Islah & Wanita Gemilang

Monday, August 10, 2009

Rayuan Ramadhan 1430H: Dari meja Presiden JIM, Hj Zaid Kamaruddin

Di Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre bersama anak-anak saudara baru

Ramadhan Mubarak


Ramadan menjelma lagi. Bulan penuh barakah datang kembali. Allah masih memberi kesempatan kepada kita menumpang di bumiNya. Semoga kita bersedia untuk mengambil sepenuh menfaat dari bulan yang mulia ini. Lakukanlah apa sahaja untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat buat bekal untuk dibawa bertemu Allah.


Tahun ini JIM sekali lagi menganjurkan projek Rayuan Ramadan. Semoga ia memberi peluang untuk kita bersedekah, satu amalan yang amat digalakkan dalam bulan ini. Saban tahun sumbangan kita telah meninggalkan tanda ingatan yang mengikat kasih sesama umat seagama. Kita memberi mereka merasa. Alangkah nikmatnya mendapat santapan pada waktu kita kesusahan, dan dari saudara jauh yang tidak pernah ditemui?


Marilah kita mensyukuri rahmat dan pemberian Allah kepada kita dengan menyumbang kepada saudara-saudara kita yang diuji Allah dengan berbagai kesempitan. Agar usaha kita yang kecil ini membibitkan harapan dan dapat jua meringankan bebanan mereka.


Kita juga mendapat habuan. Bahagianya dapat membantu. Harta yang kita beri itu akan kita temui di sisi Allah. Selamat berlumba-lumba mengejar ganjaran Allah yang berlipat ganda sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.


Zaid Kamaruddin

Presiden JIM

No comments:

Post a Comment