Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, September 8, 2009

AKHIRNYA BONDA ADNAN ABDULLAH MEMELUK AGAMA ISLAM

Assalamu'alaikum wbt

Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera. Sedikit perkongsian dibulan yang penuh berkat ini. Semuga bermanfaat.

Jumaat 3:30ptg 14Ramadhan 1430H di sebuah Kondominium Pandan Height, Pandan Perdana, rasmilah Dr Jayamala, ibu kepada Adnan Abdullah, memeluk agama Islam. "Ashaduallaha illallah, Washadunna Muhammadar Rasulullah. I bear witness that there is no God except Allah. I bear witness that Muhammad is the messenger of Allah" Allahu Akbar Allahu Abar Allahu Akbar!!!

Dr Jaya mengikuti dengan penuh faham bait-bait dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh sahabat saya Abu Sahir. Abu Sahir, merupakan seorang Arab Libya pelajar PhD UKM Bangi. menetap satu kondominium dengan saya di Kondominium Kojaya, Ampang. Beliau bersama-sama saya serta beberapa sahabat lagi menjalankan usaha da'wah di kalangan masyarakat bukan Islam di kondominium ini yang 50% nya bukan Islam dan foreigners. Beliau sangat teruja apabila saya menjemput Sdr Lim Jooi Soon dan Sdr Zusuff Kan ke surau kami menyampaikan tazkirah da'wah dan kepentingannya kira-kira 2 bulan lepas.

Tiba-tiba Abu Sahir menangis teresak-esak. Saya mengurut urut bahu beliau bagi mententeramkan hati beliau yang sayu. Majlis disaksikan oleh Sdr Adnan, Sdr Idris Muhammad, Sdr Shahool Hameed, Adik Muhammad Abu Sahir serta saya sendiri. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah swt untuk menjadi salah seorang yang menyaksikan peristiwa yang penting ini.

Dr Jaya memilih nama Aisyah, isteri Rasulullah yang sangat besar peranannya dalam kehidupan baginda. Seusai majlis syahadah, saya memanjatkan doa, memanjatkan syukur, bermunajat kepada yang maha Agung. Tidak sedar mata saya berkaca. Air mata mengalir tak tertahan. Saya juga berasa begitu sayu apabila menyaksikan seorang hamba Allah yang mencari kebenaran akhirnya bertemu juga dalam usia lanjut.

Ibu Aisyah berusia 62 tahun. Mempunyai 3 orang anak. Anak pertama beliau Adnan, memeluk
Islam pada 21hb Ogos yang lalu. Adnan memainkan peranan penting dalam keluarga kerana beliau terpaksa menanggung semua keperluan keluarga. Beliau juga terpaksa berhenti daripada belajar dalam bidang undang-undang di sebuah kolej swasta kerana memberi laluan kepada adik perempuan beliau Asha melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ukraine.


Adnan seorang anak yang bertanggung jawab serta sangat mengambil berat kesihatan ibunya. Semuga Allah kurniakan Adnan jannatul Firdaus. Buat masa ini Adnan bekerja sebagai Chief Security Supervisor di Ampang. Syarikat RL Kawalan Pro Sdn Bhd yang saya menjadi pengurus cawangannya.

Ibu Aisyah sangat beruntung. Segala dosa-dosanya Allah ampunkan. Bukan saja diampunkan Allah segala dosa-dosanya Allah convert menjadi pahala. Segala kebaikan yang beliau lakukan sebelum ini Allah carry forward pula. Apatah lagi beliau memeluk Islam di bulan Ramadhan. Kebaikannya Allah jua yang maha mengetahui. Maka ibu Aisyah merupakan manusia paling bersih dari dosa dan paling banyak kebaikannya. Kami meminta ibu Aisyah mendoakan kebaikan kepada kami pula. Oh Allah, forgive us and show us the right path. Oh Allah, grant all of us your heaven. Ameen. Ucap ibu Aisyah diaminkan oleh kami pula.

Semalam, Isnin 17 Ramadhan 1430, kami meraikan ibu Aisyah sekeluarga di surau Kondominium Kojaya. Alhamdulillah ramai yang hadir sekitar 30 orang. Para hadirin mengucapkan tahniah dan memberi hadiah kepada Aisyah. JazakiLlaha khairan kepada isteri saya Dr Badiah yang bermua'yashah dengan Aisyah. Serta beberapa sisters dari Saudi, Libya, Bangladesh dan Malaysia. Kami menganggap beliau sebagai ibu kami sendiri.

Semalam juga, kali pertama dalam kehidupan Aisyah solat Maghrib, Isya' dan Tarawikh berjamaah. Setelah selesai solat, saya menjemput imam, Abu Abdul Rahman Al Hafiz dan Abu Abu Bakar menyampaikan sedikit tazkirah. Mereka berdua adalah pelajar postgraduate PhD Islamic Finance dan International Relation, UIA Gombak. Berasal daripada Nigeria. Mereka mengalu-alukan kedatangan Aisyah sekeluarga dalam keluarga besar ini. Mereka menekankan aqidah tauhid yang sejahtera serta menerangkan rukun Islam yang lima kepada para jamaah.

Ketika menghantar Aisyah sekeluarga ke kereta, saya berpesan agar mereka mendoakan kebaikan untuk semua yang hadir. Semuga Allah permudahkan segala urusan ibu Aisyah. Mohon akhawat Ampang Jaya bantu membimbing ibu Aisyah kejalan yang lurus. InsyaAllah usaha ini tidak sukar kerana ibu Aisyah sudah mengkaji agama Islam, Hindu, Kristian dan Confucius sejak sekian lama. Beliau memeluk Islam atas kesedaran dan kefahaman Islam sebagai agama sebenar. Saya telah menghadiahkan beberapa buku dan Al-Quran terjemahan kepada ibu Aisyah sebelum ini. Sedikit sebanyak membantu beliau memahami deen ini.

Alhamdulillah Adnan telah mula melakukan da'wah dikalangan maysrakat India. Semalam, beliau berda'wah kepada security officer di kondo kami. Beliau jugalah yang menggalakkan ibunya memeluk agama Islam. Dengan sedikit bimbingan dari saya. InsyaAllah, kalau tidak ada aral beliau akan menyampaikan perkongsian

1. 8/9/09 5pm Title: Journey to The right Path @ UIA Gombak, Admin IT 2

Organiser: Intelectual Youth Club, UIA

2. 11/9/09 5pm Title: Motivational Talk To The New Reverts @ UKM Bangi

Organiser: Jabatan Agama Islam Selangor

Mohon ikhwah/akhwat yang berhampiran hadir memberi sokongan.

Ibu Aisyah boleh dihubungi di
019-3769485. Silalah telefon atau sms sebagai tanda ukhuwah Islamiah. Ibu Aisyah akan menjadi ahli JIM Ampang Jaya kerana tertarik dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh jamaah yang kita kasihi ini.

Next da'wah mission, adik Adnan bernama Given . Doakan kejayaan misi kami. Sebarang sumbangan/zakat sangat dialu-alukan. Sila hubungi Sdr Wan Ahmad Nizar 012-3052505 atau saya sendiri 012-2454674.

"Ya Allah terimalah keIslaman Aisyah serta Adnan. Bukakanlah pintu hati Givan serta Atsiah untuk cahayaMu. Tunjukilah mereka jalan yang lurus. Lapangkanlah kehidupan mereka. Murahkanlah rezeki mereka. Masukkan mereka dikalangan hambaMu yang bertaqwa."

Zun Arif Hakim
JKD JIM Ampang Jaya
Pengerusi Surau Kojaya

“Ya Allah berikanlah hidayahmu kepada Given. Mudahkan dia untuk memahami, menerima dan akhirnya menyakini kebenaran agamaMU melalui perantaraan lidah hamba-hambaMU yang ikhlas dalam menyampaikan risalah ini. Berikan juga kemantapan iman, kepetahan bicara, kekuatan semangat serta istiqomah yang berkekalan kepada tentera-tenteraMU yang akan menemui Given. Permudahkan semua urusan mereka dan semoga semua usaha ini membawa kepada kebaikan dan rahmatMU. Ameen” - RH


No comments:

Post a Comment