Islah & Wanita Gemilang

Thursday, August 20, 2009

RAYUAN RAMADHAN 1403


Ramadhan Mubarak

Ramadan menjelma lagi. Bulan penuh barakah datang kembali. Allah masih memberi kesempatan kepada kita menumpang di bumiNya. Semoga kita bersedia untuk mengambil sepenuh menfaat dari bulan yang mulia ini. Lakukanlah apa sahaja untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat buat bekal untuk dibawa bertemu Allah.

Tahun ini JIM sekali lagi menganjurkan projek Rayuan Ramadan. Semoga ia memberi peluang untuk kita bersedekah, satu amalan yang amat digalakkan dalam bulan ini. Saban tahun sumbangan kita telah meninggalkan tanda ingatan yang mengikat kasih sesama umat seagama. Kita memberi mereka merasa. Alangkah nikmatnya mendapat santapan pada waktu kita kesusahan, dan dari saudara jauh yang tidak pernah ditemui?

Marilah kita mensyukuri rahmat dan pemberian Allah kepada kita dengan menyumbang kepada saudara-saudara kita yang diuji Allah dengan berbagai kesempitan. Agar usaha kita yang kecil ini membibitkan harapan dan dapat jua meringankan bebanan mereka.

Kita juga mendapat habuan. Bahagianya dapat membantu. Harta yang kita beri itu akan kita temui di sisi Allah. Selamat berlumba-lumba mengejar ganjaran Allah yang berlipat ganda sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Zaid Kamaruddin

Presiden JIM

Alhamdulillah, setakat 20 Ogos 2009 / 29 Syaaban 1430H;
JUMLAH KUTIPAN TERKINI;
SASARAN: RM 300,000.00
JUMLAH KUTIPAN IFTAR: RM 4,600.00
JUMLAH KUTIPAN SEDEKAH: RM 100.00
JUMLAH KUTIPAN ZAKAT: RM 500.00
JUMLAH KUTIPAN FIDYAH: RM 150.00
JUMLAH KESELURUHAN: RM 5,350.00
% YANG TELAH DICAPAI: 1.78%
% YANG BELUM DICAPAI: 98.38%
TARIKH TAMAT: 19 RAMADHAN 1430H / 09 SEPTEMBER 2009
(Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup dimasukkan sebagai sedekah)
Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman yang telah menghulurkan sumbangan kepada yang lebih memerlukan. Mudah-mudahan sumbangan kecil kita ini dapat mengurangkan keperitan, kesusahan dan kesengsaraan umat Islam yang lebih memerlukan ini. Dan semoga Allah meredhai serta memberkati amal soleh anda ini.
JOM INFAQ...

Sumbangan boleh dibuat melalui PO/MO/Cek/Tunai yang dideposit ke akaun:

1. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1403-0000391- 713
2. Bank Islam Malaysia Berhad 1211-3010005-797
Semua pembayaran atas nama "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".
Pembayaran juga boleh dibuat secara online di JIM e-bazaar
Sila hantarkan atau fakskan bank in slip sumbangan saudara/i kepada:
SEKRETARIAT RAYUAN RAMADHAN 1430H
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
LOT 300.2, LORONG SELANGOR,
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
No Faks: +60341071754 @ +60341086319

"BERSAMA HAYATI MAKNA RAMADHAN YG SEBENAR"

Sekian, wassalam.

Sekretariat Rayuan Ramadhan 1430H
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.2, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Phone: +60341053159 @ +60341089669

No comments:

Post a Comment