Antara yang perlu diberi perhatian adalah dari segi pakaian anak isteri. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
“Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu adalah supaya mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang yang beriman) agar mereka tidak diganggu lelaki yang jahat. sesugguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a bahawa Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah nabi dengan berpakaian nipis, kemudian Nabi memalingkan mukanya sambil bersabda:
“Hai Asma’! sesungguhnya perempuan apabila sudah baligh tidak patut menampakkan badannya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan tapak tangan dan mukanya).”
Islam mengajar umatnya memelihara kesucian, bukan sahaja kesucian hati (iman) tetapi juga kesucian zahir termasuk cara umatnya berpakaian, sebagai pencegahan kepada gejala-gejala buruk seperti rogol, zina, hamil tanpa nikah dsb
Wanita Islam yang sudah baligh diwajibkan memelihara aurat mereka sebagaimana yang di jelaskan Al-Quran dan Al Hadis.
Sebagai panduan dalam memilih pakaian ( & tudung);
- hendaklah longgar dan tidak sempit/ketat sehingga menampakkan bentuk badan atau susuk tubuh.
- tidak nipis hingga menampakkan bayangan tubuh/leher dari luar.
- tidak menarik perhatian lelaki sama ada terbelah atau terdedah. Warna & fesyen juga perlu diambil kira
- tidak menyerupai pakaian lelaki, juga pakaian wanita musyrik dan kafir yang menjolok mata
Biasakanlah anak-anak menutup aurat mereka sejak kecil kerana seksaan Allah janjikan kepada mereka yang mendedahkan aurat adalah sangat berat.
Marilah kita bimbing ahli keluarga kita menjadi ahli syurga, biiznillah.
No comments:
Post a Comment