Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, September 15, 2009

MENYAMPAIKAN AMANAH RAKYAT: SUMBANGAN USD100K KPD RABITAH ULAMA' PALESTIN, SYRIA , 14 Sept 2009

14hb Sept 2009 2:45pm, satu upacara ringkas penyerahan sumbangan sebanyak USD100,000 kepada Rabitah Ulama' Palestin telah diadakan di Kompleks JIM, Taman Melawati. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Tn Presiden Hj Zaid Kamaruddin, SUA Tn Hj Nahar Mohd Noor, Bendahari Tn Yacoob, Timb Pengerusi JKPA Pak Selamat, JKPA Sdr Nasir Tampol, JIMedia Wan Muhammad & Khadijah Azman, Fellow PACE Ukhti Noorazian Anadin & saya, selaku ko-ordinator.

Pihak Rabitah Ulama' Palestin diiringi rombongan tiga orang sahabat Haluan Palestin. Turut mengiringi Syeikh Abu Bakar adalah Syeikh Ahmad Ziad, Koordinator Bantuan Antarabangsa, Rabitah Ulama' Palestin. Terasa dekat sangat dengan Baitul Maqdis apabila bersama-sama ulama' Palestin yang berada di medan dan mengalami sendiri kezaliman tentera Israel. Kami juga telah menjemput Pengasas DCL Dato Stapa yang diwakili oleh En Azizul dan seorang lagi rakan beliau

Presiden dalam ucapan alu-aluannya menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh Rabitah Ulama' Palestin. "Kami akan melakukan apa sahaja bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestin atas dasar ukhuwah Islamiah. Disamping harta benda, doa juga mengiringi perjuangan kalian. Namun, kepedihan ini tidak dapat digarap kerana bahu yang memikul sudah tentu lebih berat daripada mata yang memandang."

Pihak DCL pula bersyukur kerana dapat membantu melalui PACE. Untuk makluman, DCL telah membuat kutipan dikalangan ahli perniagaannya sebanyak kira-kira RM430,000 dan telah diserahkan kepada PACE (mock ceknya) dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sumbangan yang diserahkan kepada wakil Rabitah Ulama' Palestin ini sebahagian besarnya daripada sumbangan DCL. Mereka sedang dalam usaha mendapatkan tax exemption dan akan bekerjasama dengan badan korporat lain untuk mengumpul lebih banyak dana lagi.

Syeikh Abu Bakar berasal dari Hebron Al-Khalil. Beliau telah dihalau keluar daripada bumi Palestin sejak tahun 1948 semasa penubuhan negara haram Israel ketika umurnya baru 9 tahun. Kini, berusia 71 tahun dan terpisah dengan keluarganya sejak 61 tahun yang lalu. Buat masa ini Syeikh Abu Bakar mengendalikan 500,000 pelarian Palestin di sebuah kem pelarian di Syria. Beliau juga pernah dipenjarakan di penjara Israel sebanyak 13 kali. Semasa di penjara beliau menjadi orang kanan kepada Syeikh Ahmad Yassin, pengasas pergerakan HAMAS.

"Kepada semua penyumbang saya ucapkan terima kasih. Allah tidak akan mengurangkan harta mereka yang berjihad di jalan Allah. Pernah suatu ketika, seorang hamba Allah menyumbangkan setiap bulan USD1000 kepada Rabitah Ulama' Palestin. Apabila kegawatan ekonomi, beliau telah menambah sumbangan bulanan nya kepada USD2000. Beliau berjaya melepasi krisis kewangan dan kini menjada seorang ahli perniagaan yang berjaya... " ujar beliau dalam ucapan ringkasnya.

Beliau juga menyatakan setiap bulan USD5 juta diperlukan bagi membaiki terowong yang rosak. Terowong yang dalamnya 60m dan panjangnya lebih 1,300km menjadi laluan utama bekalan makanan dan ubat-ubatan yang diagih-agihkan. Kesemua sumbangan ada rekodnya yang terperinci.
Dalam bidang pendidikan pula, mereka telah berjaya melahirkan ramai tahfidz. Pada tahun ini sahaja 15,000 anak-anak Palestin telah menjadi tahfidz dalam tempoh masa 2 bulan.

Akibat dari kekejaman tentera Israel, kedua-dua matanya telah buta. Namun ini tidak sedikitpun mengurangkan semangat beliau untuk terus berjihad.
Dalam ucapannya lagi, "Syukur kerana mata saya telah buta. Kedua-dua mata saya sedang menanti saya di syurga. Sekarang saya mesti bekerja kuat untuk menghantar seluruh anggota badan saya ke syurga.".

.Allahu Akbar!!! Begitulah kentalnya semangat dan tingginya keyakinan beliau.


Bagi pihak PACE, saya ucapkan jazakumuLlaha khairan kathira atas usaha-usaha yang dijalankan diperingkat daerah, negeri dan pusat yang memungkinkan PACE diberi kepercayaan oleh masyarakat.

Semasa menghantar rombongan pulang, Ustadz NorAzman, Pengerusi Haluan Palestin bersalaman dengan saya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada PACE. PACE is the best.....katanya. Saya tersenyum dan mengucapkan AlhamduliLlah. Ini berkat kerja amal jamaie. Saya juga ucapkan terima kasih kerana merekalah menjadi asbab PACE bertemu jaringan baru ini.

Freedom For Palestine!!!

Wassalam

Zun Arif Hakim
PACE Malaysia

No comments:

Post a Comment