 Mei 2009
Masa: 2.30 pm – 5 pm
Tempat : PK
J

Moga kita lebih bersedia & tidak lagi gentar..


antara yang hadir

"ikhwah akhawat, berdakwah tu tak lah susah sangat....."


YDP JIM AJ, Akh Syed Saleh menyampaikan cenderahati pada akh Johannes Lukas atas kesudian berkongsi pengalaman. JZKK