Islah & Wanita Gemilang

Wednesday, September 9, 2009

Tazkirah 19 Ramadhan: Ramadan Mangajar Kita Menghargai Masa

Pejam celik, pejam celik, kita kini telah beransur-ansur menuju 10 Ramadan yang terakhir. Dalam sedar, kita memahami betapa Allah menjadikan Ramadan itu bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan.

Nabi saw. bersabda,

“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu
syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!’”


Salman Al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di penghujung bulan Syaaban dengan sabdanya,

“Wahai manusia, sungguh telah menaungi kamu bulan agung yang diberkati, bulan yang padanya Lailatul Qadar, bulan yang dijadikan puasa padanya adalah fardhu, dan qiamullail dimalamnya sunat……hingga akhir”.

Namun begitu adakah kita berjaya mencapai atau mendapat manafaat seperti yang dinyatakan? Sesungguhnya sesuatu yang hebat itu adalah mahal harganya. Masing-masing dengan ujian masing-masing. Walaupun nampak mudah tetapi hakikatnya hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Sesetengah nya diberi kelapangan masa dan kesihatan untuk beribadah. Ada yang berjaya dan ada disebaliknya. Sesetengah nya diuji dengan pelbagai ujian yang menjadikannya tidak berkesempatan untuk menumpukan kepada amalan terutama di 10 akhir Ramadhan. Ada sesetengah nya terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang tak habis habis, ada yang diuji dengan masalah kehidupan yang mengganggu tumpuan ibadah, ada yang diuji dengan sakit yang tak memungkinkan beribadah, ada yang mendapat musibah dikalangan keluarga terdekat dan lain-lainnya. Seterusnya ada yang terpaksa berjuang dilapangan jihad bagi mempertahankan diri, tanah air atau agama.

Hanya diri sendiri yang mengetahui ujian yang terpaksa ditempuhi dan setakat mana pula telah tercapai apa apa yang dinyatakan dalam kelebihan bulan Ramadan ini. Bagi membantu menganalisa sebahagian dari kesan Ramadan terhadap diri sendiri dari sudut masa, cuba kita nilai diri kita masing-masing tentang masa kita. Ini adalah kerana “masa adalah kehidupan” iaitu suatu yang amat penting bagi kehidupan kita samada dunia atau akhirat. Sebarang perubahan positif terhadap masa akan “menambahkan lagi umur amal solih”kita .

Antara Ujian masa (bagaimana sikap kita terhadap masa) yang patut dicapai hasil dari Ramadan:

1. Merasakan sentiasa terikat dengan masa. Ungkapan “masa itu emas” amat bermakna bagi saya.

2. Sehubungan dengan itu, saya menganggap jam sebagai teman baik saya

3. Berusaha mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Bagi saya, orang yang suka membazir waktu ialah orang yang rugi

4. Berasa gelisah jika kerja yang dirancang belum selesai

5. Saya akan berfikir berulang kali sebelum membuat sebarang keputusan

6. Saya akan mengkaji kesan tindakan saya terhadap orang lain

Semuga di perjalanan kehidupan ini, kita sentiasa peka dengan masa.. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita menghargai masa dengan cara yang selayaknya yang menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang beruntung.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”.

Sekian, wassalam

Oleh:
Hj Zulkarnain Mohd Ghazali
TYDP JDB


No comments:

Post a Comment