Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, June 9, 2009

LEADERS 09: Pemimpin Remaja Bantah Kezaliman ZIONIS & ISA , 2-4 Jun 09


Alhamdulillah, pada 2-4 Jun 2009 yang lalu, Jawatankuasa Pembangunan Remaja & Belia (JKPRB) dan dibantu oleh team KBM KL/ KRJ KL telah menganjurkan program LEADERS (Latihan Ekstensif Asas Dakwah & Kepimpinan Remaja Musleh). Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Sekolah Islam ADNI Taman Sri Ukay dan di Kg Semungkis, Hulu Langat.

Program LEADERS ini merupakan salah satu dari 6 program Nasional yang terdapat dalam Projek Dua tahun Remaja Cemerlang (PRODUCE). Seramai 65 orang peserta dari seluruh Malaysia (kecuali sabah, Sarawak & Terengganu) telah menghantar wakil LEADERS masing-masing. Para peserta ini merupakan PRODUCE GENERASI ke-4.

Diantara program yang diadakan adalah Do You know Me ?, Mission Impossible, carnival Bebaskan al-Aqsa, Orang Kaya Bertaqwa, Hak asasi ( GMI ), Goal Setting, matlamat Remaja & Dakwah ! apa & Kenapa ? .

Antara aktiviti yang paling mencabar ialah Karnival Al-Aqsa, apabila para peserta diminta untuk menganjurkan & mengkordinasi sebuah Karnival besar – besaran berkenaan masjid Al-Aqsa bersempena dengan tarikh memperingati peristiwa An-Naksah pada 5 Jun 1967. Karnival ini telah dirasmikan oleh Puan Norazian Anidin selaku penceramah & ahli team PACE JIM (juga ahli JIM AJ).

Selain itu, para peserta remaja juga telah didedahkan tentang hak asasi yang telah dikongsikan oleh aktivis GMI iaitu cikgu Norlaila Othman (juga ahli JIM AJ).. Para peserta turut dikongsikan pengalaman beliau sebagai isteri tahanan ISA yang telah 7 tahun ditahan dibawah ISA yang kejam tanpa bicara. Pemakaian button Badge ISA beramai-ramai adalah sebagai bukti bahawa para pemimpin remaja ini membantah kezaliman ISA.

Program ini juga turut disertakan dengan aktiviti Outdoor yang melibatkan sungai dan perkampungan di kampong Sungai Semungkis, Hulu Langat. Selain daripada itu, para peserta turut diisi dengan pelbagai maklumat asas sebagai pemimpin dakwah dan dilatih untuk menjadi pemimpin dakwah yang menepati ciri-ciri “Alim, Berani, Sampaikan, Inovatif & Berpasukan“.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program LEADERS ini, semoga dengan barakah & redha Allah, remaja-remaja ini bakal menjadi pewaris perjuangan dakwah Islam yang menyerlah jauh dari yang biasa.

(Peserta LEADERS dari KRJ Ampang Jaya mewakili KRJ Selangor: Wan Ahmad 'Arif W.A N & Shafiah Ahmad Raji)

karnival bebaskan Al-Aqsa

Orang Kaya Bertaqwa

Orang Kaya Betaqwa

anti ISA

Leaders Ikhwah

Leaders akhawat

Laporan dari
Mohd hafiz Abd hamid ( abg bai )
Pegawai Eksekutif Remaja & Belia JIM Pusat
Pengarah LEADERS 09

No comments:

Post a Comment