Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, August 25, 2009

MENAJA KURMA KHUDRI KE VIETNAM SEBELUM 30 OGOS 2009 !



Assalamu`alaykum,

A. OBJEKTIF

Mendapatkan PENAJAAN KEWANGAN untuk membeli & menghantar kurma ke penduduk Islam di Vietnam untuk Ramadhan 1430H sebelum atau pada 30 OGOS 2009. (Alhamdulillah ini adalah tahun kedua JIM bekerjasama dengan pihak MADRASAH JAMAIAH ISLAMIAH AL ANWAR, Islamic Community of Ho Chi Minh City-VietNam dan Malaysian Community in HCMC. Terima kasih kepada penaja-penaja tahun lalu)

B. LATAR BELAKANG/BACKGROUND & LAPORAN TAHUN LEPAS.

1. JK Perhubungan Antarabangsa (JKPA), JIM telah dimaklumkan bahwa umat Islam di Vietnam tidak berpeluang menikmati buah kurma untuk iftar mereka. Terdapat kira-kira 80,000 orang umat Islam di Vietnam.

2. Syukur Alhamdulillah, pada Ramadhan 1429h, 800 kg kurma (dari pelbagai penaja termasuk JIM) telah diagihkan di 65 buah masjid dan surau disekitar HCM City, Tay Ninh Province, Ninh Thuan Province, Binh Duong Province, Binh Phuoc Province, My Tho Province, Tra Vinh Province, Dong Nai Province dan Chau Doc ( An Giang Province ).

C. TAWARAN DARI JKPA UNTUK SAHAM AKHIRAT SEMUA !

1. JK Perhubungan Antarabangsa (JKPA), mempelawa ahli individu, rakan JIM, kumpulan usrah, JIM Daerah, JIM Negeri, Institusi JIM & ahli masyarakat Malaysia untuk MENAJA KURMA KE VIETNAM dengan harga sebanyak RM 20/sekilogram, sebelum atau pada 30 Ogos 2009.

2. Anda hanya perlu mengusahakan penajaan kewangan dan penyeliaan seterusnya akan diuruskan oleh JIM.

3. Sasaran Tajaan : 300 KG

D. APA YG PERLU DIBUAT ?

Sila syurakan & ambil tindakan segera untuk menaja. Balas emel ini dengan menyatakan :-

1) NAMA PENAJA & NO HP :______________

2)JUMLAH YG INGIN DITAJA :______________

JZKK terlebih dahulu di atas keprihatinan semua. Moga ALlah berkati dan redhai usaha kita semua. Moga dimurahkan rezeki, ditetapkan iman serta diterima amalan puasa kita, Ameen.

Sila sebarkan !

wassalamu`alaykum wrmt wbrt,

Zairulshahfuddin b Zainal Abidin
Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa) /
Vice President (International Relations),
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM),
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +6-03-4108-9669
Fax: +6-03-4107-1754
www.jim.org.my

No comments:

Post a Comment