Islah & Wanita Gemilang

Thursday, February 25, 2010

Sistem pendidikan punca isu silang gender

Berita Harian
25 Feb 2010

SILANG gender semakin hangat diperkatakan ketika isu menara gading dipenuhi pelajar perempuan, belum selesai. Baru-baru ini, Cuepacs menyuarakan kebimbangan sektor awam yang semakin dimonopoli penjawat awam wanita mengganggu kelancaran khidmat penyampaian maklumat selain memberi kesan kepada masyarakat dan negara.


Susulan isu ini tidak nafikan akan diwujud kuota bagi mengimbangkan nisbah lelaki dan perempuan sama ada untuk merebut tiket ke pusat pengajian tinggi atau menempatkan diri dalam sektor awam terutama kerjaya profesional.


Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma-Jim) sebagai gerakan mahasiswa kontemporari yakin akan timbul pelbagai persoalan. Apakah kemajuan yang dicapai wanita menjadi kesalahan, atau adakah usaha mereka yang positif sehingga berada di hadapan menjadi sesuatu yang ganjil? Sedangkan suatu ketika dulu martabat wanita sangat rendah sehingga muncul syiar Islam yang mengangkat kaum ibu ini ke darjat lebih tinggi untuk diberi hak dan keadilan.


Jelas tiada salahnya mereka tetapi muncul kebimbangan apabila sebahagian besar pemudi memenuhi institusi pengajian tinggi (IPT), manakala pemuda ramai di pusat serenti, penjara dan aktif dalam pelbagai gejala termasuk jenayah jalanan.


Ketidakseimbangan yang terhasil dibimbangi kritikal kerana jurangnya kian jauh. Contoh, nisbah lelaki dan perempuan dalam sistem akademik di IPT ataupun kerjaya profesional secara purata adalah 30:70.


Secara relatif dan logik, apabila corak aliran sebegini bermula di IPT maka bidang profesional juga mengalami masalah serupa kerana mahasiswa inilah yang melangkah ke sektor pekerjaan selepas tamat pengajian.

Karisma-Jim berpendapat, sistem pendidikan yang mencatur gaya hidup pembelajaran masyarakat. Sistem pendidikan berorientasi peperiksaan dan hafalan jelas memberi kelebihan kepada pelajar wanita.


Ini bukan tuduhan atau kecaman tetapi perlu dikaji secara ilmiah kerana kelebihan psikologi dan kekuatan gender masing-masing.


Pakar motivasi silang jantina dan kekeluargaan, Ahmad Shafiai Uda Jaafar, tidak menafikan secara fitrah wanita mempunyai tahap tumbesaran dan kematangan lebih pantas berbanding lelaki. Malah perkembangan biologi wanita juga lebih cepat matang berbanding lelaki. Kekuatan emosi dan kelebihan dalam memberikan fokus menjadikan mereka lebih selesa dengan sukatan pelajaran di sekolah mahupun universiti yang berorientasi peperiksaan.


Fitrah wanita majoritinya lebih fokus, kebolehan menghafal dan ada kekuatan dalam subjek teori.

Ini berbeza dengan lelaki kerana dari segi biologi dan emosi jarang berdepan dengan buku atau pendekatan teori kerana majoritinya secara fitrah lebih berminat dengan aktiviti praktikal yang boleh membabitkan kekuatan fizikal atau mencabar untuk membuktikan sifat mereka.


Mungkin pendekatan sekolah teknik, vokasional, politeknik, universiti teknikal serta lain-lain yang bercorak aplikasi dan hands-on adalah langkah yang boleh dikenal pasti kerajaan dalam membantu menghadapi situasi sekarang.


Kajian secara serius perlu dilakukan dengan digembleng kepakaran setiap organisasi atau individu untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berhubung isu silang jantina ini. Karisma-Jim sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk berkongsi idea dan input bagi mencadangkan penyelesaian.

AL AMIN MOHAMED SULTAN,
Karisma-Jim.

~ Kekuatan rohani adalah sesuatu yang amat utama dalam mendepani segala usaha perjuangan. Hubungan mantap dengan Allah adalah satu kekuatan jiwa ampuh seorang pejuang.~

KLINIK BOWLING BELIA


bersama
Persatuan Tenpin Bowling Kuala Lumpur
 
13 Mac 2010 (Sabtu)
8.30am - 2pm
Flamingo Bowl Centre, Ampang
 
Yuran? RM20 sahaja!!
Penyertaan terhad kepada 50 penyertaan terawal sahaja!!
 
Anjuran:
Kelab Belia JIM (KBJ)
Daerah Ampang Jaya
 
Hubungi:
Idris Mohamad (016-2936523)
Nabilah Fikriah (019-3314755)
Adlan Khalidi (013-6288054)
Shazali Hussein (012-5088164)

WANITA KUASAI SEKTOR AWAM: ADAKAH IANYA SESUATU YANG MEMBIMBANGKAN?

KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
24 Februari 2010


1.0       Peningkatan wanita dalam menjawat jawatan tinggi merupakan satu fenomena global yang bukan hanya berlaku di negara ini sahaja. Ianya menggambarkan polisi pendidikan negara telah berjaya mendapat respon serta kesan yang positif dalam kalangan kaum wanita. WJIM menjangkakan penglibatan wanita dalam sektor awam khususnya akan terus meningkat. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil bagi membuat penyesuaian terhadap sistem bekerja sedia ada dengan memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan pekerja wanita bagi menghadapi perubahan ini.

2.0       Di samping itu, adalah juga lebih utama bagi pihak Cuepacs mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan penglibatan kaum lelaki dalam sektor awam dan membincangkan langkah positif bagaimana ianya harus ditangani. Mengurangkan secara paksa atau mengekang penglibatan wanita bukan merupakan cara penyelesaiannya.

3.0       Dari sudut pandangan Islam, walaupun hukum mencari nafkah itu tidak wajib ke atas wanita, Islam tidak melarang wanita untuk terlibat dalam apa jua bidang pekerjaan yang boleh menyumbang kepada kepakaran dan keperluan sesuatu masyarakat selagi mana ianya berada dalam landasan syariah.

4.0       Wanita yang ingin terlibat di dalam sektor pekerjaan perlulah memastikan :
-          pekerjaan yang dilakukan itu adalah halal dari sudut syarak;
-          dapat menjaga dan mematuhi adab islami; dan
-          tanggungjawab asas seorang wanita tidak terabai.
Walaubagaimana pun, WJIM juga tidak menafikan bahawa penglibatan wanita dalam pekerjaan luar rumah juga telah banyak memberi kesan kepada institusi keluarga.

5.0       Selaras dengan itu, WJIM menyarankan beberapa perkara berikut dikaji dan diberi perhatian perlaksanaanya oleh semua pihak dalam menghadapi fenomena ini iaitu :

5.1             Wanita yang bekerja perlu bijak memilih bidang pekerjaan yang diceburi, sesuai dengan fitrah dan meletakkan keutamaan pada tempat yang betul. Tanggungjawab wanita dalam institusi keluarga perlu diutamakan dan ianya perlu disokong oleh semua ahli keluarga terutamanya para suami.
5.2             Majikan mewujudkan suasana kerja yang membolehkan semua pekerja sama ada lelaki mahupun wanita mencapai keseimbangan di antara kerjaya dan keluarga (work life balance).
5.3             Mewujudkan budaya kerja yang anjal bagi membolehkan pekerja mengurus urusan kerja dan urusan peribadi dengan lebih baik dan seterusnya melahirkan suasana kerja yang lebih positif dan produktif.
5.4             Pengukuran kepada produktiviti pekerja dibuat berdasarkan sistem penanda aras yang betul. Dengan itu kekangan kepada pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin tidak sepatutnya menjejaskan prestasi pekerja.
5.5             Membuat kajian perbandingan dengan negara yang mengutamakan kebajikan pekerja wanita dan hubung kaitnya kepada pembangunan keluarga dan produktiviti di tempat kerja.
5.6             Ceupacs selaku badan yang mewakili golongan pekerja (lelaki dan wanita) memainkan peranan memperjuangkan kebajikan pekerja wanita yang antara lain memerlukan kepada persekitaran tempat kerja yang lebih selamat, kemudahan tempat penjagaan anak di tempat kerja dan waktu kerja yang anjal bagi membolehkan wanita bekerja dalam suasana yang sejahtera, keluarga terjaga dan akhirnya akan menghasilkan produktiviti yang tinggi.

6.0       Kaum wanita merupakan separuh daripada masyarakat yang mendidik separuh masyarakat yang lain. Apabila kebajikan wanita terjaga maka keseluruhan masyarakat akan turut terjaga. Dengan itu, sumbangan kepakaran kaum wanita dalam proses pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara akan menjadi lebih bermakna.



CHE ASMAH IBRAHIM
Ketua Wanita  
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
24 Februari 2010

Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum,

“NOBODY TOLD US ABOUT ISLAM”

Itulah kalimah yg sering kita dengar dari saudara2 baru kita. Mereka bertahun-tahun tinggal bersama kita tetapi tiada siapa yg bercerita tentang Allah. Mereka dapat petunjuk Allah bukan dari usaha kita tetapi dari usaha mereka sendiri. Dimana peranan kita untuk mengembangkan ajaran Allah? Kita punya jiran non-Muslim. Pernahkah kita ajak kepada Allah?

Kita punya rakan sekerja, supplier, contractor, guru, murid…. Pernahkan kita berbicara tentang Allah dengan mereka? Malah kalimah ALLAH sedang hangat dibincankan. Pernahkah kita berbincang dengan mereka?

Apakah kita tidak yakin dengan kewajipan berdakwah? ……
Tidaaaak….. Kan dah melalui usrah2. Kan dah memahami apa erti saya menganuti Islam…. Cuma…. Takde kesempatan nak dakwah. Kawan Cina saya ni sangat rajin orangnya. Selalu saja sibuk dengan bisnesnya. Belum ada peluang nak sembang2.
Terutamanya sesuatu yang serius begini.

Nah…. Kini telah datang satu peluang keemasan. Satu hari yang orang2 Cina tidak akan marah kalau kita ajak mereka makan . Malah mereka akan bangga kalau mereka dijemput. Dihari itu ada tarian singa…. Dung….dung……dung…. Chee. Pasti sahabat kita tu tersenyum dengan gelagat makhluk tu. It’s going to be a very noisy affair.
Dan sambil haiwan comel beristirehat kita ada penyampaian dari Imam Ma Qing Guan. Juga tidak
ketinggalan pesanan dari Dr Fuad Yeoh. Dan tak lupa juga ada ANG POW disamping makanan Cina halalan thoiyyiban…. Kita juga akan member risalah2 dakwah ringan kepada mereka.

Ketahuilah saudara2. Orang2 Cina maukan agama yang memimpin
kearah hidup yang beretika. Didepan mata kita 10% dari mereka sudah masuk Kristian.
Mereka tertunggu2 ajakan kita. Tetapi siapa yang menyapa. Ayuh. Bangun dan sampaikanlah.

Apa lagi yang ditunggu?
Sila telepon/sms ke
Joannes Lukas (+60133040834) atau email nursaifullah2020@yahoo.com

Berikan komitment saudara/i yang anda akan hadhir bersama rakan Cina anda.

p.s.
Tarikh & masa : Ahad 28/2/2010, 12noon – 3pm,
Tempat:             Restoran Mohd Chan Abdullah, 
                         60 Jln Negara, Tmn Melawati, KL.

Aturcara:
1200 Tetamu mula tiba. Buffet dibuka
1215 Singa comel mula meloncat-loncat, gendang dipalu
1230 Ceramah Imam Ma Qing Guan “Islam in China”
1300 Cabutan bertuah, ANG POW
1315 Singa comel meloncat kembali
1330 Ceramah Dr Fuad Yeoh “Muslim Chinese in Malaysia”
1400 Cabutan bertuah, ANG POW
1415 Singa comel meloncat kembali
1430 Last call for buffet
1500 Bersurai, Gong Xi Fa Cai

Wassalamualaikum

Kasim Ali
Mobile: +6019 3789770

Tuesday, February 23, 2010

WACANA INTELEKTUAL "ISU SEBAT"


Tarikh
26.02.2010 (Jumaat malam Sabtu)

Masa
8.00 mlm - 11.00 mlm

Tempat
Dewan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak
(Bertentangan bangunan Kompleks JIM)

Panelis-panelisnya ialah :

a) Tuan Haji Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)
b) Tuan Haji Ust. Alias Othman (Penceramah bebas)
c) Dr. Us Zulfakar Ramlee (Pensyarah UIA)
d) Tuan Haji Nicholas Sylvester (Pengerusi JK Dakwah JIM)


Semua dijemput hadir........

Siapa pewaris sebenar bumi Palestin




Tarikh:                 18 Februari 2010
Masa:                   Selepas solat maghrib (7.45mlm-9.00mlm)
Pameran & jualan: 6.45ptg-10.30mlm.
Tempat:               Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Penceramah :       Tn.Hj.Shahool Hameed - Felo Kanan PACE
Anjuran:               Masjid Al-Mardhiyah & JIM Ampang Jaya.

Pameran & jualan buku2 diadakan di persekitaran lobi Masjid,pemasangan 6 set "bunting" yang memaparkan Aktiviti serta misi PACE. Perlakuan kezaliman rejim zionis serta pengepungan terbesar diPalestin menarik ramai pengunjung Masjid pada petang tersebut. Sambil menunggu waktu solat maghrib mereka asyik membaca & melihat gambar-gambar ini.

Ceramah " Siapa pewaris sebenar bumi Palestin" dimulai dengan penumpuan kepada fakta2 dari Al-Quran, Bible & sejarah. Sejarah Nabi Ibrahim as yang berasal dari UR,Mesapotamia (Iraq) diperjelaskan dengan terperinci dengan fakta2 penghijrahan baginda ke bumi yang diberkati (Palestin ) sebagai memenuhi seruan dakwah yang diperintah Allah swt.
Nabi Ibrahim a.s serta keturunannya yang menerokai sejarah peradaban bumi suci ini termaktub didalam Al-Quran. Salsilah keturunan baginda yang mulia ini dari Nabi Yakob (pengembara malam) maka lahirlah "Bani Israel" .
Seterusnya kisah Nabi Yusuf a.s sehingga ke Nabi Musa a.s yang menentang kezaliman Firaun" diperincikan .Kisah kedegilan & keangkuhan Bani Israel yang banyak terdapat didalam al-Quran adalah bukti nyata bahawa mereka bukanlah lagi bangsa terpilih.

Sekali lagi dengan takdir Allah semasa zaman Nabi Daud as yang agung baginda membangun semula Bani Israel yang diterajui pula oleh anaknya Nabi Sulaiman as. Kisah para nabi & rasul ini juga termaktub didalam kitab BIble perjanjian lama, bab Genesis dan versi yang sama mereka orang kristian mempercayai sejarah bumi Palestin adalah milik orang Islam.Sehingga
ke zaman Nabi Muhammad saw. Bani Isreal masih menunjukkan kedegilan & kejahatan mereka.
Kisah Saidina Umar Al Khatab yang berjaya menawan kembali bumi Palestin juga jelas membuktikan dalam kitab Kristian bahawa mereka hanya menyerahkan kunci kota suci Baitul Maqdis kepada pemimpin Islam . Perjanjian antara Saidina Umar & pemerintah Rom (sopranus) masih termaktub sehingga kini , bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf umat
Islam sehingga kiamat.Kejatuhan khilafah Uthmaniyyah serta perancangan jahat pihak British telah menyebabkan Bumi suci ini dirampas secara sistematik.

Jemaah amat menghayati sejarah penting ini.Mereka mahukan lebih dari masa yang telah diberikan.
Sejarah ini amat panjang & terperinci yang ringkasannya tidak mungkin dapat menggambarkan keseluruhan perkongsian.

Diakhir majlis,Nazir Masjid. Dr.Ahmad Sharifuddin telah memberikan laluan sesi soal-jawab. Beberapa soalan penting telah diajukan kepada penceramah.

Alhamdulillah Pameran & jualan juga mendapat sambutan dari hadirin & hadirat.

Jumlah derma pada malam tersebut sebanyak RM 1,563.00 telah diserahkan kepada tabung Palestin PACE oleh Nazir Masjid, Dr.Ahmad.

Terima Kasih pada pihak Masjid AlMardhiyah. Semoga usahasama ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang dalam usaha menyebarkan syiar Islam - memberi kesedaran tentang tanggungjawab kita terhadap bumi suci Palestin khusunya.

Semoga segala usaha diberkati Allah.


Noorazian Anidin.
PACE.