Islah & Wanita Gemilang

Wednesday, September 16, 2009

Kini tibalah giliran Jeeven....

Assalamu'alaikum wbt

Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera. Sedikit perkongsian dibulan yang penuh berkat ini. Semuga bermanfaat.

Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, Adnan dan ibunya, Ibu Aisyah telah dengan rasminya memeluk agama Islam. Adnan memeluk Islam pada 20 August 2009. Ibunya memeluk Islam pada 4 Sept 2009. Kini tibalah pula masa adik Adnan bernama Jeeven memeluk agama fitrah ini. Berkat usaha dan doa daripada antum juga. Dan pastinya Adnan yang menunjukkan suri teladan perubahan yang baik kepada adiknya.

Setelah memeluk agama Islam Adnan sentiasa mengucup dahi ibunya sebelum dan selepas kembali dari kerja. Ini adalah pesanan Abu Salim kepada Adnan untuk menjaga ibunya yang telah uzur.

Adnan telah beberapa kali membawa Jeeven ke program-program berbuka puasa. Samada anjuran JIM maupun Surau Kojaya. Di MIPHC 2009 di Putrajaya Sabtu lepas Jeeven membantu saya menjaga booth Palestin. Menjual t-shirt boikot Israel dan lain-lain barangan COMPLETE. Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana ikram yang ditunjukkan oleh ikhwah JIM Ampang Jaya serta sahabat-sahabat AJK Surau Kojaya banyak membantu.

Ahad malam lepas, saya berkesempatan mengajak Adnan sekeluarga berbuka puasa di SRIAAKL. Majlis anjuran JIMAJ dan PIBG SRIAAKL. Selesai solat Maghrib, saya bertemu Ibu Aisyah dan Jeeven. Welcome to the big muslim family. These are the family whom will take care of you. Jeeven tersenyum sahaja. Adnan dan ibuya menerima RM500 masing masing sumbangan JIM Ampang Jaya dan PIBG. Alhamdulillah sumbangan ini banyak membantu mereka.

Setelah selesai solat Tarawih, Adnan membawa keluarganya ke Kodominium Kojaya, melawat tapak Club House yang saya dapat kontrak operasinya. Adnan bercadang untuk membuka gerai makanan India di club house berkenaan. Konsep club house ini adalah konsep food court. Ada 4 gerai dan 1 main kitchen dekendalikan oleh 5 penggerai. Ikhwah dan akhawat dijemput ke Club House kami menikmati pelbagai jenis masakan Melayu, masakan Arab, masakan China (Yahya Abdullah), masakan barat dan Idris satay. Untuk program HISYAJ 2009 (Himpunan Syawal JIM Ampang Jaya) saya dengan rasminya menawarkan tempat ini menjadi tempat perhimpunan bagi daerah ini. Okey Syed Zakaria, boleh kita bersetuju???

Jeeven berangan-angan sedang membuka gerai di Club House Kojaya. Walaupun masih belajar, beliau boleh menjaga pada hari cuti sekolah. Sebagai membantu menambah pendapatan keluarga. Doakan Allah murahkan rezeki Adnan sekeluarga bagi menyara kehidupan mereka. Doakan juga club house ini berjaya memberikan peluang perniagaan kepada saudara baru seIslam kita.

Kebetulan Bro Abu Salim (dieja sebagai Abu Sahir dalm tulisan saya yang lalu) berada di Kojaya selepas menghantar imam solat tarawikh, Abu Abu Bakar ke UIA. Beliau merupakan seorang Arab Libya yang ditangan nya ibu Aisyah mengucap dua kalimah syahadah. Abu Salim sangat baik hati. Walaupun perangai kasar Arabnya tidak dapat dipisahkan, namun akhlak Islam yang ditunjukkan oleh beliau sudah cukup memikat hati Jeeven.

I love you my brother. I want you to enter baradise (paradise) together with your mother and brother. On the 27th Ramadhan, bromise (promise) that you will enter Islam. Say Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.
Kata Abu Saleem dalam loghat Arabnya. Jeeven mengikuti kata kata Abu Salim. Abu Salim memeluk Jeeven sambil mulutya terkumat-kamit membaca doa semuga Allah melembutkan hati Jeeven untuk Islam.

InsyaAllah kami merancang mengadakan upacara pengIslaman Jeeven pada malam 27 Ramadhan ini (Rabu 16/9/2009). Saya dengan ini ingin menjemput ahli JIM Ampang Jaya khasnya untuk hadir bersama-sama menyaksikan detik bersejarah dalam kehidupan Jeeven. Majlis akan diadakan pada jam 6:00ptg di Surau Kojaya, Kondominium Kojaya, Jalan Memanda 11, Ampang. Berhampiran Ampang Puteri Medical Centre, bersebelahan dengan Taman Ahmad Razali. Juadah berbuka puasa akan disediakan.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Terasa Ramadhan tahun ini sangat banyak berbeza daripada Ramadhan-ramadhan yang lalu. Sudah pasti ianya lebih baik dan dipenuhi dengan kebaikan dan rahmat ILlahi. Tahun ini juga saya berjaya memujuk Adnan memeluk agama Islam. Dan Adnan menjalani ibadah puasa pertama kali dalam kehidupannya.

Sudah pasti tidak saya lupakan jasa Akhi Kamaruzaman dan Akhi Shahool Hameed yang datang jauh dari Bukit Beruntung. Beruntung lah antum kerana 100 bidadari menunggu antum di syurga. Masuknya Ibu Aisyah melalui Adnan, antum ada lagi 100 bidadari. Jeeven, lagi 100 bidadari. Bulan Ramadhan pulak tu mungkin Allah bagi antum 1000 bidadari….Hish tak terkata nikmatnya. Terbayang Akhi Kamaruzaman tersenyum menampakkan giginya yang putih melepak itu. Apapun, kita serahkan kepada Allah swt. Allah yang Maha Pemurah menentukannya. Yang penting usaha da’wah ini mesti kita lakukan. Ini yang Bro Lim Jooi Soon selalu sebut dalam ceramah-ceramah beliau, menjalankan perniagaan dengan Allah ini sangat mengguntungkan. Lantaran perniagaan ini menggunakan pelan pemasaran Unlimited Level Marketing. Pasti untung dan tak akan rugi selama-lamanya.

Mengikut Sdr Adnan, da’wah kepada masyarakat India ini tidak lah sesusah mana. Kerana, agama mereka sendiri adalah agama mitos yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Beliau selalu berkongsi pengalamannya sebelum memeluk Islam, beliau bertemu dengan bermacam-macam jenis dan rupa Tuhan. Konfius!!! Tetapi dalam Islam Tuhan hanya satu, Allah Azzawajalla. Allah juga Maha Mendengar rintihan hati hambaNya tanpa memerlukan perantaraan yang dibuat oleh tangan tangan manusia. Ini yang beliau sangat suka tentang deen Islam ini.

Tiada nikmat yang lebih utama dalam dunia ini kecuali nikmat Islam. Islam membezakan pengakhiran kehidupan manusia samada ke syurga atau neraka.

Ikhwah/akhawat, tidakkah kita mahu berkongsi nikmat Islam ini dengan mereka yang belum memperolehinya? Allah akan bertanya kita di akhirat kelak, sudahkah kita melakukan usaha-usaha da’wah ini. Di akhirat kelak, jiran tetangga, rakan taulan, yang berada dijurang neraka akan menuntut kepada Allah bahawa si polan bin polan tidak pernah mengajak aku kepada Islam. Maca mana aku ingin memeluk agama Islam?

Tiba tiba nama si polan itu adalah nama kita, ahli JIM pulak tu. Ketika itu tiada kata penyesalan yang boleh kita luahkan. Walau air mata darah yang keluar sekalipun, tidak dapat mengembalikan kita ke dunia yang fana ini. Saya amat berharap ahli-ahli JIM meletakkan KPI dalam hidup kita. 1 orang bukan Islam seumur hidup pun sudah memadai. Keluhan ini pernah disuarakan oleh Akhi Kamaruzaman dan Bro Lim Jooi Soon kepada saya. Maka saya kongsikan di sini. Sebagai peringatan sesama kita.

Maaf kalau ada yang terguris. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat.

Ya Allah Engkau masukkan kami di kalangan hambamu yang ikhlas melakukan da’wah kepada agamaMu. Kurniakan kami hikmah dalam melaksanakan da’wah ini. Permudahkan Sdr Jeeven menyebut namamu dan nabi Muhammad saw. Ameen Ya Rabbal A’alameen…..


Selamat menjejak Lailatul Qadr

Zun Arif Hakim
JKD JIM Ampang Jaya

No comments:

Post a Comment