Islah & Wanita Gemilang
Monday, August 3, 2009
Itulah takdirNya.....
Salaam,
Alhamdulillah, walaupun saya tak dapat menyertai demo kerana telah ditahan lebih awal, namun dari cara netters melontarkan perasaan masing-masing ketika berada ditengah2 demo, sekurang-kurangnya memberi gambaran betapa hebatnya "peperangan" antara rakyat yang cuma bersenjatakan doa berbanding dengan penguasa ISA yang begitu ampuh dengan barisan polis serta SB, lori-lori merah dipenuhi air asid dan tear gas dari udara.
Tahniah pada semua. Ternyata, berbanding BERSIH dan PPSMI, demo HMI ini menyerlahkan komitmen warga JIM yang jauh lebih meriah dari yang dua sebelumnya...
Sebaik tiba dirumah setelah dibebaskan dari mahkamah Jalan Duta jam 8 malam tadi, perkara pertama yang di lakukan ialah caj bateri telefon bimbit dan buka internet! Hampir 3 hari berada di tempat tahanan... rasanya seperti telah terputus dari dunia luar...Itu hanya satu dari beribu-ribu nikmat bagi orang yang bebas....
Alhamdulillah petang tadi dah bebas....namun, rasa ngeri juga memikirkan sekiranya petang tadi kami tidak bising memaksa polis menemukan kami dengan peguam untuk kes "IC", mungkin malam ni, kami masih tetap berada dilokap juga!!!
Badan letih....cuba lelapkan mata, tetapi gambaran peristiwa buruk ketika dua hari di lokap masih segar diminda. Terasa-rasa lagi gari di tangan kiri ni , jeriji yang memenuhi ruang dan kesedihan ketika saya di beritahu Suhaib dan Ammar telah dipindahkan kesatu tempat yang tidak diketahui namanya dan saya tiada ekses pada peguam kerana tidak dibenarkan menggunakan hp!
Saya cuba mengingati sesuatu .Bukan sekali pergi demo.Dah berpuluh kali. Dalam HMI 1 Ogos, saya salah seorang key persons@organiser yang mengetahui semua perancangan dan maklumat perhimpunan.Saya lakukan pelbagai ikhtiar(kecuali tidak hadir demo) supaya tidak ditangkap polis.Tetapi... apakan daya bila terpaksa berhadapan dengan golongan yang suka berdendam dan kerja mereka memang untuk menyusahkan orang lain!Tidaklah menyesal kerana gagal berada in the crowd,tetapi lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.....
Saya membaca kesah mereka berdua di NST dan The Star.Pasangan ni memang ada chemistry walaupun ibu-bapa lain-lain.Mereka sering juga pergi demo dan sudah agak biasa melihat polis memegang cotar dan shield!! Tapi pengalaman kali ini lain sikit.Boleh lah dikatakan silibus hak asasi mereka bertambah dengan pengalaman baru iaitu:
- di "kidnap" polis kesatu tempat yang tidak diketahui
- digari dan tidak diberikan makanan...
- tidor di lokap kanak-kanak
- didera kutip getah oleh polis
- dibicarakan depan majistret
- dikejar wartawan...
Suhaib dan Ammar di wakili oleh Peguam Edmund Bon dan Johnson.Alhamdulillah, kes juvana tu selesai dengan mudah dan mereka dibebaskan Ahad petang.
Polis Malaysia memang teruk!!! Kami ditipu lebih sepuluh kali.Di bohongi dan cuba dinafikan bertemu peguam.Polis berniat jahat pada kami. Majistret pun sama!!! Kami (saya dan Nashita) ada dua kes yang mengandungi 4 charges!!! Tak sangka, di K.L ada sebuah tempat tahanan yang sistem dan keadaannya sama dengan Kem kamunting!!! Its just another ISA camp!
Terimakasih pada Pak Cik Bad yang menjaga Suhaib sama seperti menjaga Ammar.Dan banyak sungguh doa, kata2 hikmah yang dihantar lewat sms dan emel. Saya tahu,sebahagiannya datang dari warga JIM! Jzkk , moga Allah membalas dengan yang terbaik.
Norlaila.
http://lailagmi.blogspot.com

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment