Islah & Wanita Gemilang

Wednesday, September 30, 2009

CORAT- CORET MAD :)

Ramai yang tak datang MAD yang ada pemilihan semula barisan AJK. Memang “malang” bagi NGO hatta NGO dakwah & tarbiah seperti JIM, apabila jawatan-jawatan yang dipertandingkan tidak menjadi rebutan seperti dalam organisasi lain terutama organisasi politik yang sehinggakan sanggup bergaduh merebutkannya!

Yang berlaku adalah tawar menawar yang biasanya adalah tawaran supaya jawatan (kita kena baca sebagai … amanah) itu diberi kepada sesiapa sahaja dalam dunia ini kecuali kepada diri sendiri! Mungkinkah ini semua kerana sifat “tawadduk” kita yang tak bertempat. Kita sentiasa merasakan kita bukan calon sesuai untuk sebarang jawatan dalam jamaah kerana merasakan kurang mampu atau belum bersedia, sedangkan dalam masa yang sama kebanyakan golongan ini sedang meniti tebing yang tertinggi dalam carta organisasi ditempat kerja masing-masing.

Apakah kerumitan menganggotai barisan AJK JIM Daerah lebih besar berbanding mengetuai satu organisasi, satu jabatan, entity perniagaan, ketua fakulti & dekan?

Dalam salah satu MAD JIM ** beberapa tahun lalu semasa tiada pemilihan dilakukan, salah seorang akh yang pernah menjadi AJK beberapa tahun sebelumnya telah mengambil peranan yang aktif dalam perbincangan. Akhirnya beliau mengatakan bahawa tahun ini dia berani bersuara banyak kerana tiada pemilihan! :)

Takut terpilih menganggotai barisan AJK mungkin menjadi antara faktor utama yang menghalang ramai ahli dari menghadiri MAD.

Kita tidak boleh mencalonkan orang yang tidak hadir mesyuarat (melainkan telah terlebih dahulu mendapat keizinannya). Jadi jalan paling selamat untuk elakkan diri dari sebarang jawatan adalah dengan tidak menghadiri mesyuarat pemilihan!

Ada daerah membuat pencalonan tak rasmi melalui group2 usrah, perbincangan AJK disamping tawaran, pujukan dan kaunseling … lama sebelum MAD. Ia berlanjutan sehingga hampir tarikh MAD. Ahli-ahli kemudian dimaklumkan dan diminta hadir ke MAD untuk mengesahkan pencalonan dan seterusnya membuat pimilihan.. Kesannya baik kerana kehadiran ahli amat memberansangkan sehingga tak cukup buku laporan tahunan. Pokoknya ahli “rasa selamat” hadir kerana cabinet bayangan yang telah dipersetujui oleh barisan kepimpinan kawasan serta calon-calonnya telah dimaklumi. Pencalonan tetap dibuka semasa MAD sebagaimana lazimnya tetapi secara keseluruhan ianya melancarkan perjalanan MAD.

Cuba-cubalah. Dengan izin Allah, ramai ahli yang akan hadir kerana semua orang rasa selamat :)

RH

No comments:

Post a Comment