Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, August 4, 2009

Iftar & Ziarah Mahabbah Saudaraku di HC Ampang Jaya 03-08-09

Pihak JKD Ampang Jaya mengucapkan Jazakumullahu khair kepada HC Pusat atas sokongan padu. ...perkataan 'Jemu & Bosan" tidak wujud dalam kamus kalian,"letih & penat" jauh sekali...

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya "Iftar Sya'aban-HC Ampang Jaya" di No:22, lorong wangsa perkasa 3, Wangsa Melawati. Pengerusi JKD Ampang Jaya, Akh Wan Ahmad Nizar telah bersama-sama SB & bakal SB yang merasai pengalaman Berbuka puasa bersama Ahli.


Tazkirah ringkas disampaikan oleh Akh Mohd Yusry Mohd Yusop dari Perkim Ampang bagi memberikan semangat serta iltizam dalam mengharungi hidup sebagai seorang Islam yang baru.Mabruk! JKD Pusat & JKD JIM Ampang Jaya...& Terima kasih kepada Akh
Johan @ Joannes Lukas yang telah sudi menyediakan ayam goreng istimewa - Iftar Fried Chicken!...lain kali bolehlah goreng lagi!...

Wassalamu alaikum.


Nota: Iftar ini hanya untuk Ikhwah...al-maklum di HC Lelaki..
Saudara Baru Saudara Kita

sekian lapuran ringkas.
Noorazian anidin

JKD JIM AJ.


2009/8/3 yahya lukman <nursaifullah2020@yahoo.com>

Assalaamu'alaikum wrh wbt semua,

Ana sering doakan agar antum semua sihat wal'afiat bersama keluarga tercinta dan urusan harian. Al-maklumlah macam2 penyakit sedang merebak luas sekarang ini. Semoga Allah melindungi kita daripada musibah ini. Amin.

Insya'Allah pada Isnin ini, JK Dakwah & HC Ampang Jaya akan adakan iftar Sya'aban dan ziarah mahabbah kepada saudara2 baru (SB) kita di:

Tempat : HC Wangsa Melawati.
Tarikh : 03-08-09 (Isnin).
Masa : 06.30pm hingga 9.00pm.

Tujuan :
a) Untuk menjalin ukhuwah antara ahli JIM dan SB.
b) Untuk menyelami keperluan dan masalah yang dilalui oleh SB.
c) Untuk menyantuni, memberi sokongan dan galakan kepada SB dalam mengharungi hidup selaku Muslim.

Bagi mana2 ikhwah berdekatan Wangsa Melawati yang berkelapangan bolehlah datang untuk mengimarahkan suasana mahabbah. Juga tidak lupa, pada mana2 ikhwah yang dermawan ingin menyumbang sedikit sumbangan kewangan untuk program ini, bolehlah disalurkan kepada Hajah Norazian Anidin 012-2115749 atau Akh Zun Arif 012-2454674 atau Johan 013-3040834.

Jom santuni SB! Saudara Baru Saudara Kita.

Daripada:
Joannes Lukas,
Hidayah Centre JIM.

No comments:

Post a Comment