Islah & Wanita Gemilang

Thursday, September 3, 2009

Persiapan menyambut Aidilfitri (2) - TAYAR KERETA



"kalau tukar dua tayar kereta, yang baru nak letak kat mana, depan atau belakang ?".


Jawapannya adalah belakang.

Jawapan ini mungkin kontradik dengan pendapat kebanyakan kedai menjual tayar

Berikut adalah beberapa panduan tentang 'Tayar Kereta' :

1. Always rotate your tyres secara cross. Sebaiknya setiap 10,000 km. kalau malas, rotate setiap 20,000 km.

2. Get the best tyre available. Itu sahaja benda, selebar tapak tangan yang in contact dengan jalan. Kalau nak beli spare part kereta local (bukan ori) tak apa sebab kalau rosak setakat kereta tak boleh jalan. Tapi tayar yang murah, galang gantinya adalah nyawa. Benda lain boleh jimat tapi bukan tayar. Ini bukan kira speeding seperti sebahagian sahabat kita yang bawa kereta macam pelesit tapi perkara keselamatan. Tayar yang mahal ada kandungan silicon (kalau tak silap). Ia bagus mencengkam untuk musim hujan.

3. Jangan beli tayar second hand. Umur tayar maksima 5 tahun. Lepas pada tarikh tu, buang tayar tu walaupun bunga masih baik, sebab dia ada minyak yang mencengkam semasa hujan. Saya sendiri terlanggar belakang kereta sebab tayar tak mencengkam bila hujan . Tayar tu dah lama dan ada retak-retak halus. Selalunya kat tayar ada ditulis empat angka dalam bulatan oval. 2308. Ini bermakna tayar ni dibuat pada minggu ke 23, tahun 2008. Kalau 1204 bermakna tayar tu dibuat pada minggu ke 12, tahun 2004. Tayar ni dah luput tarikh.

4. Setiap tayar direka mengikut kegunaannya, ada bunga lebar (utk speed dlm kering & tahan lama, tapi bising) dan ada yang berbunga halus (untuk hujan, senyap dan cepat habis). Ketahui jenis pemanduan anda dan tayar yang sesuai. Ada tayar keras, tahan lama; dan lembut, cepat habis. Tayar keras kalau boleh elakkan. Ia memang murah dan menjimatkan tapi kos jangka panjang sebenarnya merugikan sebabnya bila tayar keras; bearing, drive shaft dan absorber cepat rosak. Benda tu lagi mahal.

5. Setiap tayar ada TWI (tyre wear indicator), ada yang simbol dan ada tulisan TWI. Untuk keselamatan, jangan tunggu hingga dah sampai TWI. Minima 3mm sebelum TWI. Oleh itu kena tukar tayar tu walaupun nampak ada bunga lagi. Ini merbahaya sewaktu hujan. kalau brek, tak mencengkam. Kalau nak kedekut pun, biarlah benda lain. kalau sayang sangat kat tayar tu, elok bawa balik untuk buat tempat tanam bunga, macam kat kampung tu. Atau buat buaian.

6. Selalu tengok angin tayar. Bukan setahun sekali. Angin tu free, bukan kena bayar pun. Gunakan alat penyukat. Kebanyakkan stesen minyak, penyukatnya tak betul sebab jarang calibrate. Alat tu pun bukan mahal. Cari jenis PCL buatan England. Kalau pakai tengok dengan mata, kita tak tahu sebenar angin tayar. Ini merbahaya ketika hujan dan semasa selekoh. Ikut kadar yang dinyatakan, selalunya dipintu kenderaan. Angin berlebih pula, tak ada grip.

7. Selalu buat alignment/balancing. terutama sekali kereta baru beli. Alignment selalunya out. Proton selalu macam ni. Malah angin tayar pun tak dikurangkan semasa delivery. Depa selalu letak 45 psi kerana kereta nak disimpan kat padang. Ini kes juru jual pemalas. 35% tayar habis cepat jika alignment out.

8. Berhati-hati bila buat alignment/balancing kat kedai. Selalu dia akan kata camber lari dan kena pam. Ini kes menipu. Camber kereta payah nak lari terutama kereta baru. Benda tu memang fixed. Ini cara depa nak dapat duit lebih, buat kerja yang tak perlu.

8. Apabila anda memandu lebih dari 140km/jam, tekanan pada tayar adalah 7 kali ganda. Jadi pastikan tayar elok kalau nak jadi mat rempit. Kalau nak merempit juga, gunakan gas nitrogen sebagai ganti angin. Gas nitrogen tak kembang bila panas. Tak silap saya, satu tayar dikenakan RM5. Minta kat kedai tayar.

9. Tayar yang bocor bahagian tepi tak boleh tampal sebab mudah pecah. Tepi tayar lebih lembut. Kalau bocor tepi dan boleh tampal, gunakan sebagai spare sahaja. Tepi tayar juga mudah rosak jika kereta memanjat kerb secara mengiring. Kalau nak panjat kerb, pastikan attack tepat, bukan tepi tayar. Ini sama juga jika kita nak keluar dari bahu jalan yang lebih rendah. Kalau tepi tayar bergesel dgn bahu jalan, tepi tayar mudah koyak.

10. Kalau nak jalan jauh terutama balik raya, pastikan tayar spare ada angin dan periksa permukaan tayar kalau-kalau ada paku/besi dsbnya. Tayar ini dah bocor sebenarnya tetapi angin tak keluar sebab ada paku/besi.

11. Ketahui rating tayar, SR, HR, ZR dsbnya. Elakkan tayar jenis SR kerana itu tayar untuk pemanduan slow, e.g teksi bandar. Sekurang-kurangnya gunakan HR. Kalau kereta canggih dan boleh pecut sampai 200km/jam, baru gunakan tayar ZR sebab harganya mahal. Kalau setakat pergi balik kerja, tak perlu sampai ZR rating. Bab ni boleh kedekut sikit.

12. Mengikut statistik, 70% kemalangan berlaku semasa hujan. Kalau kira dari segi nisbah masa hujan dengan tak hujan, lebih dari 90% masa hujan.

13. Kecuaian memandu dan kereta yang tidak diselenggara dengan baik adalah punca utama kemalangan.

14. Elakkan berlumba dijalan raya. We don't need 2 idiots. Kalau kita memandu laju dan ada yang ajak berlumba, slowkan kereta. Tak payah tunjuk jaguh. Kalau nak pandu laju, keraeta baik, dan ada sebab, dipersilakan. Saman kena bayar sendiri. Itu cara polis Malaysia cari makan. Berlumba hanya memudahkan buat silap dan akibat kemalangan.

15. Apa itu "defensive driving"?. Apa itu "art of safe handling"? Kalau nak tahu, lain kali lah. Panjang sangat posting ni nanti.

16. Memandu semasa lapar terutama bulan puasa adalah merbahaya kerana terdapat 'micro sleep'. Kita terlena hanya sekejap tapi boleh sebabkan kemalangan. Bawa banyak berehat atau buka puasa - musafirkan? Banyak rehat kalau hanya seorang pemandu. Jangan kira nak cepat sampai. Takut nanti sampai terus ke kampung halaman di akhirat sana.

17. Ikut statistik kemalangan jalanraya. Ops Sikap Raya tahun lepas, hampir 16,000 kemalangan dan 225 maut. Ini lebih tinggi dari H1N1 untuk tempohmasa 2 minggu sahaja. Semua orang tak kesah pun. Oleh itu jangan jadikan anda sebahagian dari statistik Ops Sikap Tahun ini. Statistik lain boleh rujuk http://www.jkjr.gov.my/statistik.html


Kalau tak faham, eloklah belajar atau berhenti memandu! Ingat, kereta adalah ibarat senjata api yang mudah meragut nyawa. Ujian lesen dilakukan semasa memandu perlahan. Setakat ini masih belum lagi dikeluarkan lesen semasa memandu laju.

Mana-mana yang baik, boleh pakai. Mana yang tak baik, lupakan.

Pohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan masa lampau. Manalah tahu kalau dah ditakdirkan menjadi statistik tahun ini.

Selamat Memandu.

Wassalam
Norazmi Talib
Ahli JIM Serdang - di gelar sebagai "certified F1 Brother Driver".

1 comment: