Islah & Wanita Gemilang
Monday, June 22, 2009
Ibunya mengajak dia kembali....
Assalamualaikum wrbkt
Saya telah bertemu dengan seorang ibu tunggal, berumur lingkungan 30an yang tinggal di Balakong. Bapanya India, ibu Cina dan asalnya berugama Kristian. Beliau telah memeluk Islam. Hasil perkahwinan dengan seorang pemuda Melayu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Jodoh mereka tidak panjang. Mereka bercerai. Ibu tunggal ini bekerja tapi pendapatannya tidak memadai untuk menampung perbelanjaan; membayar pinjaman rumah dan juga belanja perubatan anaknya yang sering diserang asma. Ibunya selalu mengungkit-ungkit tentang nasib malangnya kerana memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Islam dan mengajak dia kembali ke pangkuan keluarganya semula. Alhamdulillah, setakat ini dia masih belum termakan dengan pujukan ibunya. Dan untuk lebih 'selamat', dia mengambil keputusan untuk tidak menghubungi ibunya. Kalau ada di rumah, dia akan menutup pintu tingkap seolah-olah mereka tidak ada di rumah. Buat masa ini, sepupunya yang bukan Islam banyak membantu dari segi kewangan.
Yang menjadi kerisauan adalah, selama mana dia dapat bertahan? Tambahan pula hasil dari perbualan kami mendapati, pengetahuannya tentang Islam masih belum mantap.Masih banyak persoalan2 yang belum terjawab.
Untuk permulaan, saya bercadang untuk mengumpul sumbangan tetap berjumlah RM300 setiap bulan bermula hujung bulan Jun sehingga Disember tahun ini.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya. Semuga bantuan kita meringankan tanggungannya dan yang penting dapat membantu menyelamatkan aqidahnya.
Wassalam
Mazenah
019-3110356
JIM Sepang

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment