Islah & Wanita Gemilang

Thursday, August 6, 2009

JEFF OOI & FCR , 8-9 Ogos 2009

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.
Kenyataan Jeff Ooi ini adalah lantaran salah tanggapan beliau terhadap JIM dan Islam yang dibawa oleh JIM. Oleh itu, kerja kita sangat banyak, melebihi masa yang kita ada untuk meleraikan salah tanggapan golongan belum Islam ini terhadap Islam.


Mereka menggangap hukum Islam itu zalim, Syariat Islam = Hudud. Adakah hudud satu-satunya hukum Islam? Potong tangan itu zalim? Sebat dikhalayak ramai itu ganas?

Selagi salahtanggapan ini tidak dileraikan dari kotak pemikiran mereka, selagi itu mereka akan memandang serong terhadap Islam.

Bagaimana menjawab tuduhan mereka? Saudara/saudari di jemput ke :

Program:Friendly Comparative Religion
Tarikh: 8-9hb Ogos 2009
Masa: 8:30pg-5:30ptg
Tempat: Masjid Bukit Indah, Ampang
Anjuran: PERKIM Ampang & JIM Ampang Jaya
Bayaran: RM150 (pekerja) RM120 (Pelajar)

JIM Ampang Jaya sponsor 5 orang lagi minggu ini. 3 seat telah dipenuhi. Ada lagi 2 seat kosong. Siapa cepat dia dapat. Daftar segera dengan zunarif@yahoo.com, 012-2454674.

Wassalam

Zun Arif Hakim
JKD JIM Ampang Jaya

No comments:

Post a Comment