RAMADHAN
Zaharatullaili bt Md Diah
Diriwayatkan bahawa puasa itu pada mulanya diwajibkan 3 hari pada setiap bulan sejak zaman Nabi Nuh a.s. hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian pada tahun 2 Hijrah, Allah mansuhkan amalan ini dan nasakhkan puasa sebulan dalam Ramadhan.
Dari Muadz bin Jabal :
“Telah berubah solat dan puasa dalam tiga hal;
SOLAT:
1. Nabi solat menghadap Baitul Maqdis selama 17 bulan ketika di Madinah. Kemudian Allah memerintahkan Nabi menghadap Baitul Haram.
2. Pada mulanya, seruan solat dibuat secara mulut ke mulut sehingga sahabat hampir2 menggunakan kantungan atau loceng. Tiba-tiba Abdullah bin Zaid datang kepada Rasulullah dan menceritakan mimpinya melihat seorang berbaju hijau menghadap qiblat dan melaungkan kalimah-kalimah azan dan iqamah. Rasulullah menyuruhnya mengajar kalimah-kalimah tersebut kepada Bilal bin Rabah untuk dilaungkan setiap kali masuk waktu solat. Apabila Umar mendengar kalimah azan tersebut, beliau terus meluru ke Rasulullah dan mengatakan dia juga bermimpi dengan mimpi yang sama.
3. Ketika solat, Rasulullah telah memulakan dahulu dan terdapat beberapa orang yang sampai lewat. Mereka bertanyakan bilangan rakaat yang Nabi sudah kerjakan. Maka mereka solat beberapa rakaat yang tertinggal dan terus mengikuti Rasulullah. Tetapi Muadz terus mengikuti Rasulullah dan menambah rakaat beliau selepas baginda memberi salam. Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya Muadz telah memberi contoh kepadamu, maka demikianlah kalian harus buat,”
PUASA:
1. Ketika Nabi saw telah hijrah ke Madinah, beliau berpuasa setiap bulan selama 3 hari dan hari Asyura. Kemudian turun ayat yag mewajibkan puasa di bulan Ramadhan. Namun ayat di bawah ini mengharuskan kepada orang yang tidak berpuasa supaya membayar fidyah.
وعلى الذين يطيقونه فدية
“....dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya membayar fidyah...”
2. Kemudian Allah turunkan ayat 185 yang maksudnya orang mukmin yang sihat wajib berpuasa sepenuh ramadhan.
فمن شهد منكم الشهر فليصمه
“...kerana itu barangsiapa diantara kamu yang hadir di bulan itu, hendaklah ia berpuasa...”
3. Turunnya ayat 187 merupakan izin dari Allah dan keringanan bagi apa yang terjadi pada permulaan Islam. Pada mulanya orang yang berbuka puasa hanya boleh makan minum dan jima’ sehingga isya’ atau tidur, maka apabila telah solat isya’ atau tidur, haram bagi mereka makan, minum dan jima’ hingga malam keesokan.
...وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الجيط الأبيض من الجيط الأسود من الفجر...
“ Makan dan minumlah sehingga nyata bagimu perbezaan dari benang putih dan benang hitam…”
HIKMAH BERPUASA
1. Allah sendiri yang akan memberi ganjaran di atas pengorbanan hambanya berlapar dan berdahaga dan sebagainya semata-mata untuk mendapat redhanya.
2. Perut yg lapar dapat mengawal dan mendidik nafsu syahwat yang melampau.
3. Perut yg lapar adalah asas kebijaksanaan.
4. Terlalu banyak makan dan minum membuat hati gelap dan buta seperti keadaan terlalu banyak air disiram ke atas pokok akan mematikannya.
5. Organ-organ penghadaman memerlukan rehat seperti tanah yg dibiarkan setahun sebelum diusahakan semula atau seperti seseorang yang berganda keupayaannya setelah berehat atau tidur.
6. Menyama-ratakan taraf antara semua lapisan masyarakat kerana masing-masing menderita kelaparan.
7. Waktu beribadah akan bertambah kerana tidak perlu menggunakan masa untuk penyediaan makan dan minum
TURUNNYA AL-QURAN
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن...
“ Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran"
1. Kitab-kitab Allah diturunkan di bulan Ramadhan:
• Suhuf Ibrahim diturunkan pada malam pertama di bulan Ramadhan.
• Taurat diturunkan pada hari ke-6 di bulan Ramadhan.
• Injil diturunkan pada 13 Ramadhan
• Ayat Quran pertama diturunkan pada 17 Ramadhan
2. Al-Quran diturunkan sekaligus di Baitil Izzah pada langit dunia pada malam Lailatur Qadr. Kemudian diturunkan bertahap-tahap sehingga selesai 23 tahun kepada Rasulullah menurut keadaan yang diperlukan.
3. Adapun kitab-kitab lain diturunkan sekaligus kepada nabi-nabi lain.
SAHUR
Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
1. “Bersahurlah sesunguhnya di dalam sahur itu keberkatan”
2. “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur"
3. “Sesungguhnya yang membezakan antara puasa kami dan puasa ahli kitab ialah sahur”
Bersahur dapat memulakan proses metabolism badan dan sebaliknya tidak bersahur membantutkan metabolism badan.
LAILATUL QADAR
إنا انزلناه فى ليلة القدالقدر
“Sesungguhnya Kami turunkannya di malam Al-Qadar"
Maksud Al-Qadar
1. Mulia
• Kerana diturunkan kitab yang mulia (Quran) di malam itu
• Kerana Allah menyatakan pada malam itu lebih baik dari 1,000 bulan yang lain
2. Sempit
• Kerana bumi menjadi sempit dengan turunnya semua malaikat langit mengisi ruang-ruang di bumi
3. Ketentuan atau Takdir
• Kerana takdir manusia untuk 1 tahun ditentukan pada malam itu.
• Takdir معلق - boleh berubah dengan doa
مبرام - tidak boleh diubah selamanya
(contoh : mohon hidup untuk selamanya)
ليلة القدر خير من الفى شهر
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1,000 bulan”
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t seorang laki-laki dari Bani Israil yang memakai senjata dan berjihad selama 1,000 bulan, dan pada malamnya beribadat sehingga ke fajar. Melihat keadaan itu, Rasulullah s.a.w menjadi risau akan umatnya yang tidak akan capai darjat itu, memandangkan umur umatnya sahaja tidak sepanjang itu. Lalu Rasulullah s.a.w merintih kepada Allah s.w.t :
يا لله امتى امتى
Maka Allah turunkan ayat ini sebagai pemberian pada umat Muhammad.
KEAMPUNAN
Orang yang tidak diberi keampunan pada bulan Ramadhan selagi mereka berterusan dalam keadaan demikian:
1. Penagih Arak
2. Anak yang melukai hati kedua ibubapa
3.Pemutus silaturrahim
4.Pendendam, pengungkit, pemarah.......
I’TIKAF
Aishah r.a berkata Rasulullah beri’tikaf pada malam-malam sepuluh yang akhir bulan Ramadhan sehingga wafat. Kemudian dilanjutkan amalan itu oleh isteri-isterinya.
(Bukhari dan Muslim)
Waktu i’tikaf:
1. Bermula dari solat subuh hingga solat subuh keesokan harinya.
2. Selepas solat maghrib hingga solat subuh keesokan harinya.
Rujukan
1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Al-Hadis (Jilid 3), Al-Haj Maulana Fazlul Karim
No comments:
Post a Comment