Islah & Wanita Gemilang

Monday, August 24, 2009

Pertandingan Menulis Blog Remaja: Ramadhan

Remaja dan Bulan Ramadhan

Jumlah semua hadiah bernilai RM1000!

Ada hadiah utama, ada hadiah sagu hati, ada juga hadiah penyertaan.

Peserta dikehendaki menulis tentang Remaja dan Bulan Ramadhan.

Boleh jadi kisah diri sendiri, kisah-kisah Malaysia, kisah di luar negara, boleh jadi kupasan dari tema, boleh jadi macam-macam! ! Boleh jadi bukan kisah pun...

Peserta sangat-sangat digalakkan untuk menyertakan grafik dan/atau multimedia yang bersesuaian dalam post tersebut.

Tarikh tutup untuk mendaftar ialah pada 7 Ramadhan tahun ini. (Jumaat, 28 Ogos '09).

Sila daftar nama peserta, nombor kad pengenalannya dan alamat blognya untuk tujuan pendaftaran di sini

Blog peserta akan di-link-kan ke laman web Blogr (akan disiarkan kemudian).

Tarikh tutup untuk menulis ialah pada 21 Ramadhan tahun ini. Lebih kurang 3 minggu lagi. Kalau dah daftar, boleh tulis terus. Janji sebelum tarikh nih.

Sila serahkan alamat blog post yang ingin dijadikan post penyertaan. Seorang peserta dibenarkan menghantar paling banyak 3 post. Post yang paling baik akan dipilih.

Peserta mestilah remaja (12-19 tahun dan masih bersekolah).

Peserta mestilah berdaftar sebagai ahli KRJ Selangor. Kalau belum lagi, daftarkan dulu. Boleh daftar di : http://krj-selangor.blogspot.com

Peserta mestilah ada blog.

Penulisan mestilah dalam bahasa melayu/inggeris penuh. Bahasa singkatan tidak dibenarkan.

Contoh:

* Saya mestilah menulis dengan penuh. (diterima)
* Sy mstlh menls dgn pnh. (REJECT!!!)

Untuk penyertaan di luar Selangor, hubungi: umayr@sayfurrahman.com

No comments:

Post a Comment