Islah & Wanita Gemilang

Sunday, August 30, 2009

Majlis Penyerahan 300 kg Kurma kepada Wakil Islamic Community of Ho Chi Minh City Vietnam


TAMAN MELAWATI, 30 Ogos – Majlis penyerahan 300 kg kurma daripada JIM kepada Masyarakat Islam Vietnam telah disempurnakan oleh Presiden JIM, Hj Zaid Kamaruddin dan Ustaz Hj Abdul Rahman Ibrahim dari Madrasah Al-Nur Vietnam yang mewakili Islamic Community of Ho Chi Minh City di Pejabat Presiden JIM. Turut hadir dalam majlis ini ialah Sdra Abu Bakar (Warga Vietnam yang lama menetap di Kelang), Sdra Md Nasir Tampol (Penolong Pengurus JKPA) dan Sdra Wan Mohd Zukri Che Mat Zin AJK JKPA).


Pada Ramadhan 1429H yang lepas, 800 kg kurma dari pelbagai penaja termasuk JIM telah diagihkan di 65 buah masjid dan surau di sekitar HCM City, Tay Ninh Province, Ninh Thuan Province, Binh Duong Province, Binh Phuoc Province, My Tho Province, Tra Vinh Province, Dong Nai Province dan Chau Doc (An Giang Province). Terdapat 73,000 umat Islam di Vietnam yang kebanyakannya berbangsa Melayu Cham. Mereka tinggal di 65 buah kampung.


Mewakili Masyarakat Islam Vietnam Ustaz Abdul Rahman mengucapkan terimakasih di atas sumbangan kurma ini. Beliau akan berangkat pulang ke Vietnam pada 2 September selepas menziarahi pelajar-pelajar lepasan Madrasah beliau yang sedang menuntut di Kedah. Dalam majlis ini juga, pihak JIMedia telah menghadiahkan buku “Buyutuna fi Ramadhan” kepada Ustaz Abdul Rahman.


Abu Syamil

JIMedia


* Alhamdulillah, penghantaran 300 kg kurma ke Vietnam telah disedia & di urus oleh Wanita JIM Ampang Jaya *


No comments:

Post a Comment