Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, June 9, 2009

SUMBANGAN PEMBANGUNAN PRASARANA IBUPEJABAT JIM


Assalamualaikum,
Saudara/i yang dihormati,

RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN PRASARANA IBUPEJABAT JIM

Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kemi keluarkan dari bumi untuk kamu..." - Al-Baqarah 2:267

Seperti yang saudara/i telah maklum kita memerlukan dana yang besar bagi menjayakan Rancangan JIM (RJIM2). Rayuan ini mengetuk pintu hati sanubari saudara/i untuk menginfaqkan sebahagian daripada apa yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita sebagai rezeki.

Sumbangan anda adalah kunci kepada pembangunan prasarana yang lebih kondusif. Amatlah dialu-alukan jika anda boleh menyumbang dengan berterusan secara bulanan.

Sumbangan boleh dibuat melalui PO/MO/Cek/Tunai yang dibankkan ke akaun:

1. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1403-0000419-712
2. Bank Islam Malaysia Berhad 1211-3010005-797

Semua pembayaran atas nama
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Pembayaran juga boleh dibuat secara online di JIM e-bazaar

Sila hantarkan atau fakskan bank in slip sumbangan saudara/i kepada:

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
LOT 300.2, LORONG SELANGOR,
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
No Faks: +6034101754 @ +60341086319

Semoga Allah SWT melipatgandakan lagi balasanNya kepada anda atas sumbangan saudara/i ini.

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan". -Al Baqarah 2:245

Sekian, wassalam.

Yang diamanahkan;

HJ IBRAHIM MOHAMAD
Pengerusi Jawatankuasa Dana
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

InsyaAllah, setiap ahli akan menerima surat rayuan berserta penyata sumbangan ahli seperti lampiran.





No comments:

Post a Comment