Islah & Wanita Gemilang

Monday, June 29, 2009

Di Ambang Cahaya Ilahi 29 Jun 09

Assalamu'alaikum wbt

Semuga ikhwah dan akhawat berada di dalam iman yang sejahtera. Sekadar berkongsi berita gembira. Mudah mudahan bermanfaat.

Sekitar bulan Disember 2008 lepas, saya pernah kongsikan tentang usaha saya meladeni seorang pemuda India beragama Hindu & Kristian. Actually, diapun tak pasti apa agamanya.

Namanya Anantharaj RE Rajah. Panggilan manja yang kami berikan Anand (baca Adnan). Beliau kini tinggal di Pandan Indah bersama keluarga beliau. 'Sudah' beristeri dan mempunyai seorang anak. Bekerja di EON Bank Ampang Point sebagai seorang telemarketer. Ibu beliau bekas seorang doktor dan beragama Hindu. Bapa beliau seorang peguam, beragama Kristian. Meninggal dunia ketika beliau kecil lagi. Itulah sebab agaknya dia sendiri 'confused' kedudukan agamanya.

Ketika kami bermusafir ke Pulau Pinang pada tahun lepas, atas urusan perniagaan, dengan bantuan Akhi Rashid Hasnon, kami telah membawa beliau melawat masjid Kapitan Keling. Jzkk Pak Rashid. , usaha kita tidak sia-sia.

Masjid ini memang terkenal lantaran usaha da'wahnya yang dipelopori oleh Bro Kamaruddin Abdullah, Pengerusi Institute Propagation Society International (IPSI). Dalam permusafiran 3 hari 2 malam kami, banyak yang sempat kami kongsikan tentang Islam dengan Anand.



Pada 22Jun 2009 jam 1:35ptg, saya menerima sms daripada beliau:

Asm bro. Kat mane bro? Sorry la bro lama x contact coz Anand bz sikit. Mlm ni lepas maghrib blh jumpa x? Anand ada banyak nak discuss dgn bro.. Thanx bro!

Ketika itu saya berada di Kajang menuju ke Putrajaya atas urusan perniagaan. Lantas mejawab sms beliau: InsyaAllah kita jumpa lepas solat maghrib. Saya dapat merasakan bahawa hidayah Allah sudah terlalu hampir dengan Anand.





Selesai sahaja urusan di Putrajaya, saya terus menghala ke rumah Anand. Berhenti sebentar untuk solat Maghrib di Petronas berhampiran Tesco Ampang. Saya terus ke tempat yang dijanjikan, Restoran Saujana tidak jauh daripada apartmen Anand.

Anand datang bersama sepupu perempuan beliau, anak angkat serta adik lelaki beliau. Sesampai saja ke kereta saya, dia terus memberi salam. Saya menjawab salam sambil bersalaman dengan beliau. Terasa gembira sekali kerana dah agak lama kami tidak bertemu, kira-kira 3 bulan lamanya.

Sepupunya memberi salam. Saya menyambut salam beliau serta melemparkan senyuman. Terdetik dihati saya, sudah Islamkah perempuan ini? Muga Allah memberi hidayah kepadanya.

Untuk makluman semua, Anand memang telah biasa memberi salam sepanjang perkenalan kami lebih setahun lalu. Samada melalui sms maupun ketika kami berbicara. Rupa-rupanya salam ini amat memberi kesan yang mendalam terhadap diri Anand. Sudah pasti ia merupakan doa buat Anand. Saya juga selalu mendoakan agar beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah swt suatu hari nanti.

Setelah masing-masing mengambil tempat dan menempah minuman, Anandpun menceritakan masalah yang beliau sedang hadapi. Isteri beliau telah mengikuti seorang pemuda India dan terlibat dengan kerja-kerja maksiat....pelacuran. Anand kini telah bercerai dengan isterinya dan bergilir-gilir menjaga anak sulungnya Agil berusia 2 tahun. Beliau telah membuat laporan polis, namun tiada tindakan diambil.

Saya mendengar luahan hati Anand dengan penuh rasa simpati. Saya nasihatkan beliau agar bersabar. InsyaAllah, Allah akan gantikan isteri beliau dengan seorang isteri yang lebih baik, ujar saya bagi memujuk hati Anand. Jauh disudut hatinya tersembunyi perasaan sedih disebalik wajahnya yang serius dan badannya yang besar itu.

Beliau seterusnya menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam. Yang menggembirakan saya lagi ialah, ibu dan sepupu beliau juga berhasrat memeluk agama Islam. Saya bertanya kepada beliau, bagaimana ibunya pula tiba-tiba ingin memeluk agama Islam? Beliau menceritakan yang ibunya sering membaca Al-Quran terjemahan Yusuf Ali yang saya hadiahkan kepada beliau kira-kira 8 bulan lalu.

Saya juga pernah menziarahi ibunya ketika sibuk-sibuk PRU-12 dulu. Ibu beliau ada masalah mata dan terpaksa berhenti 'practice'. Usianya sekitar 65 tahun. Namun sesekali ada juga pesakit yang biasa dengan khidmat beliau mendapatkan khidmatnya sebagai doktor peribadi. Beliau ada sebuah klinik di Taman Putra Sulaiman.

Saya pernah meminta bantuan ibunya menterjemahkan biodata YB Saari Sungib ke dalam Bahasa Tamil. Besar juga sumbangan beliau dalam memenangkan Pak Abu untuk mendapatkan sokongan masyarakat India. Anand pula pernah saya libatkan sebagai escort Pak Abu, bersama 2 lagi rakan beliau.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan menyatakan kepada Anand bahawa Allah akan ampunkan segala kesalahannya yang lalu. Anand sekeluarga akan menjadi insan yang bersih daripada dosa seumpama sehelai kain putih.

Setelah hampir 2 jam bersama, dan membantu menghantar beliau ke Ampang Point untuk urusan bank, saya menghantar beliau balik ke apartmennya. Sebelum berpisah, saya menyatakan kegembiraan kepada Anand dan meminta beliau menyampaikan salam saya kepada ibunya.

InsyaAllah majlis pengIslaman Anand serta keluarga akan diadakan di Kompleks JIM pada hari Isnin 29/6/2009 jam 8 malam. Hari tersebut adalah hari dimana giliran beliau menjaga anaknya pula. Beliau mahu menyelamatkan aqidah anaknya daripada isterinya dan berharap selepas ini beliau tak akan melepaskan anaknya kepada isterinya lagi. Mengikut beberapa peguam yang pernah Anand rujuk, beliau mempunyai hak keatas penjagaan anaknya.

Mohon doa ikhwah dan akhawat semua agar segalanya berjalan dengan baik, dan hasrat mereka dimakbulkan Allah. Ikhwah dan akhawat yang berdekatan, dijemput hadir meraikan kehadiran mereka sebagai saudara seaqidah.

Marilah kita bersama-sama mengucapkan salam, tahniah dan mendoakan hari-hari yang mendatang akan dipenuhi dengan redha dan rahmat Allah. Bantuan tenaga untuk membimbing mereka sudah pasti diperlukan. Maka rebutlah peluang ini. Tiadalah nikmat yang lebih besar selain daripada mendapat nikmat Islam dan Iman ini.

Sekiranya sesiapa ingin menyumbang atau ingin memberi zakat bolehlah menghubungi Bendahari JKD Ampang Jaya Kak Suriati Haron 019-2455 569.

Semuga Allah menerima amal kita dan menjadikan kita dikalangan hambaNya yang ikhlas.

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

(Hadith riwayat Muslim,no.6980)

Zun Arif Hakim
JKD JIM Ampang Jaya


Friday, June 26, 2009

Badanku Sihat, Jiwaku Sakit

Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.

Sedar ataupun tidak,
kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.

Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.

Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:

1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif


gambar hiasan

Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab,
"Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.


Mengikut
Ibnul Qayyim rahimahullah pula, beliau menyebutkan ada lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati, antaranya,

1. Bergaul dengan banyak kalangan

Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.

Dalam tatapan realiti, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia.

Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulannya. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku."
(Al-Furqan: 27-29)


"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67)

"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).

Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat.

Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.

2. Larut dalam angan-angan kosong

Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai.

Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita.

Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal salih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

3. Bergantung kepada selain Allah

Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah.

Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:

"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)

"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah labah-labah. Dan rumah labah-labah adalah rumah yang paling lemah dan rapuh.

Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:

"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.

4. Makanan

Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zatnya, dan ia terbagi menjadi dua macam. Yang
diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik kerana paksaan, malu atau takut terhina.

Kedua , merosak kerana melampaui ukurannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal,
kekenyangan kelewati batasnya. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya.

Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan keranannya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalan bagi syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan mudah tinggal berlama-lama.

Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan
banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya."
(HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).


5. Kebanyakan tidur

Banyak tidur
mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan.

Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak madharatnya daripada manfaatnya.

Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah.

Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Kerananya, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor.

Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasulullah SAW.




(Artikel lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati dipetik dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim Al-Jauziyyah/Abu Okasha Ainul Haris)


iluvislam.com

Lawatan sambil belajar..(..sambil makan) 10 Jun 09

Pagi 10 Jun 09, lebih 20 anak-anak Nadi Asybal berkumpul di Hidayah Centre (Wanita) Ampang Jaya
Dengan diiringi beberapa orang pengiring, anak-anak dibawa ke Domino's Pizza di KLSC berdekatan.

Bersiap sedia - destinasi pertama: bilik sejuk

Brrrr..... sejuknya!

Tarikkkkk..panjang2

Pastu pintal,pintal, pintal..

Wahh..pizza kita dah siap

opps! sebelum boleh makan, kena tolong pakcik lipatkan kotak2 ni dulu....

siapppp!!!

kami punnnnnn!!

Alhamdulillah!
makan jangan x makan!

Bergambar kenangan

Sebelum bersurai, mari buat kad ucap terima kasih pada semua yang kita sayang dan yang sayang kat kita..


Thursday, June 25, 2009

MEMBINA KELUARGA DU'AT:Tips mengekalkan kerukunan rumah tangga

  • Syaitan musuh utama manusia. Jika belum bersuami/isteri dia akan dorong sehingga akhirnya berzina, dan bila sudah berkeluarga, dia akan dorong suami/isteri sehingga akhirnya bercerai berai...maka peliharalah diri supaya sentiasa menjadi orang yang sentiasa menang dalam 'permainan' mengharungi bahtera rumahtangga.
Menang dari segi
* berjaya menguasai diri - nafsu/emosi, rohani, fizikal dan mental.
* menjadi "qudwah" kepada suami/isteri/ anak2 dan keluarga terdekat serta sahabat...
  • Ikuti petunjuk Al-Quran & Sunnah, jauhi dan benci akan dosa.
  • Hiasi diri dgn sifat MALU..moga Allah menutup malu kita di depannya dan kita diisytihar org yg benar-benar menang melayari bahtera keluarga ini.
  • Rendahkan diri seketika untuk menang dlm 'permainan' yg masih panjang. Undur/tunduk seketika bukan berarti kalah tapi memberi 'masa berfikir dengan rasional' untuk akhirnya mencapai kemenangan
  • Hargai pasangan kita. Terima seadanya apatah lagi jika telah mampu sabar, menerima dan bersama mengharungi hidup bertahun2 lamanya...Hadapi ujian dgn tabah dan bermaruah...
  • Betulkan semula niat dan cara, duduk berbincang matlamat hidup yg dibina bersama dulu, dan seterusnya.. .
  • Segera bermaaf-maafan.
  • Pelihara maruah diri/suami/isteri dan keluarga...Ingat, anak-anak belajar dari kita untuk mereka membina hidup mereka yg masih panjang. Berilah mereka bekalan ilmu dan kasih sayang berkeluarga yg betul. Bagaimana kita menguasai diri dan 'memahami serta menghayati petunjuk Ilahi dlm mengharungi kehidupan berkeluarga akan menjadi pedoman anak-anak melayari bahtera rumahtangga mereka.
~ Almarhumah Ust. Sanimah Said ~


Lagi tips pengukuhan:
  1. Benarlah syaitan musuh nombor satu. Bagi mengekang pengaruhnya sentiasa jaga amalan. Jangan bergaul atau berhubung bebas (termasuk telefon, internet) dengan bukan mahram kecuali benar-benar penting dan itu pun dengan cara yang tidak mencurigakan pasangan.
  2. Jika ternampak kelemahan pasangan, sabar dan fikirkan kekuatannya. Semua insan ada kelemahan.
  3. Amanah sebagai suami/isteri/bapa/ibu sangat berat jadi jangan sekali-kali ambil mudah. Sentiasa menambah ilmu berkaitan dan cuba sedaya-upaya menyempurnakannya.
  4. Cuba sedaya-upaya mengenalpasti kelemahan diri dalam aspek kekeluargaan. Ambil komen pasangan sebagai positif dan tidak negatif sebab dalam dunia ini, selain Allah, pasangan kita yang paling tahu kelemahan kita. Maklumat kelemahan diri aset penting ke arah memperbetulkan diri sendiri.
Samsudin Abdullah
YDP JIM Pahang 2007/09

Wallahua'alam.

Wednesday, June 24, 2009

BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

PENGENALAN

1. Rejab ertinya 'Mulia'. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

  • Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.
  • Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka'abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.
  • Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.
  • Bulan diharamkan berperang

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra' dan Mi'raj.
Terdapat khilaf di kalangan ulama' mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama' bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab.
Tarikh berlakunya Isra' dan Mi'raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qat'ie dari al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.


Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

BULAN REJAB MENURUT AL-QURAN

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

'Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,'
(Al-Baqarah: 194)

'Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram '
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram.

Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, untuk ganjaran besar bagi amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia adalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu.
Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu.Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing.

Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.


BULAN REJAB MENURUT AS-SUNNAH

Berdasarkan dalil al-Qur'an jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum.

Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (
mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.


Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bekata, 'Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama'
Ujar Nabi SAW, 'Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?
Kata lelaki itu, 'Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam' Maka tanya Rasulullah SAW 'Kenapa kamu seksa dirimu?' Lalu sabdanya lagi 'Berpuasalah pada bulan sabar, yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!'
'Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!' Ujar lelaki itu.
'Berpuasalah dua hari!' Sabda Nabi.
'Tambahlah lagi!'Mohon lelaki itu pula.
Maka Nabi SAW bersabda 'Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah!'
(kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).


Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya.

Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.


Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya'aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan .

Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya'aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


MENGENAI HADIS-HADIS BERKAITAN KELEBIHAN BULAN REJAB

Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha'if, sangat dha'if dan maudhu' (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang terkenal adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
'Rejab bulan Allah, Sya'aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku'
(Hadis ini dikatakan munkar*, bahkan dianggap maudhu' dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

'Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu'
(Hadis ini juga dha'if)

Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga .
(Hadis ini dha'if)


Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdo'a , solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan 'Malam awal Rejab mustajab do'anya'

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid'ah

Wallah hua'lam bissawab.

Rujukan:
1. Terjemahan Al-Quran Al-Karim
2. FIQH dan Perundangan Islam - Dr Wahbah Az-Zuhaili
3. Fikih Sunnah - Sayid Sabiq
4. Fatwa Masa Kini (Jilid 3 & 4) -Dr Yusuf Al-Qaradawi
5. Islam & Manusia (1001 Kemusyiklan) -Dr Abdul Hayei Abdul Sukor
6. Fazilat Bulan Rejab, Sya'ban & Ramadzan - Budiman Radzi
7. Fatwa Online (Islam Online)
8. Dairi Islamiah 1999
9. Kuliah Zuhur - Maulana Syed Noor Muhammad (Kelulusan Mufti)

(*) Hadis Munkar: Perawinya fasiq (melakukan maksiat)


STATUS SUMBANGAN AHLI 2009

Assalamualaikum,
Saudara/i yang dihormati,
Alhamdulillah, jumlah kutipan terkini [24 Jun 2009 / 01 Rejab 1430H]
SASARAN: RM 200,000.00
JUMLAH KUTIPAN RAYUAN SUMBANGAN AHLI: RM 8,342.00
% YANG TELAH DICAPAI: 4.17%
JUMLAH AHLI JIM: 10321 ORANG
JUMLAH PENYUMBANG: 29 ORANG
% JUMLAH PENYUMBANG: 0.28%

UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN

Perkara di atas adalah dirujuk.
Bagi pihak JIM Pusat kami sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas yang diberikan oleh saudara/i kepada JIM.

Semoga Allah melipatgandakan lagi balasanNya atas sumbangan saudara/i ini.
Firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya) dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia". (Al-Hadid 57:18)

InsyaAllah, ahli akan menerima resit berserta penyata sumbangan ahli yang telah dikemaskini.

"Dan apa saja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik". (Saba 34:39)

Sekian, wassalam.

Yang diamanahkan;
HJ IBRAHIM MOHAMAD
Pengerusi Jawatankuasa Dana
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

JOM INFAQ

...

Sumbangan boleh dibuat melalui PO/MO/Cek/Tunai yang dideposit ke akaun:

1. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1403-0000419-712

2. Bank Islam Malaysia Berhad 1211-3010005-797

Semua pembayaran atas nama "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Pembayaran juga boleh dibuat secara online di JIM e-bazaar

Sila hantarkan atau fakskan bank in slip sumbangan saudara/i kepada:

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
LOT 300.2, LORONG SELANGOR,
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
No Faks: +6034101754 @ +60341086319

Tuesday, June 23, 2009

HIMPUNAN MANSUH ISA , 1 Ogos 09


"Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjara tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya, akta usang itu bukan sahaja dikaji semula tetapi dimansuhkan sama sekali, Sokongan anda wajib diberikan...." Syed Ibrahim Alhabshi -----------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN AKHBAR


HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009

  1. Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman
  2. Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.
  3. Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.
  4. Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.
  5. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan: a. Bebaskan semua tahanan ISA b. Mansuhkan ISA c. Tutup Kem Kamunting - Kem 'Guantanamo' Malaysia
  6. Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato' Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.
  7. Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.
  8. Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.
  9. Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.
  10. ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.
  11. Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun ('climate of fear'/;under siege mentality') sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.
  12. Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.
  13. Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.
  14. Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.
  15. Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA! Bebaskan Tahanan! Tutup Kemta , Kem Guantanamo Malaysia!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)


KENYATAAN MEDIA SISMA , 22 Jun 2009

KES PENDERAAN PEMBANTU RUMAH PERLU PENYELESAIAN TERBAIK ANTARA MAJIKAN & PEMBANTU RUMAH

Unit Siswi KARISMA (SISMA), sebuah sayap mahasiswa wanita dibawah Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan pantas menyelesaikan isu amah yang timbul sejak kebelakangan ini. Malaysia telah sekian lama mengambil pembantu rumah dari negara seberang ini bagi membantu keluarga yang memerlukan amah untuk menguruskan hal ehwal rumah. Kesibukan ibu bapa di Malaysia bekerja di siang hari telah menjadikan amah sebagai salah satu alternatif membantu menguruskan rumah di siang hari apabila keluar /semasa bekerja dan di malam hari apabila mereka pulang untuk berehat.

Kerajaan dan pihak berwajib seperti Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), persatuan bukan kerajaan dan pihak majikan kepada amah juga harus meneliti dengan baik apakah punca-punca permasalahan yang berlaku dikalangan amah dan majikan sehingga beberapa kes penderaan, penganiayaan dan bunuh diri telah mendapat liputan sejak kebelakangan ini. Adalah diakui kes penderaan amah bukanlah sesuatu yang menjadi kebiasaan dikalangan keluarga di Malaysia yang mengambil amah bekerja, namun kes-kes kecil ini sudah cukup memberikan impak sehinggakan kerajaan Indonesia menimbangkan untuk menghentikan pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia buat sementara waktu sehingga kerjaan Malaysia mengambil tindakan susulan. Langkah Jabatan Tenaga Kerja menubuhkan unit khas membantu amah yang didera perlu dipastikan pro-aktif dan berkesan dalam menangani permasalahan ini.

Pertemuan antara kedua-dua belah pihak, iaitu Malaysia dan Indonesia perlu diteruskan dan penyelesaian yang segera perlu dicapai berhubung kes ini. Cadangan dari Pengerusi Persatuan Bocehe Dewe untuk memberi keutamaan kepada penempatan amah beragama Islam dengan keluarga Muslim juga harus dikaji bersama dan dilihat apakah ia suatu jalan penyelesaian untuk mengurangkan kes penderaan ini. Cadangan persatuan ini adalah berikutan kes seorang pembantu rumah Islam warga negara Indonesia bernama Siti Hajar Sadli yang mendakwa telah didera oleh majikannya termasuk memberi makan babi yang bertentangan dengan agama Islam.

SISMA memandang serius terhadap penderaan-penderaan yang menafikan hak wanita Islam mengamalkan ajaran Islam seperti memberi makan makanan yang dilarang dalam Islam, tidak membenarkan amah menunaikan ibadah solat lima waktu, tidak membenarkan amah menutup aurat dan membaca Al-Quran sekiranya mereka ingin melakukannya meskipun mereka hanya dianggap sebagai pembantu rumah sahaja.

SISMA juga dalam masa yang sama memahami situasi majikan-majikan yang antara lain telah serik dengan perbuatan amah dari Indonesia membohongi mereka dan mengambil kesempatan terhadap layanan baik yang telah diberikan. SISMA menyarankan agar perkara ini diselesaikan dengan baik antara majikan dan pembantu rumah dengan mengadakan perbincangan yang membawa kepada manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekiranya layanan yang baik tidak dihargai oleh amah-amah ini, maka majikan seharusnya mengambil tindakan yang tegas berlandaskan undang-undang yang adil dengan melaporkannya kepada pihak berwajib.

SISMA juga menyarankan agar pihak Kementerian Sumber Manusia dapat menyediakan buku panduan kepada pihak majikan agar dengan ini pihak majikan mengetahui apa tindakan yang perlu dilakukan terhadap amah yang melakukan kesalahan-kesalahan dan bertepatan dengan undang-undangdi Negara ini. Pihak kami memuji usaha baik kementerian dalam menyediakan buku panduan kepada amah yang mengandungi hak-hak dan perlindungan undang-undang. Selain itu, kursus induksi yang diwajibkan terhadap pekerja asing sebelum memulakan pekerjaan di Malaysia juga perlu dilihat kembali keberkesanannya kepada semua pihak.

Dengan gesaan dan penyelesaian yang dicadangkan oleh SISMA, adalah diharapkan pembantu-pembantu rumah dari Indonesia dan majikan-majikan di Malaysia berada dalam suasana kekeluargaan yang bahagia. Terdapat banyak keluarga di Malaysia telah menjadikan amah dari Indonesia sebahagian dari ahli keluarga mereka sendiri. Selain dari komunikasi yang berkesan antara mereka, pembantu rumah juga menerima layanan sebaiknya seperti dibawa bersama membeli belah, pulang ke kampung halaman majikan ketika cuti, diberi gaji pada waktunya, dibenarkan untuk rehat pada waktu yang sepatutnya dan diberi peluang menelefon ke kampung halaman.

Kisah-kisah pengurusan pembantu rumah yang berkesan oleh majikan dalam masyarakat kita juga perlu dikongsikan agar kisah-kisah positif mengenai majikan dan pembantu rumah ini mendapat liputan yang baik.


KHADIJAH AZMAN
Ketua Unit Siswi KARISMA (SISMA)
Naib Presiden 2
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia

MUZAKARAH NASIONAL 2 - 4Julai 09

Assalamu'alaikum

InsyaAllah, kita akan mengadakan Muzakarah Nasional 2 dengan butiran seperti berikut:

Tarikh: 4 Julai 2009 - Sabtu (seperti yang tertera dalam Takwim JIM Pusat 2009)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Kuliyyah Engineering, UIA Gombak

Kehadiran:
1. JKP
2. JKPW
3. YDP dan SU JIM Negeri
4. KW dan SU WJIM Negeri

Agenda: Penilaian Pencapaian Separuh Tahun RJIM 2.

Pohon semua negeri menghantar penilaian pencapaian separuh tahun (2009) RJIM 2 sebelum 30 Jun 2009.

Jzkk atas prhatian semua.

Wassalam

Nahar Md Nor
22 Jun 2009

ingin tahu tentang RJIM2 & sama-sama menjayakannya?? Hubungi kami....

Thank you Mr. Carter, but no thank you…

Former President of the United States, Mr. Jimmy Carter has made a bold step in beating the treacherous path to establishing the illusive peace in the Middle East. He may not have achieved anything significant, but by meeting up with the leadership of Hamas in Gaza, he has proven to the world that talking to Hamas is what the Western powers should do, since they are the government of the day and the legitimate representative of the Palestinian people. Hamas considers Mr. Carter as a sincere person who objectively comprehends and deeply emphatizes with the Palestinian plight. He’s book ‘Palestine:Peace not Aparthied’ is a testimony to his commitment to see that peace be given a chance in Palestine, but which also have lead Israelis to view him as an enemy of the Zionist state.

Mr. Carter came with a plea for Hamas to abide to all the three conditions set by the United States for ending the siege on Gaza. These conditions are; to recognize Israel, to renounce resistance and to honor pass agreements made with Israel. Those conditions are not acceptable to Hamas for the following reasons.

Firstly, recognition of Israel is out of the question, because it touches on the national constant that is non-negotiable. It only implies one thing, i.e. it legitimizes the forced eviction of Palestinians from their homes and their homeland, and a Zionist state established it its place. Instead of talking Hamas into recognizing Israel, Mr. Carter should have insisted on Israel to conform to the UN resolutions in particular 242 and 338, by giving up the unlawful occupation of the West Bank and East Jerusalem. In fact Hamas have reiterated on many occasions that it views favourably the establishment of a Palestinian State on territories annexed by Israel in the 1967 war. This implies that Hamas is willing to live in peace with Israel through a long term ceasefire agreement. Recognition of Israel is against the principle of justice and just not possible on moral grounds.


Secondly, asking Hamas to renounce resistance (or what the western term as ‘violence’) is against the United Nation charter that recognizes the struggle of every nation under occupation as a legitimate cause. Every nation has the right to resist all forms of foreign subjugation and rules and the right for self determination. Instead of asking the Palestinian to cease fighting for freedom, Mr. Carter should have insisted the United Nation to rein in Israel for its indiscriminate use of military arsenal on a practically defenseless Palestinian population. The image of the carnage from the last attack on Gaza in December last year and January this year is still vivid in our minds. This clearly constitutes a war crime, and many countries are putting together the legal papers to prosecute Israel for the wanton killings of Palestinian civilians. Asking Palestinian resistance group equipped only with firearms and crude homemade rocket firing facilities in facing their nemesis with the most sophisticated weapon system is against every sense of proportionality.

Thirdly, asking Hamas to accept all past agreements made with Israel is just plain absurd. These agreements signed without the consent of the Palestinian people have no substance, no stipulations on borders, nothing that will give a character to the Palestinian state. Every single peace agreement made by the PLO and the subsequent Palestinian Authority is but a sell-out of the Palestinian cause. The Palestinian did not make any substantial territorial gain out of these agreements and yet Israel continue to expropriate more land, build more jewish settlements and carved up large swath of land for Israeli security purposes by building the separation wall. No person of the right mind would agree to such lopsided agreements that only serve to strengthen Israeli grip on the occupied territories.

In conclusion, Mr. Carter, your unfailing commitment to find a peaceful solution to the Palestinian problem is looked upon in high regard. However you have fallen short of what it takes to bring a just and viable peace in Palestine. Peace comes at a price, and that is justice and fairness.

In Islam we are guided by the principle espoused by the Quran – ‘Be just for it is closer to Godliness’


Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE
(Palestine Centre of Excellence)

Monday, June 22, 2009

Ibunya mengajak dia kembali....

Assalamualaikum wrbkt

Saya telah bertemu dengan seorang ibu tunggal, berumur lingkungan 30an yang tinggal di Balakong. Bapanya India, ibu Cina dan asalnya berugama Kristian. Beliau telah memeluk Islam. Hasil perkahwinan dengan seorang pemuda Melayu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Jodoh mereka tidak panjang. Mereka bercerai. Ibu tunggal ini bekerja tapi pendapatannya tidak memadai untuk menampung perbelanjaan; membayar pinjaman rumah dan juga belanja perubatan anaknya yang sering diserang asma. Ibunya selalu mengungkit-ungkit tentang nasib malangnya kerana memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Islam dan mengajak dia kembali ke pangkuan keluarganya semula. Alhamdulillah, setakat ini dia masih belum termakan dengan pujukan ibunya. Dan untuk lebih 'selamat', dia mengambil keputusan untuk tidak menghubungi ibunya. Kalau ada di rumah, dia akan menutup pintu tingkap seolah-olah mereka tidak ada di rumah. Buat masa ini, sepupunya yang bukan Islam banyak membantu dari segi kewangan.

Yang menjadi kerisauan adalah, selama mana dia dapat bertahan? Tambahan pula hasil dari perbualan kami mendapati, pengetahuannya tentang Islam masih belum mantap.Masih banyak persoalan2 yang belum terjawab.

Untuk permulaan, saya bercadang untuk mengumpul sumbangan tetap berjumlah RM300 setiap bulan bermula hujung bulan Jun sehingga Disember tahun ini.

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya. Semuga bantuan kita meringankan tanggungannya dan yang penting dapat membantu menyelamatkan aqidahnya.


Wassalam

Mazenah
019-3110356
JIM Sepang

Friday, June 19, 2009

QIYAMULLAIL : TUNTUTAN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENDAKWAH


Ta’rif


Qiyamullail diambil dari bahasa Arab, gabungan dua patah perkataan iaitu qiyam dan al-lail yang membawa makna ‘bangun’ dan ‘malam’ untuk tujuan beribadat sama ada bersolat, berzikir atau berdoa. Amalan Qiyamullail ini adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam berdasarkan banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadits-hadits. Ia merupakan amalan Nabi-nabi, rasul-rasul dan golongan salaf.

Tuntutan dan Kelebihan Qiyamullail

Sebagai contohnya, firman Allah dalam surah Al-Muzammil ayat 1-5 yang bermaksud :
“Wahai orang yang memakai pakaian ! Bangunlah berjaga malam (bersolat) selain sedikit waktu saja, seperduanya atau kurangkan lagi daripada itu, dan bacalah Al-Quran dengan terang dan perlahan-lahan. Kami akan memberimu perkataan yang berat”.


Juga firman Allah dalam surah As-Sajadah ayat 16 yang bermaksud :
“Mereka meninggalkan tempat tidur mereka menyeru tuhan mereka dengan penuh kecemasan dan pengharapan ….”.


Manakala di dalam banyak hadits terdapat gesaan dari Rasulullah s.a.w agar umat Islam berqiyamullail, sebagai contohnya apa yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dengan sanad yang sohih bahawa Nabi pernah bersabda bermaksud :
“Wahai umat Islam , tebarkanlah salam , dan berilah makan , dan jalinlah silaturrahim sesama kamu dan solatlah ketika orang lain tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan salam ( selamat )”.
( At-Tirmizi : 2487, Ibn Majah : 1334, 3451, Ahmad 5 / 451 , Hakim 3 / 13, 4 / 160, Thobaqat Ibn Sa’ad 1 / 235, Ad- Darimi 1 / 340-341 ).


Hassan Basri r.a pernah berkata :
“Aku tidak pernah jumpa suatu ibadat yang lebih utama dari bersolat pada waktu tengah malam”. Beliau kemudiannya ditanya : Mengapa orang-orang yang bangun bertahajjud ( qiyamullail ) lebih baik wajahnya pada hari dibangkitkan di padang mahsyar dari orang lain . Beliau menjawab kerana mereka sentiasa bertemu dengan Allah secara bersendirian menyebabkan Allah memakaikannya dengan nurNya .( Mukthosar Minhajil Qosidin : hlm 60 )


Qiyamullail Amalan Nabi-nabi dan Salafussoleh

Qiyamullail merupakan amalan salafussoleh (golongan terdahulu) seperti yang disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadits yang lain bermaksud :
“Hendaklah kamu berqiyammullail sesungguhnya ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum dari kamu , ia adalah jalan menghampiri tuhan kamu dan cara menghapuskan dosa-dosa kamu serta cara menjauhi dosa-dosa”
.( At-Tirmizi : 3459 )


Nabi s.a.w sendiri pun sentiasa bangun malam untuk bertahajjud, berzikir dan beristighfar sehingga bengkak-bengkak kaki baginda. Al-Mughirah bin Syu’bah meriwayatkan hadits yang bermaksud :
Tidakkah telah diampunkan dosamu wahai Rasulullah ?, para sahabat bertanya. Nabi menjawab : Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur .
( Muttafaqun Alaihi , Ihya Ulumiddin . hlm. 418 )


Menunaikan Solat Dua Rakaat Untuk Menghadapi Kesunyian Kubur.

Rasulullah saw. amat menggalakkan umatnya bangun malam untuk bertemu dengan Allah, bersolat dan mengabdikan diri kepadanya. Di dalam ‘Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah’ karangan Al-Ustaz Prof. Dr. Fathi Yakan, ada disebutkan betapa penting para pendakwah bangun berqiyamullail dengan harapan semoga Allah memberi kekuatan kepadanya, keikhlasan dan ketabahan dalam menghadapi liku-liku perjalanan dakwah yang dilalui .Kesusahan yang dihadapi dalam menjalankan kegiatan dakwah dan amal islami akan menjadi ringan dengan cara menjalin hubungan langsung dengan Allah menerusi aktiviti qiyamullail yang menjadi rutin kehidupan seseorang pendakwah itu. Pendakwah haruslah mengingatkan diri mereka bahawa tidak ada tempat lain bagi mereka memohon pergantungan melainkan hanya kepada Allah.

Di dalam satu hadits yang panjang, Nabi saw. menyebut yang bermaksud :
“Dan tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam bagi menghadapi kesunyian alam kubur” .
Sembahyang malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang ibadat. Ia membekalkan kita dengan potensi dan daya juang yang hebat seperti yang disebut oleh Allah swt. dalam surah Al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud :
“Sesungguhnya jiwa yang terbentuk di waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya” .


Berpandukan kepada ayat di atas, para pendakwah yang ingin melihat perubahan pada diri orang yang didakwahnya haruslah tidak mengabaikan tanggungjawab berqiyamullail .

Diriwayatkan bahawa Jibril datang bertemu Nabi saw. lalu berkata “Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu namun engkau akan mati. Berbuatlah apa yang engkau mahu namun engkau pasti akan dibalas kelak. Cintalah sesiapa yang engkau kehendaki namun engkau pasti akan berpisah dengannya. Ketahuilah kemuliaan seseorang Islam disebabkan qiyamullail manakala kehebatannya disebabkan tidak mengharapkan sesuatu dari orang lain.
( Riwayat At-Tabrani )


Jika seseorang itu tidak mampu mengamalkan perkara ini dan membudayakannya dalam kehidupan maka kegiatan dakwah yang dilakukan menjadi kurang berkesan. Bencana yang menimpa umat Islam hari ini adalah disebabkan kekurangan individu yang mempunyai ciri-ciri dakwah dan akhlak yang sepatutnya.

Bagaimana Memudahkan Qiyamullail ?

Sayugia diingatkan bahawa terdapat beberapa halangan yang pasti dihadapi untuk melaksanakan ibadat ini. Dalam hadits disebutkan apabila seseorang hendak menunaikan sembahyang malam datanglah malaikat seraya berkata kepadanya : “Bangunlah , hari telah pagi , solat dan ingatlah kepada Tuhanmu” . Syaitan pula datang dan memujuknya dengan berkata : “Malam masih panjang , tidurlah lagi . Nanti engkau bangunlah”. Sekiranya dia bangun maka badannya menjadi ringan dan cergas ( sihat ). Jika tidak bangun dan tidur hingga ke siang hari maka syaitan telahpun kencing dalam telinganya.

Di antara langkah-langkah yang patut diambil bagi mengelakkan diperlakukan oleh syaitan sedemikian rupa, di mana Al-Imam Al-Ghazali memberikan kepada kita beberapa teknik supaya mudah berqiyamullail. ( Ihya Ulumiddin hlm. 421 ). Antaranya :

1. Kurangkan makan .
2. Kurangkan kerja-kerja berat yang menyebabkan badan menjadi letih dan tidak mampu bangun pada malam hari .
3. Hendaklah tidur sebentar di waktu siang sebelum atau selepas zohor seperti yang diamalkan oleh Nabi saw.
4. Elakkanlah daripada melakukan sebarang dosa sama ada melibatkan percakapan, perbuatan dan niat. Sufiyan At-Thauri berkata : Aku tidak dapat berqiyamullail selama lima bulan disebabkan dosa yang ku lakukan .

Tingkatan Mereka Yang Berqiyamullail

Menghidupkan malam atau berqiyamullail mempunyai beberapa cara . Antaranya :

1. Menghidupkan keseluruhan malam. Ini ada diriwayatkan pernah dilakukan oleh ramai Salaf. Barangkali ini sesuai dilakukan pada hari-hari cuti secara berjemaah .
2. Menghidupkan separuh malam. Cara yang dilakukan ialah malam dibahagikan kepada enam bahagian. Sepertiga yang pertama untuk tidur, seperdua kedua untuk qiyamullail dan seperenam yang akhir adalah untuk berehat .
3. Menghidupkan sepertiga malam. Iaitu dengan cara tidur seperdua yang awal dan seperenam yang akhir. Menurut athar ini adalah amalan Nabi Daud a.s. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada disebutkan sebaik-baik qiyamullail adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Daud a.s, baginda tidur seperdua, qiyam sepertiga dan tidur seperenam yang baki. Tidur di akhir malam itu sebelum subuh boleh menghilangkan mengantuk pada waktu siang nanti. Tetapi haruslah diingat agar tidak terlajak tidur hingga mengakibatkan tertinggal solat subuh . Paling baik bagi golongan muslimin ialah bersolat subuh secara berjemaah pada pagi itu kerana seperti yang disebut dalam hadits sahih, Solat subuh berjemaah menyamai ibadat Qiyamullail seluruh malam .
4. Mendirikan seperenam ataupun seperlima malam dan sebaik-baiknya pada separuh yang terakhir.
5. Berqiyamullail tanpa mengambil kira mana-mana bahagian malam kerana tidak mampu mengikuti panduan di atas.

Qiyamullail Untuk Golongan Yang Uzur.

Halangan seperti sakit, haid, nifas dan keuzuran syar’ie yang lain, tidaklah menyebabkan gugurnya tuntutan berqiyamullail. Mereka boleh duduk menghadap kiblat sambil mengingati Allah dan berdoalah apa yang dikehendaki. Jika tidak berkemampuan maka bolehlah dilakukan dalam keadaan baring. Ini kerana Nabi ada bersabda dalam satu hadits Sahih yang bermaksud :
“Pada waktu malam ada satu waktu Allah swt. menerima segala permintaan hambanya iaitu sewaktu qiyamullail”. ( Muslim 2 / 175 )


Amaran Bagi Mereka Yang Meninggalkan Qiyamullail.

Di dalam hadits sahih riwayat Bukhari dan Muslim , Nabi saw bersabda:
“Janganlah jadi seperti folan itu ( dia ) , dahulu dia berqiyamullail, sekarang tidak”.
( Al-Bukhari 2/68 , Muslim 3/164 ) .


Namun begitu ini hanyalah amaran kepada mereka yang selalu qiyamullail .

Malam-malam Yang Digalakkan Berqiyamullail

1. Tujuh hari dalam Ramadhan iaitu hari ke 17, di mana berlakunya pertempuran Badar dan 6 hari-hari terakhir bulan Ramadhan.
2. Lapan hari yang lain iaitu pada hari pertama Muharram, malam hari A’syura ( 10 Muharram ), awal Rejab, pertengahan Rejab, 27 Rejab di mana berlaku Isra’ dan mikraj, Nisfu Syaaban, malam Arafah ( 9 Zulhijjah ), malam dua hari raya ( Fitri dan Adha ) .
3. Hari-hari terpilih dalam seminggu pula ialah hari Isnin dan Khamis dan pada hari ke 11, 12 serta 13 tiap-tiap bulan Islam . Hari-hari ini juga digalakkan berpuasa .


Rujukan
- Al-Quran Al-Karim
- Sohih Al-Bukhari
- Sohih Muslim
- Jami’ At-Tirmizi
- Ihya` Ulumiddin lil Ghazali takhrj Al-‘Iraqi
- Mukhtasar Minhajil Qosidin lil Maqdisi
- Mukhtasar Qiyamillail lil Marwazi
- Qawaribun Najati Fi Hayatid Duat li Fathi Yakan
- Panduan Praktikal Qiyamullail (Telaga Biru Sdn Bhd
) Us Nik Ab Rahim